Aku beli produk Garden of Eden di Koyara Online wey…

Korang orang yang macam mana ? aku, husband dan jugak kawan kawan  rapat di ofis ni kan ada satu sejenis perangai suka pergi farmasi atau health store. Suka betul tengok barang barang yang disitu hehehe pelik jugak kan. We all suka jer belek belek vitamins and supplement or apa sahajalah. Tapi sekarang ni pesen lain pulak dah. Rajin membelek secara onlie. Korang pernah dengar nama Koyara?

haa… untuk orang yang health concious, aku nak suggest korang cuba try intai satu lagi portal ecommerce yang bernama Koyara nih. Portal ini hanya fokus pada produk produk kesihatan semata mata.

Bila aku maksudkan portal yang berasaskan produk kesihatan sebabnyaTidak bercampur dengan produk produk lain, tidak seperti e commerce yang sedia ada yang ada macam macam sampai mata kita pun tak boleh nak beli produk yang kita plan nak beli.

Apakah koyara

  1. Koyara adalah Malaysian based Online Health Store
  2. Menawarkan 50 jenis produk kesihatan termasuk skincare, vitamins, supplements, dan home cleaning products.
  3. Produk yang diniagakan kesemuanya telah mendapat kelulusan dari kementerian Kesihatan Sahaja.

Keistimewaan Koyara

  1. Kalau ragu ragu, korang boleh chat dengan health proffesional yang bersedia membantu korang.
  2. Goal dalam pembinaan portal koyara ini adalah mereka mahu membantu masasalah keshatan!

Tips shopping di Koyara

  1.  Penghantaran percuma untuk semua orders bawah RM50 (utk semenanjung shj)
  2. Terdapat pelbagai offer  diskaun setiap minggu, so kene sentiasa check and alert untuk dapat deal yang best

 

 

Design dan User Experience

Sorry guys, heheh aku ni UX designer, aku memang tak boleh lari kalau nak cerita pasal bab ini. Sebab ini membantu kerja kerja aku jugak, aku memang suka study bab ini..

Bagi aku  nagivation di portal ini Simple sahaja tapi yang penting produk kesihatan  yang selalu korang nampak di farmasi boleh dicari di sini dengan mudah. Ini User Experience yang sangat bagus bagi aku. Tidak complicated. Masuk portal nak beli sabun, navigate menu di kiri terus sahaja nampak pilihan yang sedia ada.  Umpama jalan lurus sahaja. Insyallah tak terdivert ke bahagian lain .. hahaha.. korang paham kan maksud aku.

Jadi kalau korang memang dah set dalam kepala untuk mencari produk kesihatan terus sahaja terjah kesini. melainkan korang memang jenis orang yang suka window shopping.

Portal ini masih baru, so banyak lagi room of improvement yang boleh dibuat.  Tapi apa yang boleh katakan ianya adalah straight forward and fokus pada produk yang berasaskan health oriented.

Cuma aku nak tekankan, user ni ada macam macam.  ada orang suka simple ada orang suka yang meriah dengan segala produk. So aku nampak lah halatuju portal ini sesuai untuk orang yang memang mencari barang kesihatan lepas tu check out.

Kebetulan semasa aku menggodek godek portal ini aku tengah mencari solusi untuk masalah pigmentation aku ternampak promosi produk Garden Of Eden. Memang lama dah aku tengok dekat farmasi. Dulu aku pernah beli salah satu oil dia. Memang best. Bila dah ada experience yang bagus ni memang aku tak teragak agak untuk terus membeli.

heheh korang tengok apa yang aku beli nih ..

Produk Garden of Eden

Jom kita cerita pasal produk ni pulak. Alang alang kan . sorrylah aku ni memang tak boleh simpan info macam ni.  Tergedik gedik jer nak cerita. Meletup kat kepala ni kalau tak dikeluarkan. Ini lah masalah blogger.

Selalu kalau aku terjebak ke dalam mana mana farmasi, mata aku selalu juga terpandang produk ni.  Aku ni sebenarnya melalui fasa apa erk.. fasa midlife crisis kut. dah 44 tahun ni banyak benda dah start risau. Selain dari aspek kesihatan aku memang sangat sangat concern pasal kulit aku. Nanti korang dah sampai umur macam aku ni akan faham kenapa.

Kalau korang baca blog aku, memang banyak aku cerita pasal produk produk beauty especially skin care. Aku tidak cerita sangat bab make up kan, sebab itu secondary. Yang penting nak kulit sihat dan aku sendiri tak pandai make up hahaha.

Semuanya kerana melasma dan pigmentasi yang bertambah meriah. Tapi alhamdulillah atas usaha aku beberapa tahun ni memang aku nampak hasilnya. Kulit bertambah moist dan lembab. The more you dig pasal isu ni … memang banyak benda yang kita belajar dan tak akan habis lah .

Kebetulan sunblock shiseido aku nak habis, aku pun terus sambar yang sunblock ini. Best juga sebab bau orange . Eh lupa nak cerita sebelum ini aku banyak pakai argan and marula oil, sewaktu aku share info tersebut salah seorang reader ada cakap dia orang pakai Rosa E dari Gerden of Eden ni.  katanya best jugak.. hahha terus aku pun pasang angan angan nak try.

Lepas tu jumpa pula di Kayora dan kebetulan ada promosi menarik, aku sambar lah set penjagaan muka ni.  Aku dah cuba beberapa minggu.  Memang best semuanya.  Berasaskan botanical, sesuai dengan branding “garden of Eden” Ini yang buat aku teruja.  Pakai rosa E bau rose, pakai sunblock bau orange, pakai scrub berasaskan tomato.

Aku masih berusaha untuk mengengkang masalah pigmentasi ini. So memang aku tak akan putus asa lah. Aku terus mencuba dan mencuba.  Dalam banyak banyak produk ni aku nak review khas untuk masalah pigmentasi.

Rosa E Serum

kalau ikut dibawah Produk Garden Of Eden ini ada macam macam . Banyak juga Serum di bawah rangkaian Garden of Eden ni ada untuk anti aging, kulit kusam, kulit berjerawat dan kulit berpigmentasi/jeragat.

Betulah kata reader tu, sedap pakai serum rosa E ini. ianya seperti oil based. Tapi sangat halus dan serap ke muka.

Rutin harian aku sekarang, toner, rosa E, moisturiser cream, sun block dan foundation. Memang terasa smooth sahaja kulit. Memang letih pakai berlayer layer, tapi terpaksalah dik non.

So dah jadi rutin, semestinya kena lah buat research sikit. Apa feedback orang. aku jumpa satu thread yang menarik di twitter nih. So apa lagi heheh…

 

.

 

 

kelebihan rosa E

  • Ramuan minyak biji Rosehip yang kaya dengan asid lemak penting, Omega 3 dan 6, yang menyediakan nutrien kulit penting untuk menyuburkan, membaiki dan menyalin semula sel-sel kulit baru
  • Selain dari itu ia juga mengandungi Vitamin E Asli dan Minyak Benih Anggur yang kaya dengan antioksidan semulajadi, Proanthoxynidins, untuk menyediakan perlindungan antioksidan ke kolagen kulit terhadap serangan radikal bebas yang berbahaya

Kombinasi terbaik adalah dengan Satin White Day Cream, penggunaan keduanya akan dapat di lihat dalam 2-3 bulan. Kelebihan Day cream ini sebab dengan perlindungan spektrum UVA dan UVB yang luas yang berfungsi sebagai pelindung matahari dan pelindung kulit.

Satin White Day Cream mengandungi ester Vitamin C yang antioksidan yang kuat dengan kesan pencerah kulit.

Rasa lain hari ini

Hari ini aku sempat lah apply kesemuanya dan make up sikit ke ofis hehehe… rasa muka ada nampak cerah setelah pakai dalam 2 minggu .. over kan. jadi hati berbunga bunga sikit . Perasan lah muka nampak semenggah itu yang buatkan aku semangat nak tulis entri ni.

nanti aku update lagi dalam entri aku untuk progress seterusnya.

so korang apa lagi.. pergilah visit www.koyara.com hehehe

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!