Konsert Boyzone di Kuala Lumpur, 14 June 2019

OMG.. OMG… my heartthrob masa zaman zaman muda hahaha… BOYZONE uolls.. Akhirnya mereka akan mengadakan Konsert Boyzone di Kuala Lumpur a 14 June, 2019 di Melawati Shah alam. Rasa nak nangis hahaha.. over tak ? Masa zaman umur 20an lagu lagu dari Boyzone, Westlife and backstreet boys lah mewarnai hidup aku

In fact sampai zaman sekarang kalau pergi Karaoke hahah ini lah antara lagu lagu wajib yang kena nyanyi. Umur aku pun sama jer dengan dia orang nih . heheh so korang boleh agaklah aku umur berapakan

Before this dapat juga pergi konsert boyband yang top pada zaman seangkatan Boyzone juga , Husband aku hadiah kan tiket Backstreet boys tau.. walaupun my dear husband layan lagu lagu yang genre rock seperti Queen but I know he knows that memang I love sangat Boyzone and Backstreet boys.

Boyzone in Malaysia korang

I wish this time berkesempatan untuk tengok konsert Boyzone pulak. hehhe dengan kata lain tengah hint dia belikan tiket untuk boyzone jugak kih kih.. Tolong doakan korang!

Jom Jom.. sapa seangkatan dengan aku! hahah confirm akan nyanyi dan berdiri sampai habis. Semua lagu lagu dia orang adalah memori zaman lalu kut.

Antara lagu lagu favourite aku. Picture of you, Every Day I love you, Love me For a reason. Baby Can I hold you

Kalau tengok Ronan Keating.. maigad Melting .. melting…

Konsert Boyzone di Kuala Lumpur

Ahli Kumpulan boyzone

Untuk info korang Ahli kumpulan Boyzone termasuk Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch

Mereka akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.”

“Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahan kemudian…”

– BOYZONE

Artis Jemputan Brian McFadden

Bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu iaitu Brian McFadden juga telah diumumkan sebagai tetamu istimewa untuk konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” pada bulan Jun 14, di Malawati Stadium, Shah Alam.

Hurmm.. sapa love Westlife? ( aku pun)

McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999.

Konsert Boyzone di Kuala Lumpur di bawakan khas oleh . Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran. Mereka adalah concert event organiser di Malayisa

Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK

Ticket are selling fast! nah aku share dengan korang link untuk beli tiket Konsert Boyzone di Kuala Lumpur Kalau jumpa aku konsert ni nanti hai hai okay.. Wah memang dari sejak dia orang announce untuk adakan konsert ni dah berangan nak tengok konsert dengan adik adik ipar semua.

Ticket selling website : https://airasiaredtix.com/boyzone2019

2 Comments

  1. Ai June 13, 2019

Add Comment