Koleksi Resepi Noxxa Periuk Magic yang terbaik

Koleksi resepi noxxa | Setiap kali nak masak guna jenuh lah bukak kat group FB mcm mana nak masak.. yang bestnya tak ingat kat group mana hahahahah sbb byk sgt yang I follow.

Nah.. tepek kat sini terus ..  semua resepi dengan menggunakan periuk NOXXA.  senang nak refer nnt. Ni antara resepi yang ada . untuk resepi lebih details skroll kat bawah yer . Bila dah buat semua ni nnt kita snap gambar comey comey kasi upload.  I ada 2 entri pasal resipi noxxa ni.. ni version 1 hehehe nnt kita tambah kat version 2 pulak yer. you olls boleh refer dekat sini..

BACA : koleksi resepi 2

BACA : Panduan UMUM NOXXA


BIHUN GORENG (jenama jasmine 1 bungkus)
  • Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
  •  Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh.
  • Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur
  • Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah
  •  Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang

Koleksi resepi noxxa

NASI GORENG NOXXA.

1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)

2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)

3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang merah.

4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan


NASI PUTIH NOXXA

1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.

2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin menunjukkan 0 off suis dan lepaskan tekanan.


PULUT 

1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air

2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah

3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan


APAM BALIK 

Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu sudu teh baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu creamer(susu segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan anggaran dua senduk tepung dalam periuk. Tabur kacang, gula dan jagung. Masak guna stir fry


BUBUR KACANG NOXXA

1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).

2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.

3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.

4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.

5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.


BUBUR NASI NOXXA

1 cwn beras : 6 cwn air.

1. Masukkan semua bahan.

2. Tekan high pressure 15x.

3. Kemudian tekan butang merah.

4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan santan dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.

* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan tombol untuk melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih bulat. (jika guna fungsi steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2. Pastikan tekan butang merah untuk mula sesuatu fungsi dan untuk menamatkan sesuatu fungsi.


NASI DAGANG (VERSI IKUT SUKA HATI) – KOLEKSI RESEPI NOXXA

1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan)  — kalau pakai beras nasi dagang, abaikan yang ni.

2. Santan (500g)

3. Garam

4. Halia (dimayam halus)

5. Halba (2 sudu)

6. Bawang putih dan merah

*** Bahan 3 – 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.

Cara masak:

1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh masukkan santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.

2) Set Pressure 7 minit.

3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.

4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau hingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dalam periuk, masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.

5) Nasi dagang SIAP!


DODOL

Bahan:

1. Gula merah 1.5kg

2. Gula pasir 12 sudu makan

3. Air 3 mug

4. Daun pandan 3 helai.

5. Tepung pulut 1kg

6. Tepung beras 6 sudu makan

7. Santan 3 kg

cara:

1. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan dalam periuk.

2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.


Koleksi resepi noxxa

CHOCOLATE MOIST CAKE – 

Bahan A

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu coklat UHT(sejuk)

1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)

1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

1 cawan tepung gandum

1 camt baking powder

1 camt soda bikarbonat

1 camt serbuk vanilla

Bahan C 3 biji telur (Gred A)

Cara-caranya

1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.

3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.

4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.

5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.


CREAM CARAMEL

Bahan A (Caramel)

1/2 cawan gula pasir

6 sudu besar air

Bahan B

1 tin susu cair

1 tin air (sukat guna tin susu cair)

5 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil esen vanilla

5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun boleh.

5 biji telur (Gred A)

Cara:

Caramel:

1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair dan berwarna keperangan.

2. Masukkan air dan kacau.

3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan caramel.

Puding:

1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan sejukkan.

2. Blender telur, gula dan roti sehingga halus.

3. Masukkan bahan blender ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.

4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa

5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)

6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas berisi air. Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.


KEK GULA HANGUS 

Bahan gula hangus:

1/2 cawan – 1 cawan  gula pasir

1 cawan  air

2 sudu besar mentega

Bahan kek:

1 setengah cawan tepung gandum *

1 sudu kecil soda bikarbonat *

1 sudu kecil baking powder *

* (Diayak)

1 setengah cawan  susu pekat

5 biji telur (Gred B/C)

I sudu kecil esen vanilla

Cara:

Caramel

1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.

2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan caramel.

Kek:

1. Blender telur, gula dan susu pekat hingga sebati.

2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dalam periuk yang berisi gula hangus.

4. Kacau sebati.

5. Steam 12-13 minit.

6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dalam bekas berisi air. Keluarkan kek selepas 10 minit.


CILI BLEND NOXXA

Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih

blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak…
2 bks ltk tmpat pozen utk stok…1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwh…utk kgunaan sharian…
Senang nk msk tinggal ceduk jeee…
Kita kan supermom…x de bibik…keh3…

 Koleksi resepi noxxa lagi…..


 NASI ARAB MANDY NOXXA

source dari : dapur ustazah

Cara ini menggunakan periuk ni. Kalau tak ada boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc boleh masak terus. Noxxa

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara2nya penyediaan ayam

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

Nasi

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

Sos

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)

source dari : alareif


KARI TULANG DAGING LEMBU NOXXA
Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
 
Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
 
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya
 
Penyediaannya:
1.  Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam.  Letakkan 1 sudu teh gula.
 
Cara-cara Memasak
1.  Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2.  Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.   Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.   Tumis sehingga bawang kekuningan.
3.  Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.  Masak sehingga pecah minyak.
4.  Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5.  Off  fungsi stir fry.   Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.  Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.
6.  Selepas 30 minit berlalu,  release steam.  Alihkan cap ke STEAM.  Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7.  Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8.  Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9.  Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan  senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT’.
 

Daging masak kunyit –
 
Bahan-bahannya:
250 gram daging pinang – dipotong kecil
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:

 

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk.
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan.
4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata. Masukkan sedikit air.
5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan On.
6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk.  Bebaskan wap.  Putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.
8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.
9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

Masak Lemak Labu Air 
Bahan – Bahan:
1 biji labu air dipotong kecil
2 cawan air
1 helai daun kunyit ( diracik )
1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan pati santan.
Gula dan garam secukup rasaCara Membuatnya:
1) Masukkan air, labu air dan daun kunyit didalam periuk
2) Setkan 1 minit low presure.
3) Selepas 1 minit, bebaskan tekanan
4) Masukkan 1/2 cawan pati santan @ susu cair serta garam dan gula secukup rasa
5) Tukar fungsi periuk kepada Stir/Fry 20 saat
6) Selepas 20 saat tekan “Stop”
7) Siap

Bubur Caca Rainbow 

 Bahan – Bahannya:
1 cawan caca
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
secubit garam dan gula secukup rasaCara Memasak:
1) Masukkan semua bahan kecuali santan, gula dan garam
2) Setkan “1 minit low pressure”
3) Selepas 1 minit, Bebaskan tekanan
4) Buka tutup periuk
5) Masukkan 1/2 cawan santan, gula dan garam.
6) Tukar fungsi periuk kepada “Stir/Fry – 20 saat”
7) Bubur Caca Rainbow telah siap

 

Sayur Lemak Kacang Panjang koleksi resepi noxxa

 
Bahan – bahan :
1/2 kg kacang panjang (di potong)
1/2 ulas bawang besar dimayang
100ml santan pekat
3 buku tauhu
sedikit ikan bilis
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2 cawan airCara Memasak
1) Rebus kacang panjang + bawang besar + ikan bilis selama 1 minit ( low pressure )
2) Selepas 1 minit , “Bebaskan tekanan”
3) Buka tutup periuk
4) Masukkan 100 ml santan pekat dan tauhu
5) Tutup periuk
6) Tukar fungsi stir / fry – 1 minit
7) Dah siap

Ayam Goreng

Bahan – bahan
6 ketul peha ayam
serbuk kunyit
secubit garam secukup rasa
3 sudu Minyak masakCara memasak :
1) Campurkan garam ke dalam serbuk kunyit
2) Gaulkan ayam dengan kunyit dan perap selama 10 minit
3) Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa
4) Masukkan ayam ke dalam periuk
5) Tekan stir fry
6) Goreng selama 8 – 10 minit.
7) Selepas 8 – 10 minit, “on high pressure” lima minit
8) Bebaskan tekanan 3 minit.
9) Siap

Ayam Panggang koleksi resepi noxxa

Bahan -Bahan :
= 250ml stok ayam
= 1/2 sudu teh lada hitam – dikisar
= 2 sudu teh sos soya manis
= 1/2 sudu teh garam
= 1 sudu teh garam
= ayam (kuantiti bergantung kpd bilangan si pemakan) – diperap dgn stok ayam, lada hitam, sos soya, garam
= beberapa helai daun kunyit
= 2 biji kentang – dipotong dadu
= 1 biji lobak merah – dipotong dadu
= minyak
= 1 keping pembalut aluminium utk membungkus ayamCara Memasak :
1. Perapkan ayam bersama – sama stok ayam, lada hitam yang dikisar, sos soya, garam, gula dan daun kunyit selama 20 – 30 minit.
2) Masukkan minyak ke dlm periuk dalaman dan tekan butang GORENG/STIR-FRY utk memanaskan minyak
3) . Masukkan ayam yg telah diperap bersama2 kentang & karot yg dibalut dgn pembalut aluminium ke dalam periuk
4) Tutup penutup ‘pressure cooker’ & pastikan kepala knop berada di posisi ‘pressure’
5) Tekan butang ‘High Pressure’ sehingga menjadi 25 minit
6) Kemudian tekan butang ‘On/Off’ utk memulakan tekanan
7) Selepas 25 minit (alarm berbunyi), pusingkan kepala knop ke posisi ‘steam’ utk mengeluarkan stim
8) Periuk hanya akan boleh dibuka selepas semua stim dikeluarkan
9) Anda sudah bersedia utk MAKAN…

Ayam Panggang Lemon Ala2 Kenny Roger 

  • Bahan-bahan 
    Seekor ayam yang telah dibersihkan
    1 biji buah lemon
    2 sudu mentega
    Kertas AluminiumBahan – Bahan yang perlu dikisar :
    2 ulas bawang putih
    2 ulas bawang besar
    1 biji bawang besar
    1 inci halia
    sedikit herba campuran
    sedikit lada hitam
    oregano
    2 kiub ayam
    2 sudu madu
    sedikit serbuk kunyit
    sedikit sos tiram
    lada putih
    3 sudu gula perang
    sedikit garam.

Cara membuatnya:

1) Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam untuk hasil yang memuaskan.
2) Masukkan mentega ke dalam periuk
3) On ‘stir=fry’ selama 4 minit
4) Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)
5) On ‘High Pressure’ selama 30 minit
6) Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak terlalu kering)
7) On ‘High Pressure ‘selama 1 jam.

Roti Pizza 
  • 4 kpg roti
  • 2 biji telur
  • 1 biji bwg besar
  • Daging cincang/sosej/crab/isi ayam/button mushroom filling as u wish
  • Sos spaghetti prego /tomato sauce/chili sauce as u wish
  • Garam/ gula
  • Grated mozzarella cheese

1. Celup kn roti dgn telur dn susun dlm inner
2. Tumis bwg dn daging. Kemudian masuk kn sos , garam , gula
3. Letak kan filling atas roti
4. Tabur cheese & akhir sekali mixed herbs
5. Steam 8 min


Sardin koleksi resepi noxxa

Ikan tongkol di bekukan dlm frezer semalaman or smpai beku..

buah tomato, cili merah hidup, bwng besar, minyak masak(sy guna minyk zaitun),

tomato puri (semua blend) then masuk dlm inner noxxa…ready utk PC….60 minit


Kek pisang lembut  noxxa

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak atau butter yg dicairkan
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula (ikut manis masing2)
  • Esen vanilla
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 1 sudu1 kecil soda bicarbonate
  • 8 biji pisang
  • Sedikit garam

Cara

  • Pukul telur blend telur n gula n esen sampai kembang n masukkan minyak
  • Lecekkan pisang n masukkan soda n garam
  • Ayak tepung n baking powder
  • Tuangkan pisang lecek dlm adunan telur
  • Gaul rata
  • Masukkn tepung n gaul rata
  • Tuang dlm inner  n set steam 20 Minit

33 Comments

  1. AC September 2, 2015
  2. miza October 12, 2015
  3. SUE October 27, 2015
    • azni October 27, 2015
  4. ruby October 31, 2015
    • azni November 6, 2015
  5. Shida November 8, 2015
    • azni November 8, 2015
  6. Nana February 18, 2016
    • azni February 18, 2016
  7. eina June 8, 2016
    • azni June 8, 2016
  8. Bonde Zaidalifah October 10, 2016
    • azni October 11, 2016
  9. mahfuzah November 29, 2016
  10. seri akmad January 4, 2017
  11. Vivi shalawati Ahmad March 11, 2017
    • azni March 11, 2017
  12. Ram June 10, 2017
    • azni June 10, 2017
  13. rumilah marsono July 25, 2017
    • azni July 25, 2017
  14. nor syamsiah August 6, 2017
    • azni August 6, 2017
  15. morknah August 15, 2017
  16. Diera September 8, 2017
  17. safura September 15, 2017
    • azni September 20, 2017
  18. fara April 17, 2018
    • azni April 17, 2018
  19. Damia May 29, 2019
  20. jsi January 2, 2020

Reply Cancel Reply

error: Content is protected !!