Kitsui Generation 3 Colla untuk bantu tingkatkan kesihatan kulit

Acap kali bila aku cakap aku dah berumur 44 tahun ramai yang tak percaya (Alhamdulillah).  Aku rasa maybe sebab aku ni kecik sikit, aktif, gila-gila dan kuat gelak.  But the truth is… it does not come in easy way! Realitinya kita semua memang kena jaga kesihatan, penampilan, luar dan dalam. Yakinlah bila dah berumur 40 tahun semuanya akan berlaku dengan cepat. Tapi yang penting kita janganlah  mengalah betul dak? Sebenarnya macam-macam juga yang tindakan yang aku lakukan seperti aktif bersukan untuk maintain tahap kesihatan ni. Termasuklah satu produk dari Kitsui or to be spesifik aku ambil Kitsui Generation 3 Colla

Owh sebelum itu untuk makluman korang, Kitsui Generation 3 Colla ni aku dapatkan di Guardian Pharmacy or memana farmasilah korang boleh jumpa. So bagi aku, tahap keyakinan tu tinggi lah sikit masa aku nak start consume haritu. Dan aku tengok Kitsui ini adalah pemenang Asia Pacific Super Health Brand from 2015 – 2017.

Kalau ikut yang aku baca, hasil boleh dilihat dalam masa 7 hari. Nanti kita tengok yer!

Lagi satu aku nak cakap, blog ini memang umpama diary aku dalam semua perjalanan hidup aku dari kisah travel, kisah anak dan juga kisah dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Bukan apa aku agree sangat kata2 Tun M    melayu mudah lupa”  hahaha.. akulah salah seorang tu. So blog inilah  tempat yang aku boleh refer apa yang dah buat and usahakan.

Pastu boleh bantu reader nilaikan sendiri apa produk dan action yang aku dah ambik. Terpulang pada korang kan. Tapi janganlah terlebih lebih pulak. Rosak buah pinggang nanti. Ambik satu persatu produk dan tengok hasilnya macammana.

Yang penting korang tengok lah tahap keserasian dengan badan korang nanti.

Sebelum aku cerita lebih lebih pasal Kitsui Generation 3 Colla ni aku rasa aku nak share terlebih dahulu why and why and why .. we have to do something about our body and our skin (ayat penyesalan sbb masa muda tak pandai.. jenuh ni nak overhaul)

Sebenarnya adalah normal kalau kita melalui proses kedutan, pengenduran dan  sebagainya tapi yang penting jangan tua sebelum waktunya.  Dalam keluarga aku sendiri aku boleh tengok mana mana kakak-kakak aku yang concern dalam bab ini memang nampak terjaga. So korang jangan cakap tah payah buat apa apa. Hahah so aku admit aku tak mampu nak makan sayur atau buah fresh setiap hari. Jadi ini adalah salah satu usaha aku.

Kitsui Generation 3 Colla

pastikan semua dah blend okay. nanti berketul pulak. Jangan letak air panas

Perubahan Kulit

Tahap kualiti kulit kita bergantung kepada pelbagai faktor: gaya hidup, diet, keturunan, dan tabiat peribadi kita. Sebagai contoh, merokok boleh menghasilkan radikal bebas, molekul oksigen yang sepatutnya sihat yang kini terlalu aktif dan tidak stabil.

Maka terjadilah Sel-sel bebas radikal bebas dalam badan kita, ini pasti akan  membawa kepada masalah lain seperti kedutan awal, kasar dan tidak cantik. (ini melalui research aku)

Pengurangan atau perubahan dalam hormon

Di bawah ini pula adalah hormon atau  faktor utama dalam proses penuaan intrinsik  (dalaman) dan semua akan memainkan peranan dalam penuaan kulit. Inilah hormon penting yang akan mempengaruhi kulit kita 
  • Progesterone (mengawal tidur, imuniti dan fungsi otak)
  • Estrogen (menyokong pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memelihara kulit yang licin dan bebas daripada kedut)
  • Testosteron (mengawal kelenjar minyak dan pertumbuhan rambut)
  • DHEA (melindungi terhadap tekanan oksidatif yang merupakan fungsi penting dalam penuaan kulit pencegahan) ‘
  • Hormon pertumbuhan manusia (menyokong keanjalan dan otot kulit)

Jadi janganlah yakin sangat korang akan terus Muda REMAJA!

Sebab itulah kita kena serius dalam menjaga kulit anda dengan menambah beberapa langkah lagi dalam penjagaan rutin kulit anda.
Kitsui Generation 3 Colla

rasanya masam masam. kan ada lemon dalam tu

2 langkah utama penjagaan kulit

1. Secara luaran

Menjelang 40-an, sepatutnya korang akan  lebih komited dalam rutin penjagaan kulit. Dalam fasa ini  kita tidak boleh lagi hanya mengambil langkah-langkah asas  sepeti pembersihan, toning dan pelembab semata-mata tetapi perlu masukkan beberapa langkah tambahan langkah tambahan. contohnya pengambilan serum, exfoliate seminggu sekali, dan pemakaian Sun Block itu dah jatuh  wajib tau.
kalau tidak korang akan menyesal mcm aku ni haa.. pigmentation dah jadi melasma. Tapi aku tak give up aku berjaya jugaklah sekat sikit sebanyak

2. Secara dalaman

Kalau korang faham faktor hormon  yang aku cerita kat atas tu, jadi secara otomatik atau wajib korang kenalah TOP UP or rejuvenate apa yang kita hilang.  Antaranya meningkatkan pengambilan sayuran sayuran dan  supplement seperti  Kitsui Generation 3 Colla ini.
Based on my own research, disebabkan faktor lambat memperoleh zuriat yakni ada berkaitan dengan faktor hormon, aku memang nampak kulit aku tidak berapa cantik, rambut agak kering dan aku ini consider kulit kusam. Owh selain itu aku baru tahu aku tidak cukup iron dalam darah yang membuatkan kurangnya pergerakan Oksigen ke bahagian atas. Ini kisah sedih sewaktu aku tidak dibenarkan menderma darah.
Fuh semua berkait. Hormon lah, kurang Zat lah dan macam macam lagi.  So takkan lah aku nak duduk dia sahaja. Jadi sebab itulah aku mencari alternatif juga dalam meningkat kan tahap kesihatan aku ni.
Konsep aku mudah. At least aku dah cuba. Kalau rasa kita teruskan. So mari kita tengok apa yang isi kandungan Kitsui Collagen ini
Kitsui Generation 3 Colla

Hanya perlukan air kosong sahaja

Pastikan pengambilan air kosong yang banyak selepas itu tau.

Kandungan : 

  • Fruktos
  • Serbuk Lemon
  • Maltodekstrin
  • Kolagen Peptida
  • Omega 3
  • Acid Sitrik
  • Perisa Nenas yang dibenarkna
  • Guar Gum
  • Acid Ascorbic
  • Trikalsium Fosfat
  • Astaxanthin

Cara Pengambilan:

  • Bancuh 1 sachet Kitsui Generation 2 Collagen dalam air 150ml
  • Kacau hingga larut dalam air yang bersuhu biasa. Elakkan air yang panas.
  • Minum sebelum sarapan ataupun sebelum tidur, sebaiknya sebelum tidur
  • Untuk permulaan, boleh diamalkan 1 sachet sehari 

Kelebihan Kitsui

Merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga keanjalan, kelenturan serta kehalusan kulit.

  • Mengatasi masalah stretch mark
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
  • Mengatasi masalah kedutan halus
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Tegang serta gebukan kulit wajah
  • Menambah tenaga ( mudah bangun pagi )
  • Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus
  • Melembapkan kulit wajah
  • Membantu pertumbuhan sel baru
  • Mencantikkan rambut dan kuku

Ini semua adalah info yang aku dapat dari website dia orang. Aku letak sini siap siap senang korang nak refer. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, aku sarankan korang terjah website or Fb dia orang wokay.

Jom kita sama sama jaga kulit

Info Lanjut

Korang kalau nak tahu lebih pasal produk ini boleh pergi farmasi dan juga boleh masuk secara online sahja .

Website: Kitsui
Facebook: Kitsuimy
Instagram: Kitsuimalaysia 

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!