Kesan gajet kepada kanak kanak, iman jadi cepat marah dan melenting

Kerana handphone boleh buatkan Iman jadi orang yang berbeza. Dia akan jadi cepat marah, cepat tantrum dan entah apa apa perangai pelik yang keluar dalam diri dia. Ini lah antara kisah benar kesan gajet kepada kanak kanak.

Aku nampak setiap kali dia pegang handphone dia macam  tenggelam dalam dunia sendiri. Ini kisah iman pada minggu lepas. Aduhh sakit dada betul rasanya  tapi aku tau disebalik itu iman belajar sesuatu yang penting.

Sengaja aku tulis dalam blog aku, supaya nanti kalau dia besar dan matang, atau mungkin di saat dia buat perangai  lagi aku akan paksa dia baca tulisan mama dia disini.

Selain itu inilah perkongsian aku tentang kesan penggunaan gajet kepada kanak kanak. Aku percaya banyak lagi kisah di luar sana.

Payah aku nak jumpa kesan positif gajet pada anak-anak. Mungkin ada, tapi peratusnya sedikit dan yang pasti akan bawa kepada ketagihan pulak

kesan gajet kepada kanak kanak seperti Iman

Alkisahnya, iman ni aku dah ‘posakan” dia dari pegang handphone hampir 3 minggu disebabkan peperiksaan hujung tahun yang makin hampir. Kami dah berjaya dapat persetujuan dia walaupun agak berat pada mulanya.

Tapi pada hujung minggu baru ini disebabkan aku perlu gerak lebih awal ke tempat latihan volleyball dan papa dia pula belum sampai ke rumah maka kami bersetuju beri dia HP tersebut untuk tujuan komunikasi.

Lagipun yang membuatkan kami merasakan dia deserve untuk pegang HP pada hari tersebut kerana  pada hari itulah dia tiba tiba berani untuk tinggal di rumah seorang diri. Jadi dapatlah kurangkan rasa takut dan isi masa terluang dengan Handphone.

Rupanya berlarutan sampai ke petang, dia masih pegang HP tersebut. wah wah.. bukan main seronok lah dia sebab tiada mama yang marah dan papa dia pula terbaring keletihan di sofa kerana penat memasuki acara suka pada paginya.

Baca : Iman berjaya buat surpise untuk mama & papa

Sebaik aku sampai rumah, aku dan abam berkongsi cerita pengalaman dia memasuki acara rides pada pagi tersebut. Rancak berbual tanpa aku sedari rupanya hampir waktu maghrib.

Kebetulan Handphone  iman habis bateri, kelam kabut dia nak charge HP dan dia meminta aku pindah ke tempat lain kerana dia masih mahu tengok youtube sambil charging

Uihh.. aku baru sedar Handphone di tangan dia . Jadi aku terus cakap, tinggalkan hp disini dan sila pergi naik atas dan mandi memandangkan jam sudah  7.30 malam

Iman mula memberontak. Kesedapan mungkin.

Maka aku pun mula tinggikan suara dan seterusnya aku sedar dia mengamuk dan balingkan cermin matanya. Aku sendiri terkejut!. Eh…

Itu lah yang aku cakap, kerana Handphone dia jadi bukan dirinya, pemarah dan tidak boleh di kawal.

Aku pun apa lagi, mula menyingga. Dan aku cakap padanya kami tidak akan menggantikan cermin mata tersebut dan dia harus keluarkan duit sendiri atas kesilapannya sendiri.

Iman terkedu juga sebenarnya. Dia pun tidak sangka yang cermin matanya boleh patah sebegitu. Ulang kali aku cakap kami tidak akan sesekali membantunya. Sila fikir sendiri untuk selesaikan masalah tersebut.

Rupanya sewaktu aku naik ke atas, dia berusaha menggunakan sellotape untuk lekatkan cermin matanya kembali

Dan keesokannya pula dia ada weekly training Futsal , aku cakap biar dia training dengan cermin mata sebegitu. Sebab salah sendiri. Belajar susah!

Aku masih senyap sampai malam, ignore dia sebagai pengajaran kepadanya.

Kalut Kira duit simpanan

Aku lihat,  dia terus bangun ambil duit simpanan  dalam wallet superman yang telah dikumpul dari darjah 2 atas kerja rumah dan upah baca buku sebelum ini. Sambil mengira duit yang ada sambil meng’aduh’ nasibnya kerana terpaksa keluarkan duit sendiri.

Memang sedih betullah bunyi nya sampai aku pula jatuh kesian.

Aku dan abam pula memberikan isyarat mata, biarkan sahaja. Biar  jadi pengajaran pada dia. GItulah mak bapak. Ada masa marah, tapi rasa kesian itu tetap ada.

kira duit tabung yang ada bila wang kertas tak cukup

Malangnya duit dalam wallet tidak mencukupi. Acap kali dia tanya berapa harga cermin mata tu . Risau mungkin, sebab aku cakap kami tidak akan tambah walau sedikitpun. Kami cakap biarlah dia pakai cermin mata patah sampai dia ada duit.  Terus tiba tiba dia bangun teringat tabung syililng yang ada.

Satu demi satu duit syiling dikeluarkan, kira dan susun. Hanya RM30.00. Terus bertambah risau dan kebetulan dia teringat duit AUD yang dia dapat dari mak kawan aku semasa pergi pergi Perth tempohari. 20Aud bersamaan RM60.00. Bermakna dia sudah ada RM160

Terus dia lega.

BACA : Iman terkesan dengan teguran Papa

Kisah Jeb dan Filem Paskal

Apa lagi,  Husband aku pun ambil peluang untuk kaitkan dengan kisah Jeb dalam cerita paskal yang penuh Amarah dan dendam. Kami cakap, kalau jadi pemarah siapa pun tidak suka tambahan mula pandai baling baling barang..

Itulah yang kami bualkan bersama sebaik habis menonton movie tersebut. Perbincangan tentang sikap dan kenapa Arman disukai oleh semua orang.

Iman terus tunduk malu, dan angguk tanda setuju yang tindakan dia memang salah.

Bila kami pahamkan dia dan berjanji untuk bawa dia baiki cermin mata keesokan harinya barulah dia senyum dan berubah air muka dia. Drama iman dan kira duitnya pada malam itu sebenarnya berlanjutan sehingga 11 malam.

Keesokkanya Bila sedar duit dah habis, terus ambil buku baca sebab mengharapkan upah RM1 untuk satu buku.

Malam itu iman belajar 2 perkara penting

  1. Amarah memang membawa keburukan
  2. Iman baru sedar value duit yang dia harus keluarkan atas kesilapan nnya sendiri.  Memang dia ulang berkali-kali, sedih sebab duit yang di kumpul habis begitu sahaja.

Memang kesian tengok dia mengeluh tapi kami terpaksa ajar dia dengan cara yang agak susah macam ni. One day iman akan faham tambah-tambah bila Bila baca artikel dari UKM ni,  kanak-kanak dan gajet. Insyallah kita cuba perbaiki satu persatu..

Yang pasti masih terngiang ditelinga ini, sewaktu dalam perjalanan ke kedai cermin mata. dia siap pesan kepada kami kalau orang kedai cermin mata tu tanya tolong jangan cakap kerana dia yang baling dan pecahkan.

Dia malu katanya!

Kalau tanpa Handphone dialah paling banyak bercerita sampai kami tak larat nak layan hahaha.. tapi kami lebih prefer iman yang ini.

9 Comments

  1. Huda October 17, 2018
    • azni October 17, 2018
  2. Iq October 17, 2018
  3. Nadia joHari October 18, 2018
  4. YB Shehan October 18, 2018
    • azni October 18, 2018
  5. Dura Norell October 30, 2018
    • azni October 30, 2018
  6. mrhanafi November 8, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!