Kenduri dulu kenduri sekarang, banyak bezanya tau

Seronok Kenduri ni

Bulan 10 yang lalu anak sedara kenduri kawin, apa lagi mak mak sedara dan sepupu sepapat pun  semua pakat voque hehehe.. sbb semua nak kelihatan cantik. boleh dikatakan semua ipar duai comey comey and sweet. Apa lagi, itulah alasan yang terbaik kalau nak tempah baju kan. Kalau dpt pakai baju yang sama dengan kaler tema ambik gambar pun cantik sangat. Harmonize sangat sangat.

kenduri kahwin

Kenduri kahwin anne ni di buat di Tapah, kira luar kawasan dari kuala lumpur. Pelamin dpt ditempah dengan murah juga and mmg lawa sgt. puas hati lah.  kos untuk perkahwinan sekarang tak sama mcm dulu. mahal betul sekarang nih. Tp memandangkan  sekali seumur hidup mmg lah anak dara ni akan berhabisan ikut kemampuan.  Dan hasilnya mmg sangat puas hati.  Cuma kena pandai bajet untuk hidup selepas kahwinkan.

Tapi memang sukalah bila pengantin baju kawin putih macam nih. Nampak bersih jer. dan yang paling penting senang nak match dengan pelamin tu.  Pelamin aku? kaler gold uolls hahaha.. kemain kan .

Kenduri aku dulu buat dekat rumah kakak aku ni jugak. Nak buat macamana mak dah takder huhuhu… lagipun sebab dengan kuala lumpur senang kawan kawan nak datang.

Kalau zaman aku kawin dulu kos bawah 10k tu dah kira meriah ya amat, tapi hahah.. bila tengok gambar kawin sendiri sedih and lawaklah lah pulak. Khemah tetamu beratapkan zink sahaja. Masa tu tak rasa apa dah, sbb compare dengan zaman dulu yang lagi lah sempoi.. pakai khemah parachut jer.. tapi zaman dulu siap ada band perform oo.. macam dalam citer Rock oo.  Masa aku nak kawin ikat perut oo.. dapat kumpul duit banyak jugak dalam masa setahun. Segala perbelanjaan di tanggung sendiri lah. tapi yang bestnya duit kenduri yang orang bagi tu semua dapat kat aku, So boleh lah pusing balik kos tuh. Lega.

Gitulah ikut peredaran zamankan, semua nak bertambah baik .

media_library__modern_mum_s_thingy_-_wordpress-3

Seronoknya kenduri kendara nih, masa tu lah kita akan jumpa dengan saudara mara. Baik yang dekat atau yang jauh. Macam perayaan pun ada. Meriah sangat.  yerlah kadang kadang kita semua sibuk dengan hal masing masing, bila ada aktiviti sebegini baru lah rasa seronok kan.

 

 

Add Comment

CommentLuv badge