Kenduri kendara dan hidup berkeluarga

photo booth

photo booth

Seronok tau dak kenduri kendara ni… dapat berkumpul ramai ramai. dapat update citer. yang penting dapat makan.  family aku ni mmg suka makan. kalau boleh dari pagi sampai malam agenda penuh dengan makan .. makan.. makan..kalau ramai ramai makan memang selera pun bestlah.. sedap bebenor org perak ckp. Lagi satu kalau dapat berjemaah ramai ramai… heheheh best sgt masa ni.

Tapi sebenarnya apa yang nak disampaikan ni.. kita hidup ni kenalah bermuaafaakat. hari ni hari kau… esok hari aku pulak. Kalau orang dulu dulu nak kenduri kendara ni..  makcik jemah akan bawa gula.. makcik asiah akan bawa  sayur, makcik ana akan bawa telur. dan macam macam lagi

kenduri kendara

kenduri di gerik

Mungkin dalam zaman sekarang kita tak praktik benda mcm ni lagi.  Tapi dalam bentuk lain.  Contohnya keluarga aku akan berebut rebut untuk sponsor barang hantaran, dalam bentuk makanan ker.. apa sahajalah.  Seronok sebenarnya, tak caya.. kena cuba.. lain keluarga lain caranya. tapi sebenarnya ini dapat meringkan bebanan keluarga tersebut.  dan yang paling penting kena ikhlas. barulah rasa puas.

acara menyepak

acara menyepak

Setiap kali majllis kenduri kendara ni, kami sekeluarga akan meeting dan akan diberi tanggungjawab masing masing.. dari sekecik kecik sampailah yang besar. Kita nak ajar anak anak ni supaya accountable dan tidak jangak  kalau bermasyarakat nanti.  masing masing kena pandai main peranan. Heheh jangan tak caya anak aku yang kecik tu pun kena jadi pengapit pengantin.. tugas besar tu.

iman jadi pengapit

iman jadi pengapit

Sebenarnya ini semua adalah salah satu mengeratkan keluarga, supaya silatturahim  dan kepercayaan antara satu sama lain dapat diteruskan. Jangan esok esok tak kenal pulak pak sedara… mak sedara .. sepupu sepapat.   Bila dah rapat macam ni so dapatlah kita membentuk “culture” keluarga sebagai benteng utama dari pengaruh pengaruh yang tak elok ni.  aku bangga ngan kak and abg and ipar duai sebab dia orang sendiri telah memberikan tugasan atau keperceyaaan untuk menegur anak mereka sekiranya mereka buat salah. hehehe tapi itulah.. ada juga yang tak bersetuju dengan pendapat ini. mana nak sama yer dak…. rambut sama hitam hati lain lain.. tapi kalau untuk kebaikan apa salahnya.

Selalunya pada malam kenduri, kami keluarga yang terdekat ni akan berkumpul meraikan pengantin. so mak pak sedara ni akan  ucap selamat kepada pengantin. dan acara yang paling menarik adalah dimana satu tabung akan disediakan. Ia dikenali dengan nama acara “menyempak” . kiranya kami dah praktikkan  dari perkahwinan anak sedara yg pertama  .. supaya ia terus jadi tradisi. Ianya  berupa sumbangan peribadi setiap ahli keluarga untuk  pengantin ni.. so mcm iman tu.. mama or papa dialah akan bg duit tu. heheh yang kelakarnya.. akan keluarlah mcm style masa acara nak masuk duit tu..  silap pula tak ambil video kan.. boleh share dengan org lain.

559627_10151115631987712_1290756981_n

kenduri anne 2012

Tapi.. itulah dari rumah yang riuh rendah ni… bila sorang sorang balik tuan rumah pastilah rasa sunyikan. anak aku yang kecik tu siap boleh cakap kalau nak balik pastikan sekian waktu, macam tak puas  berjumpa dan bergurau senda. keakraban keluarga memang akan terasa bila kita selalu banyak buat aktiviti sebegini..Insyallah.. In fact bekas abang ipar kami masih dilayan seperti sebelum ini, menghormati dia sebagai ayah kepada anak anak saudara  kami. Heheheh. ulang kali dia ucap terima kasih kerana masih treat dia seperti dahulu.  Katanya dia miss saat – saat mcm yang kami buat. sentiasa terpahat di hati.

Keluarga kami memang besar, dari 9 adik beradik bercambah kepada 18 orang.. kemudian ditambah pula dengan anak saudara yang berjumlah 30 orang. Bayangkan kalau kami semua ada di rumah.  Semua suara jadi high pitch sebab semua nak bercakap.  Tipulah kalau aku katakan takder bermasam muka.. tapi itu lumrah manusiakan.. heheh barulah syiokkk…

korang jangan tak tahu.. kami semua dok “berperang” panggilan apa yg sesuai bila cucu saudara nak keluar januari nanti. ..hik hik..mcm tak sanggup nak panggil nama Opah.. tak glamer gitu..  sampai sekarang tak decide.. nantilah kita tunggu apa panggilan tu yer.

Add Comment

CommentLuv badge