Kenapa korang kena join Cabaran Jom Kurus

Bukan senang nak kurus. Tapi kalau kena gaya dan caranya memang boleh sahaja, yang penting kena ada semangat yang jitu. Itulah antara Cabaran Jom Kurus untuk mereka semua yang ingin mendapatkan berat ideal.

Dalam setahun, JK1M akan menawarkan 2 kali program Cabaran Jom Kurus program. Program ini adalah hasil idea dari Kevin Zahri dan didokong oleh beberapa coach yang hebat hebat juga.  JK1M ini ini boleh dikatakan hampir ada disetiap di negeri di Malaysia.

Apa kata korang intai intai website tersebut dan lihat sendiri keseronokannya. Sebelum ini pada Feb 2018 dan terkini pada Ogos 2018.

Cabaran Jom Kurus

hahah bersama Team KLCC Delta untuk squad pingpong

 

Aku sendiri telah mengikuti 2 kali program JK1M 10 dan JK1M11. Memang seronok. Aku malas nak bebel topik yang sama kenapa kita kena kurus seperti entri blog sebelum ini.

Tapi aku nak kongsikan keseronokan dan kemanisan kalau kita join dalam  Cabaran Jom Kurus ini. Something yang sangat sangat aku hargai dan cherish disebalik program JK1M. Bukan sekali aku menulis tapi 2 kali tau. Dan aku dapat kumpul pingat untuk ping pong dan Volleyball. ishh .. puas sangat walaupun hanya silver. Tunggulah next aku nak jugak dapat Gold. heheh

    BACA : Jom kurus dengan JK1M

 

 

Kenapa korang kena join Cabaran Jom Kurus

  1. Berada dalam suasana yang lebih positif – misi untuk kurus

    Aku sangat berpegang pada prinsip ini. Apa-apa sekali aktiviti yang korang nak lakukan, kita mesti berada di kawasan yang sama, atau bahasa kasar, kandang yang sama. Barulah semangat dan passion akan datang.

    Cabaran Jom Kurus

    Team klcc – Dodgeball. Gambar dari Kevin Zahri Flickr

    Contoh, kau tu nak kurus tapi aktif dalam geng yang suka makan atau masak. Hahhaha memang cari nahas lah! Serius… korang akan bersemangat untuk workout. Aku perati sahaja, kalau jenis yang attached dengan group ni kesemuanya berat badan cepat turun. Yang sekali sekala tu tak berapa sangatlah. Sometimes kita perlukan orang lain untuk support dan tahu potensi kita.

    That’s what friend are for !

  2. Kenal ramai orang dari pelbagai background

    Kalau di pejabat kita hanya kenal orang yang sama, knowledge yang sama dan mungkin persikataran kawasan perumahan dan lifestyle yang sama. Eh… tak boring ker?

    Bila aku masuk program ini, memang seronok sebab boleh kenal pelbagai jenis manusia. Dari yang muda sampai yang umur 60 tahun pun ada. Sampai terlupa yang aku pun dah kategori veteren heheh. Hati pun muda jer.

    Lepas tu background yang macam macam ada. Ada yang engineer, surirumah, guru, student dan nenek atuk pun ada. Dan baru- baru dapat jumpa seorang VIP yang berpangkat Dato. Perghh .. hebat tak?

    Semua orang nak sihat dan seronok bersukankan.

  3. Check point untuk uji tahap fit diri sendiri

    Kadang kita rasa kita dah kuat dan sihat. Tapi haa cuba lari 5km tengok.  Cuba buat tabata 15 minit tengok. Bila kita buat beramai ramai barulah kita tahu kita ini berada di mana. Bukan syiok sendiri. Aku boleh sahaja berzumba dalam 1 jam, kiranya makanan aku lah dari zaman muda muda yang aktif aerobik.

    Tapi aku bila buat HIIT aktiviti bersama team KLCC Delta di bawah kelolaan Kapt. Black. Baru aku tahu tinggi rendah langit haha. Pancit oit.

    Cabaran Jom Kurus

    Weekly routine di KLCC

    Di awal awal program ini kita semua perlu ambil ukuran berat badan, ukur lilit dan tahap kecergasan kita. Selalunya di akhir program memang akan decrease.  Kalau tak turun pun disebabkan muscle kita bertambah gitu.

    Dulu aku nak pusing padang KLCC tu menangih hahah sebab aku tak suka lari tapi bila ramai ramai ni Eh…. seronok pulak.

  4. Dapat Ilmu dari pelbagai orang

    Group KLCC Delta yang aku join ni memang ramai yang setia dengan Kapt. Black. Semuanya mengamalkan healthy lifestyle. Kesemuanya Suka juga makan makan dan berkumpul. Memang akrab sangat. Yang penting lepas tu ‘burn’ lah balik beramai ramai.

    Aku bukan dapat ilmu dari Kapt Black sahaja tapi setiap dari ahli yang join. Setiap orang itu unik dan ada pengalaman tersendiri. Contohnya setengah orang makan nasi pun tak gemuk tapi jangan sesetengah orang lain pulak haaa bagai dipam pam.

    Jadi macam satu collective data, kalau rajin bersuai kenal, bersembang dan pelajari dari setiap seorang yang ada pengalaman masing masing dalam misi nak kurus.

    Ramai juga yang berjaya kurus, tapi sekarang dalam stage untuk build up muscle pulak. heheh aku nak kurus and maintain fit sahaja sebab faktor umur.

  5. Dapat bermain sukan OhLimpik dengan orang yang sama level

    OhLimpik ni bagi aku memang best. Tujuan aku masuk kali kedua sebab seronok sukan volleyball dan pingpong yang aku main sejak zaman sekolah. Aku rasa bukan aku sahaja, ramai kan. Especially surirumah yang hanya duduk dirumah dan tidak pernah lagi bermain sukan dari zaman sekolah. Padahal dulu olahragawati kut kan..

    Cabaran Jom Kurus

    Hebat tau akak nih….

    Bukan aku sahaja. Baru baru ini aku berjumpa dengan seorang kakak yang dah berumur 57 tahun masuk tournament Ping Pong untuk acara mix double. Weh.. masuk semi final tau. Yang lelaki pula umur 58 tahun menang no 2 untuk cara single

    Aku memang impressed sangat sangat, sah akak tu masa muda muda aktif.

    Cabaran Jom Kurus

    Bersama team JK1M tebrau. haa cuba teka umur berapa tuuu

    korang tak teringin ke? Jom kita jumpa next Ohlimpik yang dijadualkan pada Januari 2019.  Serius memang enjoy weh! Kalau tak percaya korang boleh tengok gambar gambar koleksi Kevin zahri di Flickr.

 

Ini antara faktor faktor pendorong aku kenapa aku tetap join untuk Jk1M. Bukan aku sahaja, ramai yang lain pun spesies macam aku. Ada yang join Jk1M 7 tapi join semula JK1M 11.  Sebab keseronokan bersukan bersama kawan kawan yang sama dan yang pasti kerana program Ohlimpik yang memang ohsem

Aku sudah, korang bila lagi?

Jangan simpan or sayang lemak tu hahahha… kita sama sama kasi cairkan dan jadi bertambah sihat. Eh korang tau tak, kalau kita aktif bersukan hormon kita pun cantik dan kita pasti happy dan gembira bila join Cabaran Jom Kurus ini .

Itulah yang aku rasa.

13 Comments

  1. YB Shehan October 18, 2018
  2. Haida October 18, 2018
    • azni October 18, 2018
  3. Mariana October 18, 2018
  4. Azzureenali October 18, 2018
  5. IQ aka Izyan Balqis October 18, 2018
    • azni October 18, 2018
  6. Nadia Johari October 19, 2018
  7. Shazillahsani October 19, 2018
  8. Chik Tie October 19, 2018
  9. mas saari October 21, 2018
  10. Ai October 23, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!