Kelas belajar buat blog dengan wordpress dan SEO

 Belajar mesti berguru

Akhirnya, aku pergi juga menuntut ilmu secara rasmi nak ber blog nih. Kata orang nak belajar mesti berguru, nanti sesat. Aku cari sifoo blog ni khas untuk platform wordpress dan yang paling aku nak timba ilmu adalah ilmu SEO. Dari blogspot aku migrate ke wordpress ni pada tahun 2012. Banyak reason kenapa aku berhijrah, nanti aku ceritakan kenapa. Kiranya aku ni attend kelas belajar buat blog walaupun aku dah ada blog lama dah, back to basic.

Kelas belajar buat blog dengan wordpress dan SEO

walaupun dah pakai wordpress bertahun, kena check balik samada betul ker apa yang aku praktikan selama ni. Sebab tu lah kena attend kelas Kelas belajar buat blog hehehhe

 

Aku  bernasib baik sebab memang berada di dalam environment IT, kalau kerja ofis aku lah macam planner dari segi content structure, study on user experience. Tapi bekerja dalam team yang besar ni role kita di pecah pecahkan. Jadi aku cabar diri aku nak buat blog from scratch, dari pendaftaran domain, setup hosting dan seterusnya build up blog atas platfrom wordpress. err.. opis aku tak pakai wordpress yer, we all buat programming from zero.  So wordpress ni aku godek godek sendiri. Dalam entri aku nak buat blog aku dah citer panjang lebar kenapa aku nak berblog nih.. nanti korang visit entri aku tu tau.

Mula blogging

Aku ingat lagi bila aku cakap dengan sorang front end developer, tahun 2012. Dia kata kalau nak pergi jauh atau long term aku memang kena blog atas wordpress. So aku follow without faham sepenuhnya. Aku belajar semua sendiri dan adalah beberapa sifu yang power power dekat opis aku ni refer. Alhamdulillah all went well. Pernah lah melalui saat getir bila blog tu ada problem. So I would say aku belajar wordpress ni thru experiance selain join committee dalam FB. Tapi aku still rasa something is missing, or betulkah cara aku ni.. so aku enrolled kelas  belajar buat blog dengan blogger yang memang dah pakar dalam wordpress dan SEO nih  dari https://myscreative.com/

Kelas belajar buat blog dengan wordpress

21 July 2017, sebaik aku lepas abis shooting dengan kawan2 aku terus pecut laju ke bangsar south. Konsep kelas ni lebih santai dan 1 to 1 session. 9am to 5pm, hehhe tapi aku datang lambat. Eh mujor jugak aku datang lambat, sbb boleh bagi laluan pada afiq yang turut attend kelas nih.

Basically dalam kelas wordpress ni kita akan diajar secara teknikal dari setup blog, pemilihan tema untuk blog, info info berkaitan plugin yang bersesuaian. Untuk orang yang pertama kali belajar memang agak pening sebenarnya. Alhamdulillah sebab berkat aku dah explore sendiri sebelum ni so boleh lah aku tanya soklan soklan yang memang aku concern dari segi image size, naming file dan juga struktur content selain dari segi setting dalam wordpress. Jadi kalau sapa nak attend kelas macam ni aku memang advice you all buat research terlebih dahulu, or godek godek macam mana nak post kat wordpress ni.

Kelas belajar buat blog dengan wordpress dan SEO

Sesi 1 to 1 dalam kelas belajar buat blog dengan sifoo bamhoque. afiq pun student macam aku jugak. Jom Afiq kita pulun.

kalau korang baca entri aku sebelum ni Demam blog pulak, nak jadi blogger lah hehehe memang aku dah set roadmap dalam usaha aku nak jadi blogger ni. SEO tu memang dalam list dah. memang lama daaaah.. tapi tulah tak berpeluang.

Walaupun orang cakap semuanya di hujung jari, tapi tak puas jugak. Ada benda kita kena berguru, actually segala benda pun walau belajar memasak kan. Benda yang aku nak tahu sangat adalah berkenaan SEO atau search engine optimization. Sah!.. memang banyak benda aku tertinggal hahaha. Benda yang aku amik mudah. contohnya setengah post aku, kadang tu aku buat tak kisah jer pasal nak masukkan Tags. padahal ini adalah salah satu winning point untuk google crawl dan index blog kita. Jadi inilah satu kelebihan wordpress jika dibandingkan dengan blogspot. Untuk orang yang suam suam kuku macam aku ni yang belum orang kenal lagi, aku rasa wordpress lah yang lebih baik.  Tapi kalau dah yang ramai pengikut ni pakai blogspot pun ramai jer pengikut yang follow blog kan. So nak tak nak aku kenalah fully utilize on wordpress ni.

Sebaik abis kelas tu.. eh.. masa kelas tu jugak aku terus check entri entri yang lepas . hahahha memang nak perbetulkan lah beberapa benda untuk tingkatkan SEO ni. Dengan kata lain tak semua orang boleh menulis dan buat blog, tapi kalau dah boleh menulis di blog pun kalau tak pandai SEO ni rugi juga.

So.. apa lagi, korang bila lagi nak belajar buat blog dengan sebetulnya.

 

3 Comments

  1. mrhanafi June 5, 2017
    • azni June 6, 2017
    • azni June 7, 2017

Add Comment

CommentLuv badge