Kegagalan yang penuh hikmah

Kegagalan yang penuh hihkmah.

Dahulu aku pernah kecewa, bukan kecewa bercinta tapi hampir putus asa untuk sambung belajar ke menara gading. Semuanya kerana gara gara kesilapan mengisi borang permohonan Universiti selepas SPM.  Keputusan SPM aku zaman tu Gred 1 belas belas (biarlah rahsia). Kiranya memang okaylah kan.. tapi kalau di bandingkan dengan keputusan budak MRSM yang lain takdalah hebat sangat (merendah diri jap).   Kekecewaan aku tu kalau nak cerita, rasa mcm di robek robek dan berguling guling dari gunung kinabalu  ke bawah. Kecewa yang amat sangat, sbb kesilapan yang tak boleh diterima. Memang marah pada diri sendiri sangat sangat.  Tiba tiba sahaja rasa ” kaulah orang yang paling bodoh, looser”. Gila betul perasaan aku masa tu.

Cuba korang pikir, mana tidaknya hampir 95% kwn sekolah yang sama sama belajar di MRSM dapat melanjutkan Pelajaran samada masuk ke Universiti, Uitm, PPP ataupun matriks. Sedih.. Malu.. kecewa.. Marah.. semua adalah.. Complete..!!

mrsm taiping

MRSM Taiping

Bila di pikir balik,  tu rasa Jahilnya aku masa tu.. sbb menyalahkan tuhan atas apa yg berlaku.. tapi sebenarnya kesilapan sendiri. hehhe.. adaka patut, kemasukan UITM and kemasukan UPU matriks dimasukkan dalam satu borang sekali (masa tu borang asing yer)… Jenuh merayu ke UITM untuk mendaftar pada masa yg sama.  Dok naik bangunan MARA, untuk  consider kemasukan ke AAD kuantan, tapi tak berjaya sebab aku letak list dekat bawah bawah kut… tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur… huhuhuh..

So aku nekad ambil Form 6, sbb tak mahu ketinggalan dengan kawan kawan yg lain.  Jadi masuklah aku ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Buyong Adil Tapah… tapi disitulah nikmat belajar yg aku rasa paling besar aku kecapi.. tak pernah aku serajin itu semasa bersekolah di MRSM dahulu.  semuanya kerana azam untuk terus kekal dengan kwn2 yg lain. Kalau ikut mata pelajaran untuk tingkatan 6 mmg sgt mencabar…haishh.. hanya orang yang melaluinya sahaja yang dapat menghargai.

smba

Sekolah Menengah Buyong Adil

Tapi hikmah yang aku amat hargai ke hari ini.. semasa di tingkatan 6 lah aku betul betul dapat bersama dengan arwah mak. Cuba korang bayangkan, sejak dari tingkatan 1  aku banyak menghabiskan masa di sekolah asrama dan hanya pulang ke rumah pada cuti semester. Kiranya macam kurang bermesra dengan arwah mak. banyak benda yang aku ‘miss’ kalau di bandingkan dengan adik beradik aku yang lain. Tapi pada tahun yang sama sewaktu nak menduduki STPM arwah mak mula sakit, so kalau aku bangun pagi nak belajar tu sambil jaga arwah mak. Sesungguh Allah maha mengetahui.. dia telah mengatur segalanya… pada masa itulah aku rasa amat dekat dengan arwah mak..  kerana sempat menjaganya beberapa bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Memang ia memberikan tamparan yang hebat pada aku dimana disaat kita memerlukan dia untuk terus berjuang.. dia pula tiada. aku ingat aku akan terus tersungkur tapi rupanya ia kekuatan kepada aku. Bayangkan sekiranya arwah mak  sakit dan pergi kalau di saat aku  telah menyambungkan pelajaran dimana2. Nikmat itu takkan aku  rasa hingga ke hari ini. Masih terbayang sehingga kini saat aku menyuapkan makanan kepadanya.. memandikan dan mencuci dia sewaktu sakit, memimpin dia dihospital.. Nikmatnya saat itu.

420651_402615989752255_962696350_n

Arwah mak and bapak di SOGO

Dari satu itu lah aku  makin memahami  makna “hikmah” yang sebenar.  tidak tercapai akal fikiran kita.    Betullah .. kita mesti bersangka baik pada Allah… segalanya telah diatur untuk kita. Pengalaman yang berharga ini sentiasa aku  kenang, dan jadikan panduan. Lagi satu tips untuk adik adik, rajin rajin mengaji Quran sebab masa tu aku rasa daya ingatan aku kuat banyak.. hahahha. Sewaktu arwah mak sakit, dan selepas arwah mak pergi nak ubat kesedihan memang aku rajin mengaji. Perasan tak bila baca dalam suratkhabar berkenaan budak budak yang berjaya score memang banyak amalkan ni.  So ini yang aku ‘discover’ sendirilah. wallhualam.

Susur atur kita telah ditetapkan olehNya.. cuma kita perlu  pandai menangani  .. setelah ambil tingkatan 6, aku sempat masuk ke Uitm kem kijang selama 6 bulan, in case result stpm tak elok sekurangnya aku  dapat jimat 1 semester. Bila keputusan STPM keluar sekali lagi “kegagalan” ini  berlaku.  Asalnya aku  telah memohon untuk fakulti Ilmu kemanusiaan.. tapi aku  ditawarkan dalam fakulti komunikasi massa di USM.  sekali lagi aku  kecewa, maklumlah masa itu aku  tak tahu apa itu fakulti komunikasi massa.. aku pasrah… huhuhu.. rupa-rupanya kemasukkan untuk fakulti ini lagi memerlukan total kredit yang tinggi.

“Confirm”  ini semuanya kerana aku  berjaya mendapat keputusan pengajian am yg sangat baik, maka aku berpeluang memasuki fakulti tersebut. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa terbaik untuk aku ..aku  dan komunikasi amat serasi.. sangat sangat serasi… sekali lagi aku amat mensyukuriNIKMAT yang dikurniakannya…

Dan rupanya NIKMAT itu tidak tamat disitu sahaja.. rupanya  dapat bertemu Jodoh  di dalam fakulti yang sama. Bagi aku ini juga Hikmah yang tak terhingga juga dikurniakan kepada saya.

Kalau selfie jer muka mesti bolat.. Haha takpalahhh janji dpt captured moment kan

A photo posted by azni (@azni) on

Kenapa?
kerana aku tau susah untuk mendapat “lelaki” yang sanggup bersabar untuk mendapatkan zuriat dalam jangka masa 8 tahun. rasanya setengah laki lain pasti dah kawin lain daah.. ni nak bg kredit kat laki aku,  hanya dia shj yang paham kesedihan kepayahan masa struggle nak dpt anak kalau setengah orang boleh jadi cerai berai. Malah dugaan begini menguatkan kami lagi dan lebih memahami kut.. huhuh moga moga kekal ke akhir hayat.. amin ( sapa baca ni tolong amin sekali) hehehhe

fakulti komunikasi usm

Asmidar & Ali setan di USM

Sesungguhnya aku amat mensyukuri atas Nikmat dan hikmah  yang aku lalui dan kecapi hari ini.

Kegagalan yang aku ingat akan menghancurkan  aku sebenarnya telah disusun dengan cantik sekali. Moga aku akan terus memperoleh nikmat nikmat ini pada masa akan datang.

 

 

 

 

kegagalan.jpg

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge