Kedai Emas Hajjah Halijah di utara yang femes dengan harga murah

Eh dengarnya dekat utara ada 1 kedai yang sangat femes. Kedai Emas Hajjah Halijah namanya. Juga femes dengan panggilan singkat KEHH. Yang aku tau kedai ni memang menjadi pilihan Nombor 1 rakyat utara terutamanya Kedah lah. Aku wonder juga, kenapa agaknya yer..

To be frank, aku bukanlah pandai sangat bab-bab Emas ni. Tapi adalah juga barang kemas pakai sendiri dan juga warisan pusaka dari arwah mak aku. Eh.. tapi aku bersemangat nak cerita pasal emas ini sebab baru dapat hadiah gelang Emas dari abam sempena besday huhuu .. sedih and tragik pasal gelang emas ni hahha.. nantilah aku cerita..

Wanita dan Emas

Masa kecil kecil, aku ingat lagi selalu follow arwah emak ke kedai Emas. Masa dulu jenuh menyimpan duit untuk belikan anak rantai atau subang pun. Tapi yang pasti arwah mak aku akan suka pergi kedai yang mesra pengguna dan mudah dalam urusan jual beli walaupun dia bukan lah banyak duit nak beli barangan Emas.

Arwah emak aku memang suka singgah kedai emas ni , kadang lepas balik dari pasar akan singgah, sebabnya harga Emas ni kan berubah ubah. Memori tu masih segar di mata aku, cara arwah emak pandang barang emas tu macam sayu, macam penuh harapan nak memiliki emas tu. Nak beli terus mana mampu hehe.. so macamamana pun, semua wanita suka emaskan!

So berbalik pasal kedai KEHH ni, ramai orang sana atau to be spesifik orang Melayu gemar betul datang ke sini kerana layanan mereka dan kedai yang boleh dipercayai. Eh korang jangan tak tahu, macam macam ragam juga tau kisah kedai emas ini. Ada yang kes tipu pun ada. Jadi aku nak nasihat sikit, kalau boleh tanya tanya lah pada orang setempat perihal kedai Emas yang boleh dipercayai. Jadi, apa kata korang datang survey kedai Hajjah Halijah, Feedback ramai kata okay sangatt!

Kedai Emas Hajjah Halijah

Kisah kedai Emas Hajah Halijah ni aku tahu dari kawan yang duduk di Utara. Sangat- sangat boleh dipercayai katanya dan telah beberapa kali membuat urusan jual beli di kedai ini.

Prinsip aku pulak, kalau kedai bagus apa salahnya kita promotekan. sebenarnya dia orang pun ada FB mereka sendiri, Korang boleh follow and tanya mereka sendiri kalau berminat.

Kedai Emas Hajjah Halijah

Cawangan Kedai Emas Hajjah Halijah

  • Perlis
  • Alor Star
  • Jitra
  • Sungai Petani

Kelebihan Kedai KEHH

Sesuatu yang menarik Kedai hajah Halijah ni, mereka banyak mengadakan promosi melalui sosial media dan sangat sangat menghargai pelanggan. Untuk peminat Emas mereka boleh dapatkan info terkini di Facebook.

  • Beli emas percuma emas.. Wow!
  • Hadiah istimewa setiap pelanggan kesayangan 
  • Ilmu emas setiap hari di Facebook 
  • Harga berpatutan
  • Kualiti emas sejak 28 tahun
  • Kepuasan pelanggan, Keutamaan kami
  • Cuci emas percuma
  • Harga istimewa setiap minggu
  • Belian semula dgn harga yg tinggi atau trade in
Kedai Emas Hajjah Halijah

Keistimewaan sebagai Ali

  • Harga lebih Murah
  • Ganjaran menarik untuk pelanggan Setia
  • Tawaran Cuci Emas PERCUMA

Info Lanjut

6 Comments

  1. miminadam May 9, 2019
  2. Nadia Johari May 17, 2019
  3. Ai May 23, 2019
    • ANIKAH RUSIDA BINTI YUSOF September 8, 2019
      • azni September 9, 2019
  4. Atul Hamid August 7, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!