kedai cermin mata murah yang viral di sungai wang

Kalau nak kena tukar cermin mata multifokal aku pakai sekarang ni menangis oit! Harga aku buat ni dalam RM1800 huhuhu. Lepas tu bila aku dengar ada kedai cermin mata murah yang viral sangat tu di sungai wang, aku saja nak tengok berapa harga dia boleh bagi.

Tapi berapa murah agaknya dia boleh bagikan? Susah aku nak dengar orang boleh bagi harga murah untuk kategori cermin mata orang tua ni hahha. Aku panggil cermin mata orang tua sebab selalunya orang umur 40an ke atas akan mengalami masalah ni. Bukan saja dah ada kedut and lingkaran hitam bawah mata, rabun dekat pulak tu.. bahasa saintifik presbyopia

Tengok Handphone sat dekat, sat jauh. Sah lah korang macam aku.

 

Kedai cermin mata murah

 

Kenapa Kedai cermin ni mata murah sangat?

Yang menjadi timbul tanya kenapa dia boleh bagi harga murah, apa beza dengan kedai lain? Itulah yang bermain dalam kepala aku. Bila aku baca blog ben atas kepuasan hati dia dengan harga yang diberi, maka aku pun cakaplah dengan abam aku kena pergi jejak jugak ni.

Setiap tahun memang ada peruntukan dari syarikat abam RM450 untuk seorang. Setakat spek untuk iman memang lepas. Tapi huhuhu kalau multifokal macam aku ni, aduiii… kena top up. Bukan sikit sikit tau. RM1800 – RM450 haa.. cer kira.

Tahun ni kami dah plan nak berjimat, banyak nak pakai duit or lebih baik travel hahah lagi best. So itu yang we all jejak jugak pada hujung minggu baru ni.

Seronok sebenarnya bila aku dengar owner kedai ni (william) educate setiap orang yang masuk ke kedai ini.  Betapa Lens alpha blue ini boleh  sekat sinar biru dan silau malam. Siap demo pada kami.

 

Kedai cermin mata murah

Cuba cari muka hakak!! ramai giler orang yang mai ni weh

 

Kedai cermin mata murah

Bersungguh explain kat kita orang nih …

Berbalik dengan kisah aku yang pakai cermin mata multifokal yang berharga Rm1800 tuuu.. huhuhu . lens yang aku pakai dari brand HOYA. Memang brand ini agak terkenal sebenarnya.  rata rata yang pakai multifokal dari brand ini. Tapi betul juga kata william, sebenarnya kalau kita keluar negara terdapat pelbagai brand sebenarnya.  Banyak yang kita tidak pernah dengar

So lojiklah harga yang ditekan oleh lens Hoya, boleh kata macam monopoli dalam bidang optometrik ini ditambah pula dengan kos periklanan yang mereka lakukan.

Jadi kalau ada pilihan yang lebih murah, why not kan? So kali ini kami anak beranak memang order saorang satu sebab nak perabih bajet tahun ini .

aku pulak nak spek yang lebih ringan dan lebih nampak muda hahahah.. jangan mare.. ini sindrom mak mak 40an.

kesimpulan kenapa dia boleh bagi harga murah

  • Lense Alpha Blue 420 telah di daftarkan atas nama company ini
  • Tidak menggunakan kos iklan yang tinggi seperti syarikat lain.
  • Aplha Blue 420 lense baru nak dilancarkan, jadi masih dalam promosi ( baik korang grab sekarang)

Kedai cermin mata murah

Eye Pro Vission Kedai cermin mata murah , Siap Satu jam

Untuk cermin mata anak aku, hanya mengambil masa dalam 45 minit sahaja. kecik kedik dah pakai spek kan. Haa main gajet lagi sakan. Untuk frame dan alpha lens 420 proses untuk siap memang cepat. Tak sempat nak pusing pusing area bukit bintang haha. bayar RM125 sahaja.

Jimat duit!

Sebelum ini kami perlu tunggu beberapa hari.  Tetapi untuk multifokal makan masa beberapa hari. Memandangkan aku tidak memerlukan dengan kadar segera, jadi aku pun tidak berapa kisah . ( ada alasan nak jalan jalan pavilion dan sungai wang)

 

Kelebihan lens Alpha Blue 420

  1.  Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
  2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
  3. 100%  sekat sinar biru dan ultra ungu (UV420)
  4. Tahan lasak kerana diperbuat dengan 12 layer berbanding lens biasa
  5. Tidak mudah pecah
  6. Kalis air
  7. Kalis calar
  8. Harga mampu milik

 

So korang kalau bercadang, nak tukar spek tu boleh lah jengah kedai ini.  Memang ada pelbagai option tapi kalau korang memang nak cari frame yang berjenama aku cakap awal awal yer tidak banyak disini, kutlah nak cari Oakley ker, rayban ker, Coach ker, Fcuk ker, memang tak ada. Tapi pilihan lain tu still banyak

Kedai cermin mata murah

Pilih… jangan tak pilih kaak

Tapi macam kita orang ni, dulu sahaja kisah nak melawa dengan frame berjenama, tapi disebabkan nak jimat bajet kami okay sahaja dengan frame yang ada di Eye Pro Vision

 

Lot G1111
Ground Floor
Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

 

One Response

  1. ina January 12, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!