Korang blogger yang macam mana? Jom kenali kategori blogger

Sekarang semua orang nak jadi blogger aku tengok. Bagus! Sebab jadi blogger ni memang banyak kelebihannya which is aku tak mau disclosed apakah benefit yang akan korang dapat. Kalau dah jadi blogger, korang  kategori blogger apa sebenarnya?

Bab kelebihan jadi blogger tu, aku reserved dulu. Nanti bunyi macam poyo je kan lagipun sebab aku sendiri masih diperingkat belajar.

Jadi sebenarnya, aku nak share pemerhatian aku terhadap blogger blogger yang ada sekarang ni, yang mana aku sendiri jadikan benchmark untuk aku improve kan diri aku sendiri.

 

kategori blogger

 

Aku sendiri bermula dengan niat untuk jadikan blog ini sebagai journal atau diary untuk aku dan family semata-mata. Selain dari itu juga sebagai satu platform untuk aku mencabar diri.

Tapi betullah rupanya nak jadi blogger bukan kena tahu menulis sahaja tapi kena tahu aspek teknikal sedikit sebanyak. Kalau tak memang korang akan syok sendiri, nanti aku share kenapa.

 

Info aku dan terhasilnya modernmumthingy

Sedikit info tentang aku, aku mempunyai Ijazah  dalam Komunikasi dari USM  pada tahun 1998,(dah tua huhuh)  berjaya mendapatkan master dalam Visual communication dan New Media dari UITM. Telah bekerja di MIMOS Berhad dalam Unit  Multimedia dan seterusnya dikenali dengan nama User Experience Department hampir 19 tahun.

Kerjaya aku bermula dengan kerja sebagai orang yang bertanggungjawab dalam bidang pengurusan, content gathering dan branding untuk projek multimedia dan periklanan.

Sekarang aku meneruskan kerja sebagai User Experience Designer yang bertanggungjawab dalam bidang user research, UI design dan prototyping. Ini bahasa ringkas untuk terangkan kerja aku, sebenarnya panjang lebar lagi.

Kenapa aku beria nak cerita pasal aku pulak ni. haaa.. sebab perkongsian aku nanti adalah berhubung kait dengan pengalaman aku dalam pekerjaaan aku sendiri dan juga experience aku sendiri sebagai blogger.

Harapnya info yang aku kongsikan dapat dipandang sebagai informasi yang valid dan bukan aku suka suki yer. Okay mari kita sama sama kaji dan pikir. Entri aku kali ini akan fokus pada content dan branding sahaja, next entri aku sentuh sikit bab teknikal.

 

kategori blogger

Kategori blogger

1. Blogger yang telah ada branding atau nama

Blogger yang macam ni memang power bagi aku, sebab dah ada pengikutnya tersendiri. Korang ingat senang dia orang nak capai tahap macam ni? Vivy yusof, hanis zalikha antara blogger awal yang juga dah sampai tahap selebriti blogger. Kelebihan mereka ada aura tersendiri complete dengan pakej penampilan yang sangat menarik. Malah dengan blogging lah juga jadi batu loncatan untuk bisnes dan opportunity lain.

Selain dari mereka, blogger full time seperti Ben Ashaari pun ada follower tersendiri terutamanya di kalangan blogger sendiri. Dia tulis pasal anak dia pun orang tunggu jer.

Faizal Fredly antara travel blogger yang aku respek la, dia keluarkan duit dia sendiri sebelum sampai tahap sekarang orang kejar dia untuk sponsor memana trip sekarang ni.

Orang akan search mereka di kotak google dengan “Vivy Yusof ” sahaja dan terus dapat carian ke blog mereka. Ko ado.?? tapi korang boleh tau orang cari korang atau tidak dengan google analytic melalui penggunaan capaian. keyword  Kalau ada tu.. hebat dahh..

Selalunya kalau kena dengan keyword baru lah orang masuk ke blog kita kan. Betul tak?

 

kategori blogger

 

2. Jadi Blogger sebab hobi

Aku lah tu, memang tujuan asal nak menulis sebab tak nak otak berkarat sebab nak belajar menulis dan aspek teknikal. Asalnya Nak rekod kan segala kenangan dalam catitan sebab kalau simpan gambar sahaja tak cukup. Sampailah salah seorang developer yang memang power tegur aku. Kalau you nak pergi jauh, pindah platform buat branding, plan your content and bla bla.

BACA : Nak buat blog jugak 

So aku pun migrate dari hobbyist blogger kepada list di bawah ini. AKu dah start cuba dan intai nak jadikan hobi aku sebagai part time blogger  3 tahun yang dulu  and masih merangkak or maybe aku bercadang nak  jadi Vlogger juga satu hari nanti.

 

3. Blogging sebagai pendapatan utama atau sampingan

Ramai juga yang dah jadikan blogging ini sebagai kerjaya, contohnya macam Ben ashaari, Hasrul Hassan. Mereka berjaya jadikan blog ini sebagai pendapatan  utama mereka. Tapi korang kena ingat, mereka telah mulakan blogging ini aku rasa dah lebih 10 tahun kut. Jadi kalau yang newbie terus nak dapat taraf macam mereka rasanya agak payah.

Blogging ni kena semai lama. Dah ada nama dan trust baru lah syarikat berminat nak bagi ruang untuk review dan sponsor.

Selain dari itu nak jadi macam ni kena rajin buat marketing juga. Aku dengar Ben cerita pun rasa macam pergh… letihnya. Aku memang tak mampu sebab aku masih bekerja. Untuk full time blogger mereka memang kena serius dan aktif membuat marketing.

Macam mana mana nak buat marketing? hahaha aku belum arif lagi nak cerita tapi yang pasti hubungan dengan PR memang kena bagus, Event kena selalu pergi barulah nama korang sentiasa ada dalam database, kena rajin rajin submit proposal dan surat kemana mana syarikat malah kena pandai pancing potential client. Kalau yang dah kategori ini  aku rasa laa, income memang masyuk kalau betul betul rajin. Nak atau tidak jer kan

Ada juga job yang di offer melalui group FB tapi kebanyakkanya percuma dengan memberikan produk untuk review. So untuk permulaan platform ini, kalau rajin terima sahajalah.. kalau malas dok diam.

 

4. Blog untuk jualan – blogprenueur

Aku yakin korang akan jumpa blog yang fokus untuk jualan barangan tertentu contoh ada geng aku seperti agent shaklee yang banyak menekan aspek kesihatan..
Selain mempromosikan produk akan diselangi dengan info info kesihatan supaya pembaca tidak bosan jika terlampau hardsell.

Sebenarnya blog ini memang boleh dijadikan satu platform yang mudah jika ingin menjual barangam secara online tanpa perlu hire web designer dan developer. Tambah kalau pakai blogspot kan FOC sahaja.

 

5. Corporate Blogger

Kalau korang perasan dalam mana mana corporate website akan ada satu section atau menu yang tulis “BLOG”. Normally dalam corporate website content nya adalah statik disebabkan sebarang informasi yang keluar mestilah mendapat kelulusan dalam pihak pengurusan seperti corporate communication atau Ceo office sendiri.

Jadi sekiranya content tersebut statik, carian engine pun agak kurang aktif dalam laman web tersebut. Maka dengan sebab itulah ada section “BLOG” supaya informasi yang lebih santai dan terkini akan di laman web tersebut.

Tapi dari segi bahasa bukan lah sesantai kita ni, mestilah content dan kandungan lebih informasi dan ilmiah bukan spesies makcik bawang heheh.

Blogger mesti kena tahu ini

Okay bottom line, tak kisah lah korang nak macam mana .. tak kisahlah korang dalam kategori blogger apa pun kan. Janji korang happy.  Tapi kalau korang serius nak jadi blogger beberapa faktor ni korang kena ambik kira. Ini kira perkongsian aku la yer, berdasarkan pengalaman aku dalam bidang kerja aku dan juga pengalaman aku sebagai blogger. Tunggu next entri aku.

Aku masih penuhkan list-list yang “Must do list as blogger” yang aku rasa aku kena tambah setiap masa kalau aku betul betul nak improve blogging style aku dan sentiasa berada di carian utama.

Blogger kena selalu belajar. Tunggu aku amik nafas untuk siapkan erk. Tetiba semangat ni sebab aku dapat PM dari geng blogger sendiri yang tanya pasal benda ni.

  1. Praktikal tips untuk menulis blog post
  2. Struktur kandungan blog
  3. SEO knowledge – keyword.. keyword
  4. Broken link – korang ignore je?
  5. Design – responsive design
  6. Pemilihan UI design dan layout
  7. Blog Performance

 

Haa.. akhirnya aku dah update entri  seterusnya tu .. korang boleh masuk terus Apa yang blogger kena tahu dan belajar    . Insyallah akan terus update lagi entri seterusnya.

15 Comments

  1. JULIA JOHARI April 11, 2018
  2. Huda April 11, 2018
  3. Ema April 11, 2018
    • azni April 11, 2018
  4. Lya April 11, 2018
    • azni April 11, 2018
  5. mas saari April 11, 2018
  6. mamapp April 11, 2018
    • azni April 11, 2018
  7. Nina Mirza April 11, 2018
  8. Bro Nasa April 11, 2018
  9. Asyiqin April 11, 2018
  10. Belang Tarung April 11, 2018
    • azni April 11, 2018
  11. Mama Kembar Tiga April 11, 2018

Add Comment

CommentLuv badge