Kari Daging Noxxa

Kari daging Noxxa ni memang favourite kami anak beranak. Kalau dapat daging liat memang potong stim sungguh nak makan kan. Tapi kalau pakai noxxa..fuh.. confirm korang akan puas hati yakmat sebab dagingnya jadi lembut.

Tapi kenalah cara yang betul. Kalau masak cara biasa, heheh tak dapatlah merasa keenakan kari daging yang lembut.

Lagi satu korang suka pakai kari apa? Aku nih macam mana sekalipun tetap suka Babas. Cuba juga nak beli yang lain tapi mcm tak best lah.

kari daging Noxxa

Bahan Bahan masakan

  • 1 Kg daging (leboh sedap kalau dicampur sedikit daging cincang atau tulang)
  • 2 pkt rempah kari
  • 2-3 sudu cili serbuk atau cili boh
  • 1 kotak santan (harmuni/Kara lebih sedap) tapi saya suka santan fresh
  • kentang
  • 5 – 7 ulas Bawang putih
  • 5 – 7 ulas bawang merah
  • 3 – 4 inchi halia
  • Bunga lawang 3-4
  • Bunga cengkih 5-6
  • Kayu manis 2-4 inchi
  • 1 tangkai daun kari

Cara masak

  1. On Pressure Cooker
  2. Tekan butang “Stirfry” , jika lampu merah berkelip-kelip, tekan butang On/Off
  3. Panaskan minyak
  4. Tumiskan kayu manis, cengkih, lawang dan daun kari
  5. Masukkan bawang dan halia yg sudah ditumbuk atau diblend
  6. Bila kekuningan, masukkan rempah yang sudah dibancuh bersama air dan cili
  7. Bila rempah garing, masukkan daging
  8. Tekan butang On/Off
  9. Tutup periuk
  10. Tekan butang High-Pressure 20-30 minit,
  11. Tekan butang On/Off
  12. Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol pressure sehinga steam kealuar habis
  13. Buka tutup, masukkan santan dan kentang. Sekiranya pekat, tambahkan air
  14. Tutup periuk. Tekan butang On/off
  15. Setkan High-Pressure selama 5 minit
  16. Tekan butang On/Off
  17. Bila bunyi beep-beep, keluarkan steam dan bolah dihidangkanKalau

Kalau nak dapatkan resepi penuh Noxxa boleh intai -intai entri sebelum ini . Nak raya nanti kalau teringin nak cuba masak rendang ayam pencen noxxa pun ada nih.

Selamat mencuba

Add Comment

CommentLuv badge