Kalau hilang buku ASB

Sejak ASB announce dividen, berpusing pusing aku cari buku aku. Rasanya dalam bulan 9 ada pergi update buku. Haish.. dalam hati terdetik, macamana kalau hilang buku ASB.

Kalau buku bank biasa memang dah tahu proses. Ini buku ASB. tambah pulak buat Loan ASB. Biasalah aku ni, belum apa apa dah panik. Dok pikir apa worst scenario yang boleh berlaku. Mesti nangis tak berlagu, hhuhuhuh… kalau korang??

Nak tau kenapa aku panik? Sebab ada satu masa tu aku pernah pergi CIMB dekat sri petaling. Tanya dengan pak guard or officer.. memang tak berapa nak ingat. Tapi yang aku ingat. hahah kena buat report Polis. aduhai .. terus terbayang keremehan nak buat benda ni. So memikirkan ini, kepala dah serabut. cari cari tak jumpa jugak! giler tak stress hahahah

so,… aku pun mulalah google dan tengok website PNB sendiri..

Conclusion dari hasil research aku.. Website PNB ni tak bagi maklumat yang cukup untuk kes macam ni.. simple benor penerangannya. nasib baiklah jumpa info dekat satu blogger nih, bagus… jadi aku pun nak buat entri ni.. incase orang lain search keyword yang lain pulak.

Senang sangat rupanya.. so ni untuk my case yang dok selangor. ada option beberapa tempat. Korang kena cari pejabat ASNB. jangan pergi bank.

1. Cari pejabat ASNB yang berdekatan. 

Meh nak share beberapa tempat. Aku ada pilihan putrajaya and dekat jalan tun razak. so akhir aku pilih putrajaya sebab parking senang.  Waktu operasi bermula 8.15 pagi. Masa aku sampai dalam 8.25 memang ramai orang beratur.  So memula sampai tercagak bangak.. hehe orang lain update buku and keluar duit.. aku nak cakap buku hilang. siap takut kena marah boleh.. pastu terbayang duit hilang …

Overal proses dalam 30min sahaja, cepat and pantas bagi aku! sebab di saat orang ramai update buku selepa dividen diumumkan… maybe kalau masa bulan 3 and seterusnya lagi cepat. heheheh… aku rasa lah….

So nih antara pejabat ASNB yang korang boleh p.. Kesemua ASNB ni beroperasi dari kul 8.15 pagi – 4.00 petang.

  • ASNB putrajaya +60 3-8890 4880
  • ASNB Kuala lumpur +60 3-2050 5500
  • ASNB Shah Alam +60 3-5510 3155
  • ASNB Seremban +60 6-762 6239
  • ASNB Kuala Selangor
  • ASNB Teluk intan
  • ASNB Bayan Lepas
  • ASNB alor Setar
  • ASNB Kangar
  • ASNB Kota bharu
  • ASNB kuala terengganu
  • ASNB Kuantan
  • ASNB Johor Bahru

nampak gaya semua negeri ada perjabat ASNB. cuma orang yang di pendalamaan contoh dari gerik tu.. kenalah pergi ke ipoh kan… huhu bertabahlah ..

 

buku-asb-hilang

pejabat asnb putrajya

parking berdekatan pejabat asnb. Antara masjid besi dan dataran putrjaya

2. Inform dekat kaunter yang bagi number  –
– Please mentioned berkenaan buku hilang.  Nanti dia orang akan bg form yang berbeza
3. Isi form 
– aku panik sekejap sbb tengok ada part stem hasil… heheh.. panik sokmo. rupanya tak payah pergi perj pos. Derang dah ada. Bayar RM10 sahaja.
buku-asb-hilang
4. Pergi kaunter.   
– teller akan terus masukkan info info lain yang ko tak ingat. yang penting IC kena bawak yer… itu saja.

dah siap tu,… LEGA… cuma .. history dalam buku ASB  sebelum – sebelum ni takderlah…  Jadilah kan.

Harapnya info ni membantu okay. ! sebab saya dah tau susah .. so harap ini dapat membantu orang lain pulak.  Jangan Panik okay. Follow jer macam aku citer kak atas tu.

8 Comments

  1. ema January 10, 2017
    • azni January 10, 2017
  2. hawa May 4, 2017
    • azni May 5, 2017
  3. Mimi May 23, 2017
    • azni May 24, 2017
  4. Siti fariza June 8, 2017
    • azni June 8, 2017

Add Comment

CommentLuv badge