Aduhh pening, Jubin lantai meletup dan pecah

Jubin lantai meletup dan pecah  secara tiba tiba ni  confirm boleh buat laki bini pening kepala tau.  Ini lah benda yang berlaku pada kami awal bulan Ogos hari tu betul betul sebelum trips aku nak Perth. Sedang elok elok baca pasal perth di internet. Tiba tiba je kita orang dengar bunyi meletup-meletup kecil dari bawah jubin.

Hanya keluar bunyi ” tiiik…. tiik… tiik “ untuk seberapa seketika, rasanyalah dalam beberapa minit. Lepas tu .. haaa tu dia.. terus meletup “Prak…. Prak…” macam gempa bumi.

 

Jubin lantai meletup

Jubin yang mula mula meletup dah pecah

 

Terbuka dan terjungkit dua tiga jubin yang berdekatan. Memang tak sempat nak ambik video. Berlaku terlampau pantas.

Serius panik. Sebab kekonon rasa macam gempa bumi lah. Mendapan tanah lah. Memang macam blur tau. Dan sewaktu benda ini berlaku dalam waktu malam seingatnya dalam pukul 9 malam. Oh dan pada masa ini berlaku waktu siang dinegara kita terlampau panas. Ada kaitan tak agaknya yer?

Tepuk dahi kita orang.

Apa nak buat pun tak tahu. Terus lah we all bukak laptop and google. Terus dah tak study pasal Perth. huhuhuu.. ni antara infor dari  sinarharian yang aku dapat baca

So banyak lah info yang kami dapat sebab- sebab berlaku ini. Tapi masih tak puas hati so kami pun gigih bertanya dengan kawan kawan yang lain.  Pelbagai assumption yang keluar  pasal Jubin lantai meletup dan pecah ini . Yerlah case ini sangat rare. Tidak semua orang bertuah untuk mengalami masalah macam ni kan.. huhuhu

Dalam kepala otak ni terus terbayangkan RM yang akan melayang nanti. Abislah tahun depan dah tak boleh travel. Giler serabut.

Lupakan Seketika masalah Jubin lantai meletup

So  akhirnya kami tetap pergi Perth , lupakan hal ini sementara waktu. Sebab benda dah nak jadikan. Alhamdulillah memang kami enjoy dekat sana sambil gelakkan diri sendiri nak tanggung kos yang tak dijangka. Plus nak melayan habuk habuk dalam rumah nanti.

Sebenarnya kami cuba berlapang dada dan anggapkan ini hanya dugaan kecil jika dibandingkan dengan masalah  orang lain. Or (aku ni biasalah) terus terpikir maybe zakat tak cukup bayar ker, sedekah tak cukup ker. Sebab sebahagian pendapatan kita kan hak milik orang lain juga.

Eh… ter divert cerita lain pulak.

Back to reality

So apa yang berlegar difikiran kami suami isteri, adakah kemungkinan besar kami perlu menggantikan jubin pecah yang terlibat atau satu kawasan penuh family area. Kalau separuh adakah kami yakin kawasan lain tidak affected.

Kedua sanggupkah nak lihat jubin yang berlainan warna. Aduh sakit mata ni nanti. Jadi kami mula panggil beberapa kontraktor untuk dignosed dan sebut harga. Sebab memang clueless lah pasal benda ni. Cuba cari info di internet pun tidak mencukup. Jadi disinilah aku rasa aku  perlu share pasal dark history in our life gitew..

Jubin lantai meletup

proses bongkar tiles dah settle now letak tiles baru pula

Kemungkinan faktorJubin lantai meletup dan pecah

  1. Jubin 2 x 2  mudah pecah
    kontraktor mengatakan kebanyakan kes owner yang bersize begini yang banyak menghadapi masalah jubin pecah. Luas permukaan yang besar dan terdapat ruang udara
  2. Jubin baru di bina atas jubin lama
    Kerana tidak mau rumah terlampau berhabuk, kontraktor terdahulu mencadangkan kami bina jubin baru diatasanya. Jadi faktor gam yang tidak kuat.
  3. Tidak Cukup ‘ Gam”
    Untuk pemasangan jubin, perlu pakai simen gam yang khas. Jadi kemungkinan tidak cukukp kuantiti diletakkan
  4. Jubin terlampau rapat
    Kesilapan kami dahulu, kononnya tidak suka jarak jubin yg renggang. So ini sebenarya tidaklah bagus sekiranya ada ‘ pressure’ dari faktor perubahan tanah atau suhu.

Salah seorang kawan aku dalam bidang arkitek cakap, agak pelik sebab ianya berlaku selepas 10 tahun dari tarikh we all  pasang jubin ini. Sekiranya memang ada masalah gam tidak cukup, selalunya berlaku pada 3 tahun pertama.

Pelikkan .. heheh. so kemungkinan faktor jubin yang terlampau rapat yang menyebabkan ianya berlaku.

 

antara cement gam yg dipakai

 

Jubin Dining area pula pecah

Aduh, masalah lagi. Sewaktu aku on the way ke rumah kawan untuk small gathering, Abam call katanya Jubin dining pula dah terjungkit. Tepuk dahi kali kedua.

Habis meja makan pun boleh terangkat katanya. No choice terpaksa rush untuk beli tiles lagi sebab we all ada 1 hari lagi dengan kontraktor ni. Hati tak tenang sewaktu aku ber gathering dengan kawan kawan. Huhuhuh itupun terlambat sampai rumah.  Kami perlu selesaikan dengan segera sama ada pilih tiles yang sama atau berlainan size untuk mengelak melarat ke kawasan dapur pula.

Dah kena pikir RM tambahan.

So lesson learned !

Harapnya pengalaman kami dapat membantu orang lain yang jugak nak buat renovation nanti.  Cuma kami bersyukur sebab selama hari ini kami hanya bergantung kepada wak kontraktor yang sama kebetulan dia pulang ke Indonesia.

Kami mencuba memanggil 2 kontraktor yang lain. Alhamdulillah dapat 2 harga yang berbeza. Sekurang kurangnya dapat membuka mata kami harga renovation kami terdahulu agak mahal rupanya. Aduh tertipu rupanya.

Kontraktor yang kami dapat ini hasil gugel di FB. Kerja memang pantas dan murah . Walaupun mula mula agak takut takut. Total hari yang diambil dari hack sampai siap 4 hari sahaja.  Kualiti pun bagus dan yang penting murah separuh dari harga yang lain.

Kalau sapa sapa berminat nak no dia .. sila pm sis. rasa takut pulak nak share nanti ada orang marah ker kan.. takut orang cakap kacau harga market.

Atas benda yang berlaku ini membuatkan kami terus terfikir perlu mengasingkan duit kecemasan khas untuk perkara sebegini. Selama harini ini hanya fokus untuk tabung simpanan masing masing dan hanya mempunyai tabung travel bersama.

Jubin lantai meletup

Yeay dah siap dalam masa 3 hari. tapi … nampak tak dining area kat belakang tu dah pecah juga

Dari RM300 sebulan seorang kami bersetuju untuk tambah jadi RM400 seorang.  Rumah yang dah hampir 15 tahun ini memang memerlukan maintenance setiap tahun.  itu belum lagi masalah bumbung bocor, kabinet almari rosak dan pagar pecah hahaha…. sekarang kami perlu prioritized kan apa yang perlu.

Beginilah kehidupan rumahtangga, huuhuh memang memerlukan pengurusan kewangan yang betul.  Kali ini terpaksa lah kami suami isteri ambil dari tabung simpanan masing masing jer. So lepas ni kena buat tabung lain pula.

 

berangan nak buat konsep macam ni pulak. nak kaler scheme macam ni lah

14 Comments

  1. Ida Widyani September 4, 2018
  2. IQ aka Izyan Balqis September 4, 2018
    • azni September 4, 2018
  3. Julia Johari September 5, 2018
  4. Tati Mansur September 5, 2018
  5. mas saari September 5, 2018
  6. Qaseh September 5, 2018
    • azni September 15, 2018
  7. athirahassin September 5, 2018
  8. Sueizza September 6, 2018
  9. Nazirah Jamil September 14, 2018
  10. Lolo September 15, 2018
    • azni September 15, 2018
  11. ayunieramli September 20, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!