Jom Kurus dengan JK1M

Pernah dengar tak orang cakap, nak kurus senang jer 70% kawal pemakanan, 30% dengan work out. Bunyi macam senang kan. macam la.. hahaha.. tapi itulah gunanya berguru. Kali ini aku nak cuba fahami kurus dengan cara yang betul dengan JK1M. So apa lagi… Jom kurus dengan Jk1M

Letih dah mencuba macam macam, or dengan kata lain aku ni kena brainwash  diri aku ni sebab kadang kadang malas nak jaga makan. Orang kata badan aku ni sedang2 aja.. kira okay sangat dah. Cuma aku rasa muka aku tetap bulat hahaha. Tapi bukan ini yang aku cari, aku nak cari ilmu sihat yang betul. Makan apa? kontrol apa? bersenam macam mana.. haaa gitu

 

BACA: Bila Last Korang buat Check Up

 


Kadang kadang untuk kurus dan sihat ni kita perlu berada dalam peers dan environment yang betul . Maksud aku supporting group yang betul, semua kongsi visi yang sama. “Healthy lifestyle”. So bila kita kongsi dalam group yang sama takda lah kaki kecam dalam group yang akan buat mood kita kelaut balik. Mungkin group kita yang ada tu untuk santai santai dan dia orang pun tak suka kita bebel bila cerita bab kesihatan ni. Lain orang lain Visi. So itulah kelebihan bila berada dalam group seperti JK1M ni.

 

Kenapa nak sangat kurus ni?

Bila umur meningkat pergi reunion atau jumpa kawan kawan lama, tak ada dah cerita pasal ko kerja mana… anak berapa orang bla bla bla. Tapi sekarang topik yang paling hot,

Nampak kurus, sakit ke? Nampak berisi?

tak jaga makan ke?

waah glowingnya lagi. wah maintainnya..

hahaha itulah antara topik topik hangat yang sering dibincangkan. Sebenarnya bila umur meningkat topik kesihatan lah yang paling kita concern.  Jadi bila join Jk1M10 kali ini topik pengambilan makanan dengan betul ini lah yang aku paling suka sekali.

Semakin berumur semakin kurang metabolisme kita. Kalau kita bukan jenis yang aktif maka makin menurun lah metabolisme kita. Cuba perhatikan anak muda-muda kalau mereka cuba melalui fasa untuk menguruskan badan jauh lebih cepat dari orang berumur macam aku.

Sebenarnya aku ni berdebar untuk join program Jk1M10 ni sebab takut tak boleh terikut dengan aktiviti yang telah disediakan. Takut bila tenaga tak boleh cope dan juga dari segi masa. Aku kalah dari segi masa sebab ada komitmen lain yang menyekat pergerakan aku sebab terpaksa amik anak terlebih dahulu. Tapi aku masih mampu nak join untuk fasa kedua pada malam hari.

Jk1M ini menyediakan program wajib 3 kali seminggu, Sabtu, Isnin dan Rabu.  Pada hari isnin dan Rabu dari jam 6-7 petang dan 8-10malam. Manakala pada hari sabtu pada awal pagi di Taman KLCC. rutin harian aku sebelum ini pula seminggu sekali aku berzumba di Ofis dan di hujung minggu kalau berkesempatan akan cycling di putrajaya. Jadilah kan dari tak senam lansung.

Okay ini aku share dengan korang apa yang aku dah belajar dari program ini.

Punca berat badan

  1. Tabiat pemakanan
  2. Kurang minum air – setiap 25kg perlukan 1 liter
  3. Gula dan Garam berat berlebihan
  4. Makan tidak tetap pada waktu
  5. Kurang tidur
  6. Tidak bersenam

 

JK1M10 KlCC

Aku tinggal di area puchong yang berdekatan dengan Putrajaya, tapi aku sengaja pilih kawasan KLCC sbb kekonon nak rasa bersukan area lain. Aku selalu cycling di area putrajaya, naik cemuih dah. hahah.. Tapi itulah sampai hari ini aku belum dapat berkesempatan join sessi petang 6-7 petang di KLCC sebab kalut sikit. So aku mungkin salah strategy. Tapi pada malam hari aku masih gagah untuk join beberapa aktiviti yang di jalan kan di Sport Planet Ampang. Aku harung abam and anak aku sekali. haaa tengok dia orang peluh sekali puas.!!

 


JK1M10 Klcc ini diketuai oleh kapt.black. Memang agak ramai yang menyertai di KLCC , rasanya dekat 80 orang.  Meriah sangat. Kapt. Black ni aku tgk cam femes jer.. mcm byk kali menang jer.. sebab tu lah aku berminat nak join tempat ni. And proven dia sangat sangat helpful , apa aku tanya dia jawab lah. Sangat sangat membantu

Sessi belajar pilih groceries yang betul

Pada Awal Februarti kami serbu ramai ramai ke jaya grocer Intermark untuk belajar pilih makanan yang betul untuk mereka yang melalui fasa nak kurus nih. Huhuhuh .. terkedu jugak tau, sebab memang tak tahu lansung benda benda ni. contoh herbs yang aku pilih ni main tibai jer, Terbaik katanya memang Mc Cormik TAPIIII…. tak boleh beli yang ada tulis Seasoning.

salmon elok, and sedap. tapi tak boleh selalu juga tau

Roti pun bukan sebarang roti, kena cari yang GA rendah supaya cepat hadam. Bab brown rice tu semua tahu lah.  Nak makan yogurt boleh tapi amiklah Greek Yogurt. Nak pilih Sos boleh, tapi cuba tgk ingredients kat botol tu haa.. tu diaa kandungan gula dalam no 1 dan 2 jer. Process food katanya memang tak sihat sebab banyak garam, contohnya sosej, nugget and even fishball. hahahah tu dia berderet kan.

 

BACA : 5 minggu dengak kisah sakit jantung

 

satu lagi kena ingat daging dan seafood tak boleh makan hari hari yer sebab kalori sangat tinggi, terutamanya Sotong. Aduhh terus terbayang tomyam seafood yang selalu makan dulu. Ikan bilis pun tak boleh amik selalu, hurmm macam dengan budu yer?? eh.. tiber

Sangat sangat di galakkan amik green tea, and makan buah dan sayuran yer..

Jangan lupa suku – suku separuh

Jom Kurus dengan JK1M

nak makan roti , yang ini memang terbaik.

Jom Kurus dengan JK1M

haaa nak sangat makan coklat, bolehh.. tapi yang in yerr..

Jom Kurus dengan JK1M

sapa kata tak boleh makan biskut… boleh.. tapi amik yang ini yer.

 

 

Rata-rata yang masuk JK1M ni salah satu tujuannya untuk berkahwin juga, iyalah mestilah di hari perkahwinan nanti kita nak kelihatan menarik dan tertarik. Harapnya selepas tamat program sebegini semua akan terus istiqamah untuk menjalani Healthy lifestyle bersama suami pula.

Kalau ada bakal pengantin terbaca entri ini, nak suruh korang jengah entri aku yang ada menyentuh bab Tips memilih Pakej Fotografi perkahwinan. Banyak aku buat research pasal bab fotografi ini. Jemput baca tau

 

JK1M

Jk1M ni bersiri, so don;t worry kalau terlepas yang ini boleh cuba next season. Sebab selalunya program ni akn berlansung setiap 6 minggu.  Untuk maklumat lanjut boleh refer di sini

Website       : @cabaranjomkurus.com
Facebook    : @SirKevinZahri
Instagram   : @SirKevinZahri

4 Comments

  1. Min Shamsuddin February 14, 2018
  2. IQ aka Izyan Balqis February 14, 2018
    • azni February 15, 2018
  3. Nany Adifah February 15, 2018
  4. Pingback: New Review – Kapten Black June 25, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!