Jom Kurus memang boleh bantu turunkan berat badanlah

Aku dan beberapa blogger yang lain dibawah kelab blogger ben ashaari dijemput untuk join program Jom Kurus 1 Malaysia dibawah naungan program Kevin Zahri selama 6 minggu. Kami telah diberi kebebasan untuk memilih kawasan di seluruh Malaysia. Aku cuma nak cakap aku rasa betul betul tak percaya Jom kurus bantu turun berat badan dalam 6 minggu sahaja weh!.

Ada antara kami yang lost sehingga 7kg dan aku 2.5kg jer.. (tapi aku nak capai berat ideal dah hehehe)

 

Jom kurus bantu turun berat badan

Geng blogger bersama kapt black, bayau .. bayau

 

Untuk makluman semua negeri ada program ini mengikut coach di kawasan tersebut. Boleh refer di website Jom Kurus jika berminat nak join program ini satu hari nanti. Jadi sebagai blogger kami sebaiknya perlu mengikuti program ini yang diadakan 3 kali seminggu dan diajar cara cara pemakanan yang lebih sihat.

Kata orang, untuk kami rasai atau Experience sendiri, dan sebaiknya di kongsi pula dalam blog masing masing untuk beri kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan menjaga kesihatan dan cara kurus dengan betul.

Jom Kurus yang ke 10

Jom kurus yang kami sertai adalah yang siri ke 10, bila aku baca testimoni terdahulu yang berjaya aku memang impressed dengan kejayaan mereka. tapi biasalah dalam hati ini ada ada sisi sisi negatif, yer ker? Ada amik produk sampingan kut.. bla bla bla.. adalah sebab aku cakap macam ni.  sbb dulu aku amik produk kurus … muahahaha

Jom kurus bantu turun berat badan

Jadi End of January kami telah join program ini selama 6 minggu dan ianya akan berakhir pada 1 April 2018. Fuh! rupanya macam macam ada dalam program JOm kurus ni. Beyond expectation aku .

Banyak benda yang aku belajar sepanjang 6 minggu bersama coach dan kisah kisah inspirasi dari kawan kawan yang lain. Sepertimana entri aku sebelum ini yang menekankan 70% jaga pemakanan dan 30% work out insyallah semua orang akan berjaya. Kalau betul nak Jom kurus bantu turun berat badan atau tidak korang memang kena cuba dulu.

Kalau yang kerja di kawasan KLCC boleh cari coach kita orang yang gila gila ni  tapi siaplah kena dera.. eh.. dera untuk kebaikan hahaha

FB : kapten black :

IG : Kapten black

Pengalaman Program kurus yang lain

Sebelum ini aku sendiri pernah join satu program untuk kurus iaitu Kurus Dengan NECK dengan mengambil produk produk shaklee. Jumlah yang aku laburkan untuk membeli produk tersebut hampir berjumlah RM1300 kut.. aku pun dah lupa. hehe boleh tahan kan .

Aku join program tersebut pada tahun 2017 pada masa itu berat aku 61kg dan aku berjaya turun sehingga 57kg. tetapi hehehhe.. selepas itu berat turun naik dalam lingkungan 57kg-59kg. Program tersebut memang berjaya membawa kesedaran kepada aku tapi keseronokan dalam work out itu tak ada. Dimana kita masing masing membuat work out sendirian dan update secara online melalui telegram.

Untuk mereka yang terhad dalam pergerakkan untuk join work out aku rasa program tersebut memang membantu jugak untuk sesetengah orang . Yelah kan sesetengah urirumah susah nak tinggalkan anak. Ramai jugak yang berjaya kurus. Tapi I want more.

Oh aku lupa, sebelum tu aku ada juga ambil produk kurus yang lain. heheh.. memang turun uolss tapi itulah tak boleh sustain sebab takde workout. Yang aku ingat masa tu aku selalu rasa dahaga dan aku kena ambik air 3 liter sehari

 

Bermulanya cabaran JKIM

Sewaktu aku join program jum kurus berat aku naik sehingga 59.8kg, fuhh agaknya awal tahun banyak sangat makan makan dan tak bersenam hahaha..Pucuk di cita ulam mendatang bila kami dijemput sama untuk join program ini.

Kalau mengikut BMI aku dengan umur 44 tahun, berat ideal yang aku perlu kecapi adalah 55.5kg. Jadi aku perlu membuat penurunan hanya 4.5 kg, tapi Ya allah sangat sangat siksa untuk turun berat walaupun 1kg. Abis tu makan makan makan tapi tak burn pun kalori. Aku hanya join zumba seminggu sekali sahaja dan berbasikal kalau sempat.

Boleh katakan setiap minggu aku kena bayar denda sebab gagal capai target mingguan. heheh “bayau.. bayau”  sampai ke hari ni memang terngiang ngiang lah suara coach aku. Aku suka betul bila kita orang dibawa beramai pelajari bab pemakanan dan membeli belah di jaya grocer dulu. Nanti korang boleh refer kat entri aku sebelum ini. ingat aku cakap awal awal tadi 70% pemakanan 30%work out

BACA : Jom kurus dengan JK1M

Disebabkan aku hanya perlu turunkan 4.5kg, aku ada juga sikap acuh tak acuh nak join aktiviti harian petang di KLCC, maklumlah .. aku perlu ambil anak setiap hari. Aku hanya mampu join aktiviti malam secara berpasukan seperti dodgeball, handball, badminton, volleyball.

 

Bersukan dan bermain

First time aku join handball mak aih.. semput.. semput… main half jer.. itu belum lagi muka kena bola, tangan tergeliat hahaha… memang tak ada stamina. tapi bila dah main banyak kali waaah… I’m impressed dengan diri sendiri hahaha.. akak dah mampu main laaa.. Stamina pun dah ada.

Badminton pun , perghhh… memang peluh jantan keluar kow kow punya. Volleyball pulak makanan aku laa hahaha tapi sama juga berpeluh peluh. Aku ingat coach aku cakap #kaptblack cakap setengah orang suka bersukan cara bermain sebegini, disebabkan itulah program ini dibuat sebegini,

Rupanya ini semua adalah persediaan dalam Ohlimpik Jom kurus diantara cawangan atau kawasan. Setakat ini #klcccharlie mendahului kawasan yang lain.  Aku antara penyumbang untuk pingat perak untuk volleyball dan pingpong. heheh seronok pulak.. serius seronok. Muda muda tak pulun main …dah tua tua ni seronok pulak..

 

Rakan blogger dan rakan JK1M yang dah selim melim

Kami dijemput untuk me review program ini..tapi ini bukan omongan kosong. Hampir kesemua kami berjaya turun kan berat badan dalam masa 6 minggu sahaja. Rugilah korang yang masih degil untuk turunkan berat badan, yang masih rasa badan korang okay.  So itulah yang nak cakap Jom kurus bantu turun berat badan dengan jayanya.  kami review dan kamilah testimoni untuk program ini.

Bawak bawaklah check BMI dan berat ideal korang okay

Aku nak kongsikan kawan2 blogger yang dah selim melim dan juga rakan JK1M. Biarlah gambar berbicara.

 

Jom kurus bantu turun berat badan

Boleh baca kisah Izyan yang berjaya turunkan berat badan 5kg .. dan katanya dok turun lagi dan lagi.. sikit lagi nak potong akak ler tew. korang bacalah kisah eksen dia ni kat http://www.izyanbalqis.com/2018/03/berjaya-turunkan-berat-badan-5-kg-dalam.html

 

Ini blogger dari aziflatif.com yang turut serta dalam JK1M.. haaa.. tak yah cakap banyak korang tgk laaa sendiri. baca entri dia memang best. Tengoklah dagu pun dah runcing . Dia lost 7.5kg tau.. ada berani hahaha… sbb berani lah dia boleh turun byk mcm ni..

 

Jom kurus bantu turun berat badan

Tati mansur ni pun nak potong akak daaah…. tak boleh jadi nih… boleh refer blog dia http://tatimansur.com/cabaran-jom-kurus-1-malaysia-10-klcc-kapten-black/

 

Salah seorang peserta dari Jk1M9 lagi, masih menyertai Jk1M10 untuk capai berat ideal. Masa mula mula jumpa dia.. eh.. awek ni dah kurus dah buat apa join program ni. Rupanya… dulu berat dia 66.8kg.  dan dia terus tingkatkan stamina dan capai berat ideal dah ni. Tu belum tengok dia masuk acara larian. I is menangis di bucu katil.  So kesimpulannya walaupun dah kurus bersukan tu perlu diteruskan.

 

Jk1M10 dah sampai penutupnya.

Rasa cepat sahaja 6 minggu berlalu walaupun program ohlimpik masih berjalan. Tapi bagi aku perlu nya ada group group sebegini untuk meneruskan perjuangan yang lebih sihat, lebih kurus hehehe and lebih mantop. Insyallah aku akan join lagi next program JK1M11 dan bukan aku sahaja. Geng blogger yang lain pun akan turut serta sebab kami dapat keseronokan dalam bersukan.

Bukan aku sahaja dapat rasa nikmatnya work out ni. Husband aku sendiri pun dapat tempiasnya.. perut boroi ada kurang hahaha..

 

Pemenang JK1M10 yang berjaya turun dengan banyak

 

20 Comments

  1. Aisya Ismail March 30, 2018
    • azni March 30, 2018
  2. TATI MANSUR March 30, 2018
  3. Shazillah sani March 30, 2018
  4. Sueizza March 30, 2018
    • azni March 30, 2018
  5. lisak March 30, 2018
  6. mas saari March 30, 2018
    • azni March 30, 2018
  7. SalinaJohari March 30, 2018
    • azni March 30, 2018
  8. Qaseh March 30, 2018
  9. Allene Noraslin March 30, 2018
  10. Yanieyusuf March 30, 2018
  11. Yanty Lee March 30, 2018
  12. fizafantagiro March 30, 2018
  13. Huda March 30, 2018
  14. Duranorell March 30, 2018
  15. Moha March 30, 2018
    • azni March 30, 2018

Add Comment

CommentLuv badge