Japan trip – part 1

Jepun aku datang, KL – Kansai – Osaka shin

Akhirnya .. saat saat yang ditunggu selama 1 tahun kunjung tiba, Trip ke Jepun pada 21 November 2016, 2 pagi kami pun berangkat ke negara matahari terbit Jepun.

Jepun aku datang….

Sebelum sebelum ni iman dok mengira hari nak berangkat ke sana, dia pun tak sabar sangat dah. Siap buat kalendar Tapi, hahah ada part yang agak mencabar sbb  mlm nak fly tu iman ada final concert di IOI resort. So terpaksalah … we all dah gerak ke airport walaupun program tak habis lagi . Bukan apa, takut nanti we all bawak bag dengan berbaju melayu dan baju kurung jer.  So terus bawak Kereta dan park di Putrjaya sentral sahaja sbb memang murah.. tapi nak lagi murah.. hahah aku soh anak sedara aku amik keter bawak balik. ( punyalah kedekut kan)… kih kih.. eh.. nak jimat namanya

 

Trip ke Jepun

hari sampai terus pergi sini yer

 

Trip ke Jepun

Nak share ngan korang 1  tips. Kalau korang p negara mahal mcm Trip ke Jepun ni.. korang order food dlm flight tu extra. Semahal mahal makanan dalam flight..mahal lagi makanan kat jepun ni. Nak p cari pun satu hal. Especially mak yang banyak anak, kena pikir macam nih tau. err.. tapi untuk orang yg tight bajet macam aku la. Kalau orang byk duit takpa.. boleh  jer makan kat sana. Aku surrender hahaha. Cam aku sampai pagi., food tu boleh lah makan waktu lunch. kan dah jimat!

So sampai jer kat sana, boleh terus ke JR pass office. We all set date hari yang akan pakai 7 hari nnnt, iaitu hari nak berangkat ke Lake kawaguchiko. Total travel akan amik 12 days. So kena bijak plan masa bila nak pakai JR pass sbb pakai shinkansen yang mahal and untuk travel jauh jauh.

Selesai menukar benda2 ni, kami terus menaiki Haruka express, iaitu train express dari airport ke beberapa station besar yg lain di daerah Kansai. Kami stop di Shin-Osaka kerana station ni dekat dengan rumah yg nak disewa. Oleh kerana check-in time nya belum lagi, kitorang letakkan bag di luggage room dulu. Takkan nak menggalas ke hulu kehilir dengan 3 backpack dan 2 small trolley bags.

Jadinya untuk 2 hari pertama we all plan nak pakai Kansai pass dan icoca card sahaja. .Since nak kejar masa. So we all mmg dah plan awal awal nak letak bag di shin osaka station dan terus ke Osaka Aquarium lagipun rumah air bnb tu boleh masuk kul 2 petang. rugi – rugi weh.

japan trip

hari pertama sampai, muka fresh lagi. Semangat weh. Ni dari train station di kansai menuju ke shin osaka

 

Satu cabaran yang hebat di Jepun ni, mode of transportation adalah menggunakan train + subway + bas. Masa memula sampai nak kena familiar dulu line line transportation ni. Dr Jr Line kena keluar pakai subway pulak, semua berdekatan tapi dengan bawak bag 8kg + 10 kg bag trolley.. rasa berat ya amat.

Memula we all baca di blog lain,  ada yang suggest simpan bag di kaunter bag lebih murah instead of locker. Kebanyakan train station di sini memang ada banyak locker menyimpan barang. Sizenya biasanya ada 3 , kecil, sederhana dan besar. Yang saiz terbesar bayarannya 700 yen. Kebanyakan mesin boleh guna wang 1000 Yen dan ada juga yang boleh guna ICOCA card. Oleh kerana, kitorang masih belum arif dengan locker sebegini, dan juga disebabkan tiada note kecil lagi, so kitorang pun simpan bag di counter menyimpan bag di Shin-Osaka.

Baca : Japan trip part 6 Sayonara Fujisan Hello Tokyo

Tak semua station ada perkhidmatan ni. Bayarannya 500 Yen satu bag, so 2000 Yen lah kena. Dlm RM80 jugak tuh..huhu. Kemudiannya baru kitorang tahu guna coin locker lebih jimat sebab saiz yg terbesar boleh muat kesemua 4 bag

Nak cari tu satu hal.. turun naik.. huhuhu.. berat weh.. tapi di penghujung travel ni we all conclude paling jimat kalau amik locker. So you all pandai pandailah arrange bag tu kasi sumbat yer.

japan trip

Station Shin osaka yang macam airport. Memula sampai pening weh

 

Untuk permulaan aku bagi tips yang ni dulu. Nanti aku sambung citer lagi tau.

Tips Trip ke Jepun

  1. Standby stok makanan brahim byk byk. (baca entri aku pasal brahim kat sini 
  2. Study Hyperdia and google maps
  3. Sewa portable wifi.
  4. Pahamkan JR pass, kansai pass, icoca card, subway, JR lines.
  5. Pastikan anak anak yang ikut dah di ajar berjalan jauh atau kena bawak bersukan supaya ada stamina sebelum korang pergi. Terkejut budak budak tu nanti.

BACA :  Pre travel ke jepun

Kesilapan yang berlaku pada hari 1 Trip ke Jepun

  1. JANGAN Cari rumah Airbnb waktu malam. We all sesat. Bayangkan dengan kandor  bag 8kg plus bag troli 10kg lagi.. and nasib baik lah hero kecik tu pun kuat jalan
  2. Simpan bag di Locker lagi jimat. we all kena dekat 1200 Yen. kalau locker patut boleh sumbat semua ta 700Yen sahaja.

 

Trip ke Jepun Trip ke JepunTrip ke JepunTrip ke JepunTrip ke JepunTrip ke JepunTrip ke Jepun

5 Comments

  1. Khairul Abdullah December 7, 2016
    • azni December 8, 2016
  2. Pingback: Japan trip - part 2 - Modern Mum's Thingy December 8, 2016
  3. Nany December 8, 2016
  4. zorro December 8, 2016
    • azni December 27, 2016

Leave a Reply to Nany Cancel reply

CommentLuv badge