Japan trip – part 4 ke Bamboo Forest

Bamboo forest

Orang kata tak sah kalau datang Osaka tapi tak tengok Bamboo Forest kat Arashiyama. Kitorang pun pergi ke sana pada hari ketiga. Plannya nak sampai awal pagi supaya tak ramai orang lagi, tapi bila sampai tu dah dalam pukul 9 pagi dan orang dah ramai. Tapi kalau dah travel dengan budak kecik, korang taulah kan speed jalan kita macam mana selain dari tu masa banyak habis semasa bertukar keretapi.

bamboo-forest

haaa…. merenyut orang kat sini… camna nak posing wehhh

 

Ok kalau kat sini ada 2 jenis tarikan utama. Walaupun banyak tarikan lain. Tapi ni kira yang paling femeslah.

Pertama, Bamboo Forest ni, experience berjalan di antara hutan pokok buluh di kiri dan kanan. Memang cantik dan kalau nak berposing tu kena sabar sikit …. or sabar banyak .. hehhehe. kalau tak, ada je org melintas depan kameralah dan macam2 lagi.  Kalau kita pandai mencari angle memang kita boleh dapatkan gambar2 yang awesome kat sini. Satu lagi ialah suka dengar bunyi pohon2 buluh ni ditiup bayu yg sepoi2 bahasa Jepun…huhuhu. Sudah nak cerita, korang kena pi experience sendiri.

Tapi memang ramai giler umat manusia dekat sini, turun dari station untuk ke bamboo forest tu kita akan melewati rumah rumah orang jepun. Senyap jer aku tengok. Aku suka betul tengok rumah dia orang ni. Memang minimalist. Sempatlah amik gamber depan rumah dia orang ni.

bambooforest3

Yang kedua ialah ada yang menaiki Romance Train. Romance Train ni akan melalui area2 cantik..memang penuh romancelah gamaknya kot. Stesennya sama ada di hujung jalan di bamboo forest (Arasiyama) ataupun berdekatan dengan stesen Saga Arashiyama. Ada 2 option, nak naik dulu atau masuk bamboo forest dulu kemudian baru naik. Train ni bukan dikendalikan oleh JR, so JR pass tak boleh digunakan. Kena beli tiket di kaunter.

Kat sini we all  tersilap strategi sikit kerana we all decide utk menikmati bamboo forest dulu. Cadangnya bila dah sampai hujung baru nak beli tiket., sekali tiket Romance Train dah habis daaaa…lagipun sbb masa mula-mula sampai tgk org beli tiket ramai sangat. Nak kejar masa lah kononnya. So bila we all sampai di stesen tersebut we all kena queue untuk next train dlm 3-4 jam lagi! Bukan yang terkini. uwaaa…

Note : gambar gambar banyak kat IG. boleh follow IG azni kat sini or hashtag #fairasaznitravel dan juga FB 

Maka terlepaslah nak naik train tu. Satu hal lagi kenalah kitorang patah balik ikut jalan yg sama..aduuh. Masa ni Iman pun dah tak larat and dah start merengek, rupanya iman nak demam. So sesekali kenalah dukung hero kecik tu.

 

Korang jangan ULANGI kesilapan aku ni… sedey ya amat.. sedey

Baca : Japan trip Part 1

Ini wish list aku, sedih jugak sebab tak merasa naik romantic train. Rasanya ini jer wish list aku yang betul betul nak sangat rasa. Memang alasan nak kena pergi lagi lah nampaknya ni. Maybe next trip kena p masa sakura kut.

Tapi masa di Bamboo forest ni memang rasa sejuk ya amat. lain macam sejuknya. Kalau tengok cuaca tak macam hari hari sebelumnya. Rupanya ada sebab. Nanti aku ceritakan pada next entri okay.

arashiyama

penghujung bamboo forest akan jumpa dengan stesen ni yg boleh beli tiket romantic train.. tapi tiket dah abis.

bambooforest1

Di sebabkan tak berjaya naik romantic train, huhuhuh  kami terus balik dan cadangnya nak hang around di kyoto pulak. Nak p big camera dan bookoff. Tapi sebaik kami keluar dari stesen kyoto. Mak aih…. sejukkkkkkkkk… giler giler punya sejuk. Angin kuat gila. Sampai tak sanggup nak keluar. Tapi disebabkan bangunan BIg camera tu memanggil  manggil kami, so kami gagahkan juga pergi ke situ. selepas itu kami terus menuju kyoto tower untuk solat  dan jalan-jalan sikit sekeliling area tu. Korang p kat tourism center tu tingkat 6 rasanya, dan dia orang akan bg kad untuk masuk ke surau.

surau

surau di kyoto tower

Masa di sini we all kenalah beli ubat demam untuk Iman yang mana rega boleh tahan huhuhu… terlupa sungguh nak bawak ubat utk budak kecik ni. Memandangkan semua dah kepenatan dan takut iman makin tak larat so kitorang decide balik ke Osaka semula. Sebab esok we all nak jalan jauh … tenaga kena simpan.

Balik rumah, beli seafood fresh di supermarket, balik rumah masak… sedap! haha puji diri sendiri ni. tapi betul kornag p sana beli lauk udang, ikan, sotong rasa fresh and manis. so masak apa pun sedap.  Nasi as usual beli jer dekat Lawsan or family mart.

makan

sedap aja kalau masak kat rumah. Dapat jimat duit

 

Sepatutnya we all plan nak ke satu tempat lagi, tapi keadaan tidak mengizinkan. redha jelah  Mungkin ada hikmah atas segalanya

 

Tips hari ketiga :

  • Kalau nak ke Bamboo Forest datang awal. Kalau pukul 8.30 dah ramai orang maknanya kena sampai awal lagi kot. Actually cuma nak dapatkan gambar yg tak ada ramai org.Terpulangla pada korang.
  • Kalau nak naik Sagano Romance Train, eloknya korang beli terus tiket tu. Kalau turun di Saga Arashiyama station (biasanya org dtg ke sini akan turun stesen ni), booked dan beli terus tiket Romance Train di Saga Torokko Station. Stesen Saga Torokko tu sebelah je dengan Saga Arashiyama. More info spt train schedule bolehla di gugel yer.
  • Kebanyakan surau di Jepun berkunci tp jgn risau inform aje kat counter nanti cepat2 derang akan bukakan.

Add Comment

CommentLuv badge