Japan Trip – part 7 Gundam di Odaiba

Mencari Gundam di Odaiba

Hari kedua kami di Tokyo ni mostly kami habiskan di Odaiba dan kemudian ulang semula di Harajuku. Target di Harajuku ialah nak ke Yoyogi Park dan kalau  ada bebudak cosplay yg melepak kat situ. Tapi harapan tinggal harapan…. dapatlah tengok 2/3 orang. Sampai iman terngaga tengok budak budak tu. hahah jadi lah kan… kalau tak.. tak merasa. Harujuku in Japan.. Yang kat kuala lumpur tak real tak gitu..

Gundam di Odaiba

iman berlari keluar bila nampaka gundam ni dari dalam mall

Dari Ikebukuro ke Odaiba perlu bertukar keretapi untuk menuju ke stesen Tokyo Teleport. Tak jauh dari stesen ni ada tpt2 menarik di Odaiba City ni. Memang senang .. sahaja kalau nak travel di jepunKat depan Aqua City ada Gundam yg besar giler. Tapi sebelum tu kitorang terkena “road block” kat kedai2 yg ada kat Aqua City ni. Mostly tax free dan ada yg buat promotion, apa lagi bersopping lah kejap.

Baca : Part 6 Sayonara Fujisan hello tokyo

Sebenarnya Odaiba City ni besar. Banyak attraction di kawasan tu tapi again we all ni bukan jenis touch n go. Bila sampai satu tempat akan spend masa  lama. Kebetulan pada masa tu ada event di luar, ada konsert adan aktiviti sukan.  nak tengok macam mana orang jepun tengok konsert. behave ke dak hahahaha… well samalah terjerit jerit jugak, tapi sangat teratur.  itulah Jepun.

Bagi mereka yg minat Gundam, kat sini dan sekitar Jepun ni Gundam memang murah sikit. Nasib baik Iman tak brp   obsess sgt..so selamaaat poket. Dari Aqua City kitorang jalan ke Venus Port. Satu lagi pusat beli belah yg besar dan juga ada benda2 menarik yg lain. Cukupla masuk mall, kita ke History Garage yg terletak dlm Venus Port tu. History Garage ni ada byk model kereta lama yg dipamerkan dengan deko2 yg klasik. Ada jugak dipamerkan klasik die cast cars dari plebagai era dan negara…perghh berdiri bulu roma tengok benda2 tuh.

Gundam di Odaiba

dah dapat tengok gundam, papa nak tengok koleksi kereta lama pulak.. JOm

 

Gundam di Odaiba

kawasan sekitar di odaiba

Kitorang balik ke Harajuku. Sayangnya, hujan dah mula turun. Nampaknya tak ada rezeki ke Yoyogi Park. Kita orang pun ke Daiso di Takeshita street tu utk beli bbrp brg keperluan dan juga makan di situ sebelum balik dah rehat.

Tips hari ni :

  • Di sekitar Odaiba sendiri ada byk lagi benda2 yg menarik. Tpt ni mcm entertainment city plus shopping. Bagi mereka yg ada byk masa , rasanya boleh habiskan hampir satu hari di sini. Tapi bagi yg nak ke tpt lain sila pilih tpt2 yg relevan saja. Kitornag suggest Aqua City dan Venus Port.
  • Kalau ke Takeshita Street, silalah cuba cotton candynya yg unik dan juga zaku zaku. Benda ni mcm pie yg berisi krim. Mmg femes dan memang best. Ice creamnya yg berharga lebih kurang hamper RM20 juga worth trying memang best. Kedai2 ni belah kanan kalua kita masuk street tu dari stesen Harajuku.
  • Beli ikan makarel potong di pasaraya dan masak asam pedas guna paste pak berahim. Besstt.. Silalah cuba yer…Btw seafood kat sini fresh dan sedap. Kitornag beli dan masak kat rumah tp jgnlah expect harga mcm kat Pasar Borong Selangor ek.

 

jangan lupa baca pengembaraan kami seterusnya di bumi jepuni ni di Ueno Park pulak

 

Add Comment

CommentLuv badge