Itinerari Turki & Bosnia Selama 12 hari yang diidamkan

Kali ni aku nak kongsi dengan korang Itinerari Turki & Bosnia yang aku dah berjaya jejak baru ni. Yippiee.!! Banyaaaaak aku nak kongsikan pengalaman melancong ke dua-dua Negara ini, tapi akan aku pecah kan entri ni kepada beberapa bahagian supaya korang tak bosan dan supaya entri ini fokus pada pada isi itinerari Turki & Bosnia sahaja.

Aku nak cerita pasal pengalaman sewa kereta, pasal sakitnya hati pakai simkad sana, pasal tips murah dan juga contact orang kita disana yang boleh membantu untuk airport transfer. Serius banyak. Sebab tu tak boleh masuk dalam entri ni.

Gambar-gambar pula aku banyak update di Instagram. korang search or click sahaja link ni #fairasaznitravel maka dapatlah tengok part gambar travel yang aku dah pergi. Sini korang tengok teks jer… senang kan.

Serius banyak lesson learned insyallah entri aku lebih bermakna untuk korang yang akan travel nanti tapi itulah, aku sibuk sangat dengan kerja opis dan event event famili, anak beranak and lain lain hahah. Satu satu aku buat wokay, bukan aku sorang akan menulis, abam aku pun tengah berusaha nak siapkan entri traveloque kita orang

Itinerari Turki & bosnia

Mimpi Jadi Kenyataan

Tapi itulah aku nak cakap akhirnya aku sampai juga tempat idaman, Turki dan Bosnia. Jenuh bertahun berangan nak sampai sini. Rasa macam tak mampu nak sampai. Tapi agaknya sebab kuat sangat berangan maka dipermudahkan hahahah.. “law of attraction” maybe 🙂

So without further ado, aku kongsikan pada korang part Itinerari dulu. Biasalah dalam perancangan macam macam ada, tapi halangan tu tetap ada. Ada yang aku terkilan tak dapat, tapi siapa kita nak lawan kehendakNya kan. Play by the ear. Enjoy and cherish the moment

Total Kos per person RM 4,300 – RM 4,500 untuk 5 destinasi (Istanbul, Cappadocia, Mostar, Sarajevo dan Oman) Kos utama tidak termasuk makan dan shopping. Kalau harga pakej yang cover balkan hampir RM7-8k kan, cuma we all cover bosnia sahaja. Kira okay lah masih dibawah RM5k.

Kos penginapan, kereta minyak, sewa kereta and even simkad tu kita org bahagi utk 4 orang dewasa

  • Flight Oman air RM2240
  • Flight Turkish Airline ke cappadocia RM 129
  • Hotel di Cappadocia 4 hari 3 mlm RM 310.45
  • Digi kad RM 6.25
  • Kereta di Capadocia RM131.12
  • Minyak RM36.25
  • Flight Pegasus RM393.35
  • Airbnb Mostar RM 131.38
  • Kereta di Bosnia RM 99.67
  • MInyak di Bosnia RM23.25
  • Sim card di bosnia RM6.25
  • Airbnb Sarajevo RM 75.07
  • Flight TUrkis Airline RM 595.00
  • Hotel Istanbul 5 hari 4 mlm RM 242.75
  • Visa Oman RM55.32
  • Kereta di Iman RM44.04
  • Minyak diOman RM 5.50
  • Sim Kad Oman RM 8.25
  • Sim kad digi RM12.50
  • Insurans RM 82.85

Next trip if we all nak cover turkey sahaja so insyallah boleh bawah RM3k. Jadi marilah menabung hehehe. Terpaksalah ingat balik entri tips kumpul duit untuk travel.

4 Lokasi penting yang we all sampai .. eh termasuk Oman juga.

So ini lah tempat yang boleh korang jejak dalam rentak lek lek lu hahaha plus faktor cuaca yang agak tak berapa best semasa di Mostar. Yer .. ini lah pengalaman di negara balkan semasa musim hujung autumn.

Kalau pergi pakej mungkin banyak tempat yang korang boleh pergi tapi dalam durasi yang sekejap sahaja. Tapi kami memang lepak lama setiap satu tempat tu. Pueh!!

Itinerari Turki & bosnia
Lepaking kedai- kedai di Open Air Muzium di Gerome

*Text yang kena underline tu maknanya tempat yang aku tidak dapat pergi huhuhu 🙁

Itinerari Turki & Bosnia Selama 12 hari

Day 1:  8 Nov 2019
  • 0940 am: Departing KUL – MUS (Oman) 
    • Flight : OMAN AIR RM 2240
    • Transit di Oman, 2 jam
  • 0700 pm Sampai di Istanbul Airport
Day 2 : 9 Nov 2019
  • 0105 am Departing to Cappadocia
    • TURKISH AIRLINE RM125
  • 0340 am arrive Kayseri
    • Sewa kereta di Kayseri Airport for 3 days RM550
    • Minyak 100 TL (Round 1)
  • 0430 am Hotel Elysee Cave hotel RM
  • 0600 am Lepaking at Hotel Cafe – watching Hot Air Balloon
  • 1000 am Gerome Open Air Musuem
  • 1130 am Fairy Chimneys/Pasabag 
  • 0730 pm Dinner 223 TL
Day 3: 10 Nov 19
  • 0700 am Hot air balloon – pergi to nearest spot
  • 0900 Uchisar Castle
  • 0100 Derinkuyu/Kaymakli Underground City
  • 0300 Love valley
  • 0545 Sunset at Uchisar Castle
  • 0700 Dinner       
Day 4: 11 Nov 19  
  • 0500 Check out  
  • 0700 return car
  • 0710 Kayseri Airport – Pegasus airline Kayseri RM340
    • Transit di Istanbul ( 3 hours)
  • 1020 Flight to SARAJEVO (transit SAW)          
    • SIMCARD-Bhtell starter pack. (1G-RM15-7days)   
  • 1525 Sampai SARAJEVO     
    • SARAJEVO-MOSTAR =2jam (125km)   
    • Sewa kereta RM 380
  • 0730 Dinner at Restoran Dubrnovic – Kambing Golek
  • 0900 Airbnb Mostar
Day 5 : 12 NOV19
  • 0800 – 10.30 Old Bridge,
  • 10.00 Bazar Kujundžiluk ,
    • Koski Mehmet Pasha Mosque   (walking distance)   
    • Muzium
  • 11.30 – 13.30  BLAGAJ-KRAVICA = 1jam                         
  • Lunch     
  • 0100 Sembahayang di Masjid
  • 14.30-15.30 Kravica Waterfall
  • 0200-0600 Hujan ( lepak di Airbnb sahaja)
Day 6: 13NOV19  
  • 0830: Check out dan gerak ke SARAJEVO
  • 1000 To Blagaj
  • 1100 0100 Lunch BLAGAJ: Blagaj Tekija & Lunch 
  • 0300 SARAJEVO
    • Bascarcija Old Town, Sehercehaja Bridge, Vrelo Bosne, Sarajevo Tunnel 
    • Trebevicka zicara Cable Car                                  
    • Sniper Alley
    • Sarajevo Roses-kesan mortar   
  • 0400 Bey’s Mosque-masjid tertua dengan senibina Uthmaniya  
  • ICAR canned beef monument – world’s most sarcastic monument 
  • 0800 CHECK-IN- Airbnb
  • solat/rest                                                           
apasal laki aku macam chinese pulak . hahah..
Day 7: 14NOV19
  • 0830 Check Out – Airport                                                  
    • FLIGHT : TURKISH AIRLINE (SARAJEVO-IST) RM496   
  • 1140 : Flight back to ISTANBUL                           
  • 1525 : Sampai ISTANBUL   
    • BUS : HAVAIST AIRPORT SHUTTLE to Sultanahmet / Taksim – 18TL          
  • 1700 : Check-in Hotel at Sultanahmet                                                     
    • Rest/Solat  
  • 0800 :Dinner                                                                                                        

Disinilah turning point dalam itinerari Turki kami, disebabkan 3 orang kena food poisoning termasuk aku, semua berubah. Aku and iman alhamdulillah dapat recover within 1 day, tapi kakak ipar aku memang tak boleh bergerak banyak, kesian juga dia tapi itulah Benda nak jadikan.

Masalah macam ni boleh jadi pada semua orangkan!. So abam terpaksa reschedule semua itinerari kita orang.

Day 8: 15NOV19  
  • 0900 Topkapi Museum (open 9am-6pm)  
  • 1000:Haghia Sofya 
  • 1430: Lepak Gulhane Park  
  • Food Poisoning, rest di hotel sampai tengahari
  • 1200:Basilica Cistern 
  • 12.00 Sembahyang Jumaat di Blue Mosque  
  • 0300 Lunch di Dab Indian Food
  • 0400 Grand Bazaar
  • 0530 Spice Bazaar                                                    
Itinerari Turki & bosnia
Day 9 : 16 Nov 19
  • 0900 Sulaymahniye Mosque
  • 1200 Grand Bazzar
  • 0100 Spice Bazzar 
  • 0300 Taksim Square
  • 0400 Dolmbache Palace
  • 0600 Rainbow Stairs
  • 0900 Haghia Sofya
  • 1200 Topkapi Museum
  • 0500 Nur Muhammad Restaurant
Day 10: 17NOV19                        
  • 0900 Ferry trip-Bosphorus   
  • 0100 Gallata Tower  
  • 0500 Spice Bazaar  
  • 0830 Hamam ( Turkish Bath)                                                                                   
Day 11: 18NOV19       
  • 1100 Lunch Di Nur Muhammad
  • 0300 Spice Bazaar
  • 0800 Bertolak ke airport
Day 12 : 19 Nov19
  • 0100 Depart to Oman
  • 0600 Sampai Oman
  • 0900 Pusing bandar oman
    • Stop di Mall untuk Lunch
    • Masjid Oman
    • Bazaar di Oman

Memang Best Turki & Bosnia, Oman tak payah pergi pun tak apa haha

Konsep travel kali ini memang chill chill, tambah tambah pulak dengan keadaan cuaca dan ada ahli yang sakit pulak. Kalau lepas ni ada tiket murah confirm aku dan husband nak repeat lagi mengenangkan ada tempat yang belum sampai tu hahah.. perangai sangat kan!

Transit di Oman 12 jam, tapi negara yang bapak mahal bagi aku. Tak berbaloi untuk visit. Oman Tourism macam tak bersungguh jer nak promote negara orang. Haaa .. tunggu aku share dalam next entri.

Aku memang suka betul turki ni, betullah kawan aku cakap, Very rich in terms of cultural, history and people. Far beyond dengan aku punya expectation. So jangan terkejut aku boleh pergi semula dalam masa terdekat hahaha

Aku ingat pergi New York nampak ramai nya orang, tapi dekat sini lagi banyaaakny orang. Macam-macam rupa. hahaha.

Tunggu next entri aku bagi tips tempat best untuk shopping, pengalaman aku masuk Hamam .. hahaha lawak oit.. and pengalaman sewa kereta yang tak berapa best and macam macam lah.

Tunggu tau..

2 Comments

  1. Ai December 4, 2019
  2. Nina Mirza December 5, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!