Itinerari Bali 4 hari 3 malam, bukan bajet style tapi tetap murah

Kali ini nak kongsikan Itinerari Bali 4 hari 3 malam bukan bajet style tapi tetap murah. Malah dapatlah travel macam orang kekaya jap sebab duduk di Villa dan makan mewah 2  kali (kira hebat lah untuk bajet traveller mcm aku hahah, .

Berbeza dengan trip sebelum sebelum ini yang hanya naik motor dan hotel biashe-biashe . Jenuh tau orang yang takde bonus macam ku ni  menabung untuk travel.  Nak buek camno.. nafsu berjalan tu besau nau.

Sebenarnya termasuk trip ini, kira dah 5 kali sampai ke bali hehe. Sebab apa? sebab Bali best, murah dan tidak pernah menghampakan. Kalau nak relax-relax dan rasa macam orang kaya sikit Bali is the best place la.

Kalau pergi jepun  pulak jatuh miskin hahaha tapi seronok part lain pulak. Kurang terdivert nak shopping kalau bandingkan dengan Bandung. Memang untuk chill chill sahaja.

Banyak gambar aku share di IG. #fairasaznitravel     Letak kat sini kang jenuh korang nak tengok pulak.

A post shared by azni (@azni) on


Keputusan untuk travel  ke sana di buat pada Bulan Dec 2018, bila  TERR… singgah web airasia yang menawarkan harga yang agak murah RM260 untuk return.

Mungkin sesetengah orang boleh dapat RM200 tapi masa free seat sahajalah kut. Travel period pula pada bulan Februari 2019. So booking dibuat adalah 3 bulan sebelum itu dengan harga RM260 kiranya memang berbaloi.

 

Aku bayar RM150 sahaja untuk stay Villa di Bali

Kedua, faktor credit AIRBNB yang akan expired pada Oktober 2019 so kena utilized secepat mungkin.

Kerana credit ini lah yang membuatkan aku boleh bermewah sikit. Untuk frequent traveller kalau tak ada airbnb amatlah rugi. Pastikan korang register dan nak lebih baik masuklah ikut link referer seperti aku bagi ikut banner bawah jadi korang akan dapat kredit awal yang berjumlah RM104 (ikut currency rate)

Haa… apa lagi.. jum jadi member AIRBNB! free maa.. korang kena rajin promote orang masuk bawah korang jer.

Kiranya korang ni macam tukang cerita apa kelebihan AIRBNB ni lepas tu bila orang dah subscribe ikut referal korang, korang dapat credit, orang baru masuk pun dapat. Kalau korang register without referral korang tak dapat apa.

Merata dah aku pergi dengan airbnb ni tau! Nak tahu lebih lanjut korang baca nih entri khas aku pasal AIRBNB. Korang klik sahaja small banner ni, akan terus pergi ke page untuk register.

 

 

Tajuk memang gempakkan  travel ke bali bukan bajet  style tapi tetap murah. Iyer.. memang murah. Sebenarnya banyak Faktor yang menyumbangkan ke arah itu.

 

Faktor Kenapa Ianya tetap murah

  1. Tiket Murah – Tips, if nakb Booking 3 orang max serentak, jangan 5 orang sekaligus yer. (RM260 per person)
  2. Penginapan 1 Murah – Hotel (RM80 semalam)
  3. Penginapan kedua Murah – Airbnb (Villa) (asalnya RM400 semalam tapi aku hanya bayar RM150 sahaja)
  4. Travel berkumpulan. 4 adults + 1 kid
  5. Sewa dan bawa kereta sendiri (RM80 sehari)

 

trip ke bali

Total Kos

Item RM Per Person
Air ticket 260.00
Airbnb 145 36.25
Hotel 160 40.00
transportation 275 68.75
minyak 87 21.75
Makan 340 82.50
brg masak 100 25.00
Topup digi for waze 30 7.50
parking and tips 30 7.50
Misc 30 7.50
TOTAL 559.25

Itinerari Bali 4 hari 3 malam

Day 1

  • Flight 7.10 malam, Sampai jam 10 so pilih hotel yang dekat dan murah
  • Tujuan asal nak sewa kereta nak jalan2 cuci mata ke kuta. tapi akhirnya cancel disebabkan suasana di airport waktu sampai agak kelam kabut yakmat, terus tiada mood nak jalan-jalan selepas itu
  • Rimas dengan org kejar utk taxi service. Kebanyakan approach kita dan keep repeating uber and grab tidak halal and salah. Padahal kami dah arrange untuk sewa kereta disana.
  • Offer line di airport agak mahal, so terpaksa activate DIGI hp anak sbb nak drive kereta ke hotel.
  • Bayar international roaming for DIGI RM30 for 3 days. Hanya  pakai utk waze dan sangat sangat reliablie. Terbaeklah DIGI.

Day 2

  • Kami tidak ambik breakfast sebab sah2 tidak halal jadi boleh jimat kos 150rupiah, hahah still murah tapi prefer food on the go.
  • Makan lah apa sahaja  beli di indomart or 7 eleven – air kopi + roti and sangat murah
  • Masalah untk mencari kedai yg jual pulsal  atau phone line disebabkan masih awal pagi. Akhirnya jumpa di roundabout berdekatan ngurah rai . Agak mahal berbanding Thailand dan Vietnam
  • Next, Isi minyak and terus menuju ke saluban beach
Wish list no 1. Suluban Beach (9-11pagi)

itinerari Bali 4 hari 3 malam

  • Memang cantik, tetapi  nak turun ke pantai  agak  mencabar hahah, anak tangga yang tinggi tapi okaylah turun pelan-pelan.
  • Suluban beach memang berikan view osem and kebanyakkan surfer and mat salleh sahaja
  • Seronok utk photog atau OOTD.
  • Tetapi tidak disarankan utk org tua and sakit lutut. Kalau turun ke pantai pun jenuh cuba bayangkan masa naik anak  tangga confirm aaa..  mmg berpeluh
  • Cadangan, kalau sampai di sini pastikan korang Lepak seketika di cafe. Ada beberapa Cafe operator disitu. Rasanya kalau sunset memang lawa kalau kat sini.
  • View memang saujana memandang tapi hanya mampu makan aiskrim sahaja. Takkan nak order mee goreng kut hahaha.

 

suluban beach

Wish list no 2. Lunch restoran Bale udang (12-1.30 tengari)

  • As suggested oleh salah seorang kawan yang pernah sampai
  • Menyajikan halal food dengan view yang cantik cuma sikit tidak selesa sebab cuaca panas (tapi masa tu malaysia pun tengah panas yakmat)
  • Tandas bersih dan paling win ada musolla . Kira hebatlah untuk di Bali, tak boleh samakan Bandung or Jakarta.

Wish list no 3. Starbuck (2.30-3.30 petang)

  • Katanya Starbuck terbesar di south east Asia
  • Tersalah tekan waze sudahnya sampai outlet lain., so tersesat sekejap dan buang masa sikit.
  • Mmg besar tapi bad side, terlampau ramai sgt org . Meja tak cukup and berebut and  agak panas terus rasa macam tak eksklusif.
  • Tapi interesting sebab educative, dan agak kurlass dari segi interiornya.
  • Cuma,  Harga kopi agak mahal berbanding biasa di Malaysia. (maybe indon harga begitu tidak tahulah pulak)
Wish list no 4.  Seminyak beach. (4.00-6.00 petang)
  • Ini wish list anak saudara yang nak OOTD kekdahnya.
  • Pantai landai dan memang cantik.
  • Selain dari itu susunan bantal bantal dan payung yang membuatkan ianya sesuai untuk OOTD

itinerari Bali 4 hari 3 malam

Wishlist no 5. Tanah lot ( tak kesampaian )
  • Next Plan asal nak ke tanah lot tidak kesampaian sbb risau nak masuk ubud yg agak gelap and  kedua prob telkomsel yang ditawarkan harga yg tidak kompetitif sgt utk traveller .
  • Pakej internet lokal+media sosial +video streaming sangat tidak sesuai untuk traveller. Video streaming dia bagi 2GB hahah buat apa untuk traveller. Mungkin ada pakej lain so pastikan korang tanya okay.
  • Hahah cerita bab telkomsel disini sebab faktor ini lah yang buatkan kami terpaksa cancel ke Tanah Lot.
Wishlist no. 6 Stay Villa di Ubud (6.00-7.00 petang)

  • First time pengalaman drive sendiri pergi ubud, selalunya ambil pak supir.
  • Pengalaman memandu sendiri agak mencabar Jalan gelap dan sempit dan suka hati mak bapak orang2 bali ni sampai naik confuse siapa  yang patut jalan dulu.
  • Sepanjang jalan kita orang agak berhati hati dan kelakar juga, nanti akan ceritakan pasal memandu di Bali sahaja.
  • Problem navigate waze untuk sampai ke destinasi ini so kena tukar google maps yg dari kordinat dari owner .
  • Akhirnya sampai walaupun terlepas simpang disebabkan tiada signage and gelap
  • Rasa mcm tak percaya lokasi yg mmg sgt terpencil. Tidak terbayang walaupun dah tengok google maps sebelum ini.
  • Tapi rasa menyesal dan panik  sebelum itu hilang bila tgk villa yg super osem nih
  • Mmg cantik seperti dlm gambar and bayangan. Tersenyum abis anak2 sadara .Terus dia org terjun kolam walaupun jam 7 malam.
  • Apa lagi masak maggi dan nasi beriani dari Brahim lah selepas itu.

Day 3

Wish list no 4.  Pasar Seni Ubud (9.00-11.30 Pagi)

itinerari Bali 4 hari 3 malam

  • Kalau ke Ubud wajiblah pergi ke pasar di Ubud. Ubud terkenal dengan Arts seni yang paling menarik dari kawasan lain. Sebab itulah cerita eat, pray & love shooting disini.
  • Selain dari itu memang suka pusing2 pekan ubud utk cari souvenir and butik2 di sepanjang jalan monkey forest.
  • Cuaca mmg panas .. agak bermasalah nak mencari parking bila berkereta. Dahulu naik motor senang banget!
  • Makanan halal, ada beberapa kedai nasi padang disini. Dun wori!

Wishlist no 5. Tegal lalang (2.00-3.30 petang)

  • Katanya ada banyak spot untuk OOTD dan juga aktiviti ekstrem yang menarik
  • Menawarkan servis seperti buaian mengikut tahap ekstrem dan juga aktiviti lain
  • Sepanjang perjalanan ke Tegal Lalang ada banyak kedai kedai deko dan craft yang sangat menarik. berbeza dangan produk di pasar Ubud.
  • Spot di Tegal lalang selalunya menawarkan jualan kopi dan aktviti ekstrem di sawah bukit.

Wishlist no 6. Mount batur (4.30-6.30 petang)

  • Pemandangan Gunung berapi yang menarik
  • Cuaca yang lebih dingin
  • Masalah  mencari kedai halal. Hanya ada 1 sahaja. Kebanyakkan kedai menawarkan buffet
  • Bernasib baik dapat coffee house, mampu minum kopi sahaja waalaupun anak merengek nak waffle sebab was was
  • View mengadap mount batur, mount abang dan juga mount Agung.
  • Spectacular!
Wishlist no 7. Massage di Spa (7.30-10.00 malam)
  • Ini acara wajib kalau ke Bali, satu kerugian kalau tak berpeluang nak pi massage ni.
  • Kos dalam RM60 untuk full body massage, atau with scrub RM80
  • Murah yakmat banding dengan Malaysia
  • Lepas tu jalan jalan di Monkey forest, sambung medi pedi pula hanya RM30

Day 4

 Wishlisht no 8. Lepaking di Villa ( Check out jam 12.00 tengahari)

  • Harus bangun awal pagi, Infact setiap hari bangun awal sebab nak dengar bunyi kicauan burung burung .. cewah
  • Ambil gambar di sawah padi, hadapan villa
  • Konon nak berbasikal tapi tak sempat pulak sebab pulun amik gambar. Cahaya cantik di awal pagi.
  • Pulun swiming di Villa.
  • Next menuju ke Kuta dan stop di Nasi padang Natrabu untuk lunch

Wishlist no 9. Last minit shopping (2.00-4.30 Petang)
  • Experience shopping di bali sebelum ini untuk setengah items memang murah kebanyakan made from Australia contoh baju renang quicksilver, roxy dan brand lain
  • Anak and anak saudara dapat rembat sport shoes New Balance pada harga RM110.00 (lebih kurang)
  • Kalau tak sempat shopping souvenir kebanyakkan shopping mall pun boleh dapat.

 

Den Pasar Airport (5 petang) .. dah jum balik ke pangkal jalan.

Dah set dengan penyewa kereta  hantar transport ke airport dalam jam 5 petang.  So  we all berjumpa di bahagian pelepasan sahaja.  Airport Den pasar ini berbeza dengan 6 tahun dahulu. Memang besar dan equipped dengan beberapa kemudahan. Surau yang aku jumpa ada 2 tempat. Hard Rock pun ada dalam tu.

Kalau korang tanya aku lagi kenapa aku suka sangat pergi bali, sebab kadang kadang boleh dapat harga lebih murah dari pergi sabah. Lepas tu hospitaliti servis memang tiptop. Value for money

Disebabkan setelah 5 kali pergi belum berpeluang ke Tanah Lot, confirm aku akan pergi lagi ke bali tapi bila TIket murah sahaja .. hahaha.. aku kan bajet traveller.

10 Comments

  1. NORLIZA BINTI NORDIN March 12, 2019
  2. Huda Halid March 12, 2019
    • azni March 12, 2019
  3. Azrina March 12, 2019
  4. Fairul March 13, 2019
  5. ema March 14, 2019
    • azni March 14, 2019
  6. ayunieramli March 19, 2019
    • azni March 19, 2019
  7. aryati ahmad July 30, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!