Isteri, tolonglah jangan tanggung segalanya

Hari ni tergerak pulak aku rasa nak bebel pasal benda nih. Dah bertahun bermain dalam kepala tapi tak terluah pulak. Bukan apa takut nanti jadi dugaan untuk aku pula, tapi lillahitaala... aku hanya ingin menjalankan tanggungjawab sosial aku. (fuhh bahasa masscomm). Wahai isteri, tolonglah jangan tanggung segalanya !

Sebenarnya dah hampir sebulan aku peram entri ini.

Semuanya bermula aku terbaca kisah confession di beberapa portal. Haih.. bila aku pikir pikir balik kadang punca sesuatu benda tu adalah silap perempuan atau isteri itu sendiri.

Aku tergerak and rasa perlu buat sesuatu untuk sedarkan kaum wanita yang akan menjadi seorang isteri dan ibu nanti. Moga korang korang yang baca entri aku ni dapat manafaat dan boleh spark sikit pemikiran korang dalam bab ini.

Walaupun pengalaman aku tidak sebanyak orang lain , tapi bila nak menjangkau umur 50 an ini (err lima tahun lagi) banyak dah yang aku tengok benda ini terjadi dikalangan saudara mara dan kawan kawan aku sendiri.

Patternnya hampir sama.

Banyak… serius banyak. Bila kebanyakkan isteri yang menjadi breadwinner dan ketua untuk famili inilah salah satu puncanya perempuan akhirnya stress dan terbeban atas apa yang telah dilakukan selama hari ini.

Paling stress bila suami tidak jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Isteri jangan tanggung  segalanya

Perempuan sikapnya memang multitasking. Perempuan ni memang boleh fikir macam macam benda dalam satu masa. Tetapi dalam masa yang sama perempuan ini penuh emosi. Jadi inilah bahayanya pula.

Satu lagi kena ingat fitrah orang perempuan ni bukanlah untuk kerja berat, mula mula perasan kuat tapi sebenarya tidak.

Itu sebablah, aku cakap kadang-kadang bukanlah salah lelaki tapi salah orang perempuan itu sendiri. Perempuan yang kebanyakkannya tidak sabar, dan akhirnya merelakan diri untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Bersusah payah buat part time, bersusah payah pasang lampu sendiri, betul bilik air dan sebagainya. Pendek kata perempuan pesen ini adalah perempuan ni sebenarnya punya hati yang cekal.

Kaum Lelaki ini pula kalau tengok, experience sendiri lah kan dia orang ni kena diberitahu berulang kali. hatta nak buang sampah sekali pun kena cakap berulang kali. Mulanya aku ingat hanya untuk kes aku, tetapi bila bersembang dengan beberapa rakan hampir sama ke semuanya hahaha. So itu adalah normal.

Jadi kena ingat ini!

1. Kena letakkan kepercayaan kepada suami dia adalah ketua keluarga yang selayaknya

Memang banyak perempuan yang lebih bijak dari suami, tapi kalau boleh bijak tu simpan sikit. Dalam perbincangan hal keluarga pastikan suami lah pemegang cap mohor untuk kebanyakkan urusan. Kita jadi orang kedua sahaja cukuplah.

Aku bukan nak jadi orang merendahkan perempuan ya, tapi macam aku cakap awal tadi, Perempuan ni fitrahnya bukan untuk kerja berat.

Isteri kena buatkan mereka percaya mereka itu adalah Leader atau ketua. Bukannya lebih memandai dari suami. Impak dia besar tau, kalau seorang suami terlupa mereka adalah ketua, mereka akan sikap acuh tak acuh dalam hal rumahtangga.

Ada beberapa kes kawan perempuan yang berpangkat tinggi di pejabat agak susah nak kawal bila di rumah, jadi terlupa maka mulalah bengkeng tak kena gaya. Ini pengakuan mereka sendiri . Tapi ada juga yang okay, bukan semua yer. Ini aku nak kongsikan worst scenario untuk perempuan yang lebih pandai ni.

Aku pernah sekali menolak tawaran naik pangkat bila bos atas nak berhenti. Walaupun aku seorang yang open minded tapi aku kenal diri aku, aku seorang yang sangat komited tapi aku takut over komited dan rosakkan hubungan Keluarga.

Pernah suatu ketika, aku banyak dapat income dari freelance work, banyak juga yang aku cover untuk hal rumahtangga. So aku jadi sedikit “eksen” dan mula mengungkit, ish memang teruklah bila aku pikir balik. Tapi aku ini manusia biasa dan masih mentah pada masa itu. Bila makin matang, aku sedar itulah kesilapan aku sebagai seorang isteri bilamana aku perasan aku yang lebih banyak settlekan hal rumahtangga

Isteri jangan tanggung  segalanya
2. Sebelum kahwin kena fahamkan tanggungjawab masing masing

Aku sendiri ada perbalahan dengan suami tentang tanggungjawab ini pada permulaan perkahwinan. Bukan aku tak nak buat kerja rumah yer, tapi aku tak nak Laki aku jadi seperti Lelaki melayu lain yang menganggap isteri tempatnya duduk di dapur, Suami boleh rileks sahaja.

Bab masak sekalipun sebenarnya jatuh kepada suami untuk keluarga. Korang setuju tak kalau aku katakan adat kita yang mengatakan perempuan harus duduk didapur.

Jadi kami sama sama mencari jawapan, dan iya kebanyakan tanggungjawab rumah tangga jatuh kepada suami sebenarnya. Ini lah sunnah Nabi. Tapi dalam masa yang sebenarnya inilah peluang untuk isteri nak rebut pahala

Kadang kadang aku kesian bila aku dengar bilamana bini nak makan pun tak sempat kan. Ada suami yang taraf sampai nak basuh tangan pun bini kena sediakan mangkuk basuhan di meja. Adeh!!

Ada kawan aku di Australia kongsikan kisah kehidupan rakyat disana, kebanyakkan hal rumahtangga banyak diselesaikan oleh suami hatta semasa dinner merekalah yang selalu melayan anak, dengan alasan untuk dapatkan kualiti time. Infact, Suami jugalah yang sering membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam.

Cuba tengok drama melayu vs orang putih. Selalu scene didapur suami akan basuh dan lap pinggan.

Eh! orang putih pulak yang ikut sunnah Nabi kan.

Benda ini korang kena set sebelum kahwin, kalau dah 5 tahun baru nak ubah sebenarnya agak susahlah, tapi eh belum terlewat. Benda ini kena berbincang, dan alhamdulillah bila kita sama-sama diskas keduanya berlapang dada.

Isteri pulak kenalah bertolak ansur, walaupun dah gariskan tanggungjawab masing masing tapi bila lagi nak buat pahala lebih.

3. Perempuan jangan independent sangat!

Selalu orang banggakan bila jadi independant. Memang bagus tapi kalau dah kahwin ada sesetengah part ko boleh jadi independant. Bukanlah maksud aku lepaskan pada suami. Payah juga tu.

Janganlah sampai bawak kereta pun tak pandai, nak pi bank pun tak reti. Ini teruk namanya hahaha.

Pengalaman aku sendiri, aku tengok perempuan yang terlalu independent ada implikasi baik dah tidak baik.

Yang baik adalah dia tidak bergantung pada suami. Kawan aku sampai tukar pintu, tukar lampu sendiri setelah give up nak suruh suami buat. Bagusnya yerlah rumah dah ada lampu, tak bagusnya suami akan merasakan ” tak apalah bini aku boleh buat sendiri”

Bagus kah macam ini?

Isteri jangan tanggung  segalanya

Certain things kita boleh buat, tapi certain things yang kita tahu pun jangan lah buat. Tahan tahan lah sabar tu. Simpan sikit pandai dan kecekapan kita tu. Kita kena yakinkan suami dia boleh buat semua tu.

Paling teruk nanti, bila kaum isteri dan wanita mampu melakukannya sendiri mereka merasakan baik tidak payah ada suami. Padahal rumah tangga itu lebih besar konteksnya. Jadi wahai Isteri jangan tanggung segalanya

Serius banyak kes macam ni, bilamana mereka punya anak, punya rumah kasih sayang pulak berkurang makanya buat apa pula duduk sebumbung

Aghh. parah kan!

3. Selalulah puji suami depan anak anak.

Walaupun kadang-kadang anak rapat dengan ibu tapi figura seorang ayah tu sangat penting. Sesuatu yang sukar di terjemahkan, kadang kadang komunikasi antara ibu lebih banyak tapi seorang anak tetap memandang ayah sebagai sorang yang penting dalam hidup mereka.

Baguslahkan.

Jadi tugas isteri mestilah sentiasa mentitipkan cerita yang baik tentang ayah. Sangat sangat penting ..

Dahulu, aku tak paham kenapa arwah mak selalu senyum kalau kami adik beradik tak puas hati apa yang arwah ayah buat hahaha Arwah mak akan cakap “ish tak ada apa lah, ayah tahu apa yang dibuat

Bila dah ada keluarga sendiri baru lah faham, kalau figura seorang ayah tidak dihormati oleh anak anak makanya lagi susah untuk mendidik anak.

Ayah akan lebih dihormati dan akan punya self esteem yang lebih tinggi untuk mencari rezeki dan lebih bersemangat.

4. Perempuan kena ada saving sendiri

Rule of thumb dalam kehidupan seorang isteri samada kerja atau tidak. Kita memang tidak tahu nasib kita dimasa hadapan. Seorang yang isteri yang baik mesti membantu suami merancang kewangan keluarga dan untuk diri sendiri

Terlampau banyak kes dimana bila suami pergi dulu atau beralih arah, banyak isteri yang terkontang kanting. Bagaimana nak suapkan nasi untuk anak anak kalau kita sendiri tidak mampu berdiri

Duit bukan segala galanya?

Betul, duit bukan segalanya tapi dalam konteks hari ini untuk meneruskan kehidupan inilah yang paling utama. Nak keluar ke kedai area depan rumah sahaja dah kena charge parking. Adeh!

5. Kena paksa suami ada saving bukan suruh berbelanja

Tabiat menyimpan ini perlu dididik. Bukan semua orang terdedah dengan sikap menyimpan. Untuk pekerja swasta, yang tiada pencen pastikan suami juga punya saving sendiri, nak hidup lama lagikan (kalau ALLAH izinkan)

Bab menyimpan ni penting, ia perlu didahulukan sebelum memenuhi keperluan yang lain. Itulah tugas suami isteri kena saling mengingati. Sekiranya suami pergi dahulu sekurang kurangnya kita membantu dia melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah

Jadi, wahai isteri isteri, janganlah paksa suami beli itu ini tapi keperluaan untuk seperti simpanan tak ada. Sangat memeritkan nanti.

Lagi baik kalau suruh suami buat hibah dan takaful untuk isteri dan anak anak. perbincangan aku dan suami bab hibah baru baru ini dia cakap kalau macam tu aku pun kena buat hibah untuk dia secara berseloroh.

Aku balas, hahah.. laki kalau umur 50an boleh lagi kawin banyak je anak dara yang nak. Perempuan kalau dah janda comes with gerabak 4 anak sapa lah yang nak…. make sense kan?

Yer, aku pun belum ada hibah. Aku hanya berjaya buat dia ada saving untuk dia dah keluarga. Insyallah dah bincang panjang lebar sewakt trip JJCM kelantan baru ini .

6. Fahamkan kepentingan untuk nafkah isteri

Dahulu, masa mula mula kahwin kononya aku rasa tanggungjawab rumahtangga adalah 60-40 termasuklah financial. Memang rasa bertanggungjawab betul nak tolong suami mas tu hehhe.. baik sungguhkan aku.

Sebaiknya begitulah, sebab masing-masing baru nak hidup orang cakap . Tapi bila ekonomi makin meningkat aku pun mula kurangkan portion kepada family contribution. dari 60-40 kepada 70-30. Husband aku yang tanggung portion yang lebih banyak.

Sepanjang pemerhatian lelaki yang banyak tanggung kos famili ini lebih rajin untuk buat kerja part time. Ini yang aku tengok di ofis. Ada push factor untuk mereka kerja lebih kuat.

Paling penting, korang kena pastikan suami bagi nafkah. Bagi dan lafazkan! Masyallah. Ini yang kawan aku ajar selepas dia dengar ceramah dia buat dan praktikan. Memang beza.

Bak kata suami dia, kalau tahu dari awal lagi dia buat. Sebabnya rezeki dipermudahkan, perjalanan pun senang. Alhamdulilah selepas kawan aku kongsikan kisah tersebut, aku pun bincang dengan suami kami buat. Walaupun kami tidaklah gaji tinggi seperti orang lain yang baya umur kami alhamdulillah cukup lah makan pakai dan boleh travel dan less hutang.

Nikmat yang susah nak ungkapkan .

Mulakan sekarang! Isteri jangan tanggung segalanya

Aku tak tahu penerimaan korang macamana, tapi nasihat aku perempuan, wanita, isteri lakukakanlah sesuatu untuk diri sendiri. Untuk kehiduapn yag lebih seronok dan bahagia.

Aku bukanlah orang terbaik untuk bercerita dalam sudut agama, tapi korang boleh refer website mufti Wilayah persekutuan berknaan nafkah dan tanggungjawab suami.

Tapi seperti yang aku cakap, kadang kadang ada juga silap isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Yang penting semua orang nak hidup bahagia.

11 Comments

  1. Nina Mirza July 31, 2019
  2. Huda July 31, 2019
    • azni August 1, 2019
  3. Farah Wahida July 31, 2019
  4. TATI MANSUR July 31, 2019
    • azni August 1, 2019
  5. miszlinda August 6, 2019
  6. I am LZ August 26, 2019
    • azni August 27, 2019
  7. Zara September 22, 2019
    • azni September 22, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!