Iman tetiba rajin sembahyang di Bali

Cabaran nak didik anak sembahyang

Tiba tiba jer rasa nak cerita pasal iman and kisah hantunya. Iman tetiba rajin sembahyang di Bali.  Sesungguhnya memang tak faham dengan budak budak ni. Suka tengok citer hantu tapi kemudian takut sendiri hehehheeh.

Sebelum ini acapkali kalau dia takut  nak pergi dapur atau bilik air, dia kata sebab  ada hantu. semuanya gara gara dia dan sepupunya suka sgt tgk  video hantu di You tube. maka bermula spesies hantu yang dia dah kenal.. hantu pocong, toyol and lain lain.. tapi impak dari situ dia jadi agak penakut, which is rasanya tak sesuai kut anak lelaki jadi penakut sgt. kalau masih kecil okaylah tapi bila dah besar nnt macam mana?  so apa yang saya buat ni, saya cuba ckp pada dia.. kalau iman takut iman kenalah rajin2 sembahyang. barulah Tuhan sayang and hantu pun tak berani kacau.

IMG_7320

Tapi yerlah budak 4 tahun apalah yang dia tahu, tp cuba menanamkan perasaan bahawa ALLAH maha berkuasa. errr…. ker salah ayat saya ni.. kalau salah tolong lah tegurkan.

Bila masa dia rasa nak ikut sembahyang, dia akan turut berjemaah, tapi kalau asyik bermain mmg lah dia  akan kata  Iman letih lah, byk sgt nak sembahyang.  memandangkan dia masih kecil jadi kami takdelah menekan dia kena sembahyang setiap waktu.. ikut moodnya. saya tak tahu pendekatan saya ni betul atau tak tapi saya pun masih bereksperimentasi kaedah yang terbaik untuk memupuk dia.

Sebenarnya dia tidak jangak berjemaah sbb selalu follow sembahyang disurau kalau  pergi berjalan jalan di shopping complex. tp itupun kalau mood dia okay. kalau tak okay dia kan panjat and lari lari dalam surau. huhuhu.. sabar jerlah.

 

Jadi ini semua bermula sejak umurnya 2 thn, mmg kami sering ajak dia bersembahyang bersama sama.  Tapi yang amat menggelikan hati sewaktu trip ke Bali baru  baru ini.  Ekceli kami akan agak takut untuk bawa dia ke bali sbb terbaca blog blog  yang menceritakan pengalaman bawa anak kecil travel ke sana. Gangguan gangguan yang rasanya semua orang tahu, hehehee. so sebaik landing di Den pasar kami terus chek in dekat satu hotel yang berdekatan, mmg agak sunyi. tapi mengantuk punya pasal, lepas sembahyang terus tidur dahulu.  so bangun keesokannya, apa yang menakutkan  terjadi.

Menurut kata hubby… dia terjaga and terus ckp “Papa.. papa Iman mimpi hantu…”  jadi saya ulangkali cakap padanya .. sebab itulah kita kena sembahyang, baru hantu tak kacau.  diapun cakap ” baiklah mama” mcm watak upin ipin tu..

So the next day as planned kami check in hotel yang lain. tanpa disuruh dia pun follow ambik air sembahyang ikut cara dialah dan terus sembahyang sendiri.  Entah apa bacaannya.. tapi cukup lah tertibnya dari mula sampai habis. seterusnya hotel ke 3, dia sendiri mau sembahyang tanpa disuruh. Kami rasa lucu sgt, sbb Iman sangat alim di Bali..hahahaha… and mcm kusyuk sgt. Rupanya pada mlm kedua dan ketiga dia tidak mimpi lagi.

Baru baru ini masa raya haji, bila berkumpul ramai ramai bersama cousins maka dia pun tgk lah citer hantu korea pulak. rupanya tak boleh tidur ..siap gerakkan mamanya ini untuk  peluk dia kuat kuat. bila nak sembahyang subuh dia pun mau ikut serta dengan sedu sedannnya.

Tak tahulah nak kata taktik ni berjaya atau tidak, tapi itulah cuba diterapkan pada iman supaya terus beriman.  AMIN.

One Response

  1. fairasimrana November 9, 2013

Leave a Reply to fairasimrana Cancel reply

CommentLuv badge