Iman pulun main Lego NINJAGO dan Lego VR Coaster

Kalau namanya Legoland, haruslah dunia kanak kanak yang punya. What about Mak pak? Of course laa tengok anak happy automatik, mak pak senang hati. Tak gitu kan? Legoland ni kira macam dunia fantasi anak anak lah.  Tambah  pula ada tarikan terbaru Lego NINJAGO dan Lego VR Coaster lagilah tidak sabar Iman nak pergi kan.

Masuk yang ini adalah kali ke 3 Iman berjaya jejak ke sana. Alhamdulillah murah rezeki dia. Pertama kali kawan bagi tiket ke legoland bersama Dato Siti Nurhaliza.  Kali kedua bila Sime Darby buat family day di sana. Kali ini pula Family day bersama Kelab Blogger Ashaari. Perghh.. memang murah rezeki iman kan.

 

Lepaskan penat jap dengan lepak di area yang best ni. Muka abih berminyak and berpeluh

Iman dan lego memang sebati

Dari kecik kalau lalu kedai Lego tu mesti nak singgahlah. Silap haribulan memang kena pow. Tapi disebabkan lego ni memang proven antara toys yang sangat bagus untuk  stimulate  otak anak anak, we all pun sendiri kalah kalau dia pandai merayu bab ini.   In fact kami sendiri pun boleh masuk kedai lego and sama sama tengok setiap satu ciptaan tersebut. Memang ralit.

Kalau pegang X box tu,Lego lah antara favourite game . aishh pening tengok dia main tapi dia okay jer.

Tapi dia memang suka jer games yang sejeni brick macam ni. So korang bayangkan lah keterujaaan dia setiap kali ke sana. Cuma kali ini disebabkan dia pernah pergi we all yang susun strategi siap siap mana harus dituju. Iman seorang yang penuh dengan keghairahan bab toys dan aktiviti lasak nih, boleh jadi tidak tentu hala juga. Haaa masa tu memang pening hehehe.

Aku paling suka bila tengok iman buka  kotak setiap kali dapat Lego dan dia baca manual untuk pasangkan ikut instruction tu. Entahlah.. maca satu kepuasan. As expected memang dia akan pow kita orang katanya sebab tak pernah ada NINJAGO kemain dia cakap. Macam tak pernah dapat. Padahal penuh dengan Lego City.

 

Lego NINJAGO dan Lego VR Coaster

Balik dari legoland terus pulun nak buat. Tak boleh ditahan tahan dah.

Tarikan terbaru di Legoland : Lego NINJAGO dan Lego VR Coaster

Memang nampak peningkatan Legoland ni, dari kali pertama kami jejak ke sana  dahulu belum ada water park. Kali kedua ke sana baru ada  water park yang penung dengan pelampung bentuk lego. Haaa sini jer ada tau . Water theme lain pelampung yang biasa biasa jer.

Tapi itulah budak budak ni dah nampak air ……, sudahnya hanya dapat main sekejap sahaja masa trip ke dua tu which was 3 years ago. Dia berumur 6 tahun masa tu.

Sebelum bertolak  lagi we all  dah brief dia, sebaiknya pergi tempat yang dia tak pernah pergi lagi. Ada masa baru kita terjah tempat lain. Dan nampaknya dia setuju dengan cadangan we all ni so tarikan yang terbaru of course lah Lego NINJAGO dan Lego VR Coaster. Ada masa kita  main yang lain.

Haaaa ini trick untuk anak anak yer. Kadang kadang dengan budak budak ni kita kena buat macam orang besar so dia pun ada lah sedikit control  keterujaaan masa disana. … hehehe kalau tak lagi haru. In fact we all google dan cari informasi pasal kedua rides ini di Youtube sebelum pergi lagi.

Heheh terbiasa nak travel kemana-mana we all akan buat research terlebih dahulu jadi tidaklah janji manis semata – mata pada dia.Yerlah mana tahu dia tak lepas ketinggian kan.  Boleh bayangkan muka frust dia macam mana.

LEGO NINJAGO the ride

Dengar nama pun dah tahu kan, sampai jer kawasan tu iman boleh cakap apa nama watak watak ninja tu Kai , Nya, Cole dan juga weapon yang digunakan. So it seems dia sangat appreciate every single thing, showcase di hallway sebelum dia masuk ke dalam rides tersebut. In fact he can explain masa bila nak pakai weapon tu.

So kita mak pak ni, angguk kan jer.. hahaha itu territory dia.

Alhamdulillah disebabkan bukan cuti sekolah Que tidaklah panjang sangat so cepatlah dapat masuk. Sebelum masuk kena ambil spek tu dulu sebab berkonsepkan 4D eh ke 6D erk sebab boleh rasa angin panas or sejuk tu.

 

 

I’m sure ramai anak anak akan enjoy, sebab papa dia pun terlebih enjoy sakan. Mama dia tukang ambik gambar sahaja. Tapi kena marah jugak lah sebab tak tolong dia collect point. Paling best hahaha dia ‘sound’ papa sebab main hentam jer. Ada watak baik and jahat katanya. Errr.. confirm we all tak tahu. Ye ker erk? kadang iman ni cakap memang confident habis.

LEGO VR Coaster

Sebelum ni  aku pernah naik dragon di kingdom tu, fuhh… itu pun memang cuak and gayat juga tapi sempat ulang masa trip yang ini dengan menjerit “menyesalnya aku naik” huhuhuhu .. tapi bila tengok LEGO VR ni  tu aduiii kecut perut jugak. So aku dah surrender awal laa.  But the boys memang excited nak cuba. Aku ada amik video dia macam menyesal sangat, nanti akan Up di youtube dia.

Tapi… hahahha memang totally new experience untuk iman kut. Sebab katanya terdiam terus masa naik rides tu. Heran lah jugak hahah padahal dulu dulu naik rides okay jer. Seronok tapi gayat katanya.  Meremang abis tengkuk.  Habis je naik rides tu mulut pok pek pok pek cerita pasal pengalaman naik rides tu. Again, mama dia terhibur jer dengar dia cerita plus gelakkan dia orang hahah.

Janji ko bahagia nak oit.

 

Annual Pass Hanya RM199 dan menangi NISSAN ALMERA

Kalau sampai di pintu utama korang akan nampak satu kereta nissan almera di tayangkan disitu. Ingatkan cabutan bertuah hahah… rupanya kena beli annual pass hanya RM199 dan kalau bernasib baik boleh menang nissan almeera ni.

Eh! okaylah sangat kan. Sebab harga biasa pun RM165. tambah sikit lagi boleh datang ke sini unlimited selama 12 bulan tarikh beli. Tapi bukan itu sahaja, banyak kelebihan lain. Korang boleh refer link ini untuk maklumat lanjut.

Kalau lah Legoland tu dekat memang we all amik dah. Serius… satu investment yang sangat berbaloi dengan value yang kita dapat bila anak anak tersenyum sampai ke telinga. Tak gitu?

 

 Lego NINJAGO dan Lego VR Coaster

iman dating ngan mama naik boat. Tak sabar nak tunggu dia besar bawak mama jalan-jalan macam ni

 

 

Tarikan lain yang Iman sempat pergi kali ini.

Iman sempat try beberapa tempat lain, especially yang dia tak sempat pergi sebelum ini.

  • Boating school – Best jugak katanya. Tapi bagus laaa dia control boat tu . Suka tengok
  • Imagination – Sempat lah buat  Pulun buat kereta from scratch
  • Lego Kingdoms – dragon ride ( Mama dia naik dragon sambil jerit tak hingat)
  • Lego star wars – ini mama and papa yang seronok sgt  hehhe
  • Lego Movie

 

Family Day kbba @legoland

Kelab Blogger Ben ashaari ni memang bestlah bagi aku, sebelum ni aku tak ada join mana mana kelab. Tapi dengan kelebihan dan benefit macam ni, aku rasa osem sangat. Beruntung berada di kelab sebegini yang sangat aktif.  Selain daripada mendapat ilmu  kami juga dapat peluang sebegini.

 

 

Memang rezeki anak anak blogger sebenarnya dapat jemputan untuk mengadakan family day disini. Kami berhubung di alam maya tapi dengan event sebegini memberikan ruang kami bersua muka. Paling best tempiasnya anak anak dan suami pun merasa.

Thank you kepada AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan event family day disini. Memang tak salahla buat family day di Legoland, Tengok anak anak blogger keluar pun kemain happy dia orang walaupun dihujung petang ramai yang basah kuyup dek hujan.

 

Tips Ke legoland

  • Pastikan ada sunglasses yang sesuai untuk semua. (aku siap beli baru di JPO sebab tertinggal hahaha)
  • Sediakan topi atau payung
  • Pastikan anak anak cukup tidor hari sebelumnya
  • Brief anak anak dahulu.
  • Kalau rasa penat cari tempat yang ada aircond yer. Lepaskan penat lelah sekejap.
  • Tempat makan ada beberapa pilihan.
  • Pastikan bagi anak anak minum air banyak sebab agak panas
  • Bawak stroller untuk kecil supaya dia org tak penat, kita pun tak penat heheh

 

15 Comments

  1. ina April 13, 2018
    • azni April 13, 2018
  2. Nina Mirza April 13, 2018
    • azni April 13, 2018
  3. shazillahsani April 13, 2018
  4. mas saari April 13, 2018
  5. Lya April 13, 2018
  6. Moha April 13, 2018
    • azni April 13, 2018
  7. umminani April 13, 2018
    • azni April 13, 2018
  8. Qaseh April 13, 2018
    • azni April 13, 2018
  9. SalinaJohari April 13, 2018
    • azni April 13, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!