Iklan Deepavali Petronas penuh makna tersirat

Best ker iklan Deepavali petronas nih?

Tiap kali musim perayaan, korang mesti tertunggu tunggu iklan deepavali petronas kan? Kan? betul dak.. sama juga musim deepavali ni. Jom tengok iklan deepavali petronas nih.

Aku memang dari dulu kira follower iklan derang. Hehehe semua bermula dari iklan arahan dari arwah yasmin ahmad.. err walaupun production team ni mungkin dari agency yg berlainan tapi aku yakin secret recipe tu datang dari management Petronas sendiri.

Kalau nak cakap iklan deepavali yang dulu, korang ingat tak “sam.” kih kih tu mmg best. tapi meh nak citer iklan deepavali petronas yang ni pulak.

Aku tak sure korang dapat feel yang sama macam aku dak.. tapi perasaan aku memula tengok iklan nih dalam 10 second yang pertama..

“eh… serius aa petronas nih”

iklan deepavali petronas

hahah itu aku lah… aku rasa ramai jer kut ada perasaan yang sama kan…  tapi memang itu yang direktor mahukan,  dengan music, angle and pilihan pelakon yang  gitu dan gaya perwatakan ala ala samseng. Saja jer nak buat kita rasa suspicious kan, tapi part ending tu sweet and tersentuh sangat. Aku bab bab hal orang tua nih memang cepat jer rasa tersentuh. Serius aku rasa sebak..aku mmg patriotik sikit hehhe.. sikit lagi jer nangih..

Sebenarnya kalau baca komen komen orang untuk iklan ni  ada yang puji, ada yang tak setuju jugak. Sebenarnya bergantung kepada sudut mana yang kita tengok

Kalau yang tak happy tu salah satu sebabnya, bagi mereka media selalu paparkan orang india nih kaki pukul , kaki pecah rumah dah selalu buat hal. Dan itulah cara  watak utama dipaparkan!  Tu yang buat aku rasa suspen, terdetik dalam hati nih eh… nih boleh timbulkan isu racist nih. Siap aku yang risau hahaha. Perception negatif macam tu yang nak dikikiskan dalam minda masyarakat kita.  bak kata orang putih

“never judge book by its cover”

but .. welll itu lah motif sebenar yang nak disampaikan dalam iklan nih

  • Jangan mudah buat kesimpulan
  • Jangan suka salah faham
  • Sesiapa sahaja boleh berbuat baik
  • Macam macam cara nak berbuat baik  tak payah duit ringgit pun.
  • Orang muda juga punya cara tersendiri nak bantu orang
  • Hari perayaan apa pun kita kena gembirakan, Deepavali  perayaan “cahaya”  untuk menyinari hidup orang lain.
  • Trust dan keharmonian negara kita semuanya bermula dari kita sendiri.

 

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge