Hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan Eye Gel Cosmoderm

Pernah tak korang perasan bawah mata sesetengah orang memang ada lingkaran gelap, sembab, dan paling teruk berkedut juga. Aduhh!! mimpi ngeri tau. Jenuh laa tepek concealer nak Hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni.

Ada sorang kawan tu satu famili memang mempunyai lingkaran gelap hitam yang sama, so  aku andaikan itu adalah genetik kut, memang susah nak treat katanya walaupun dah cuba pelbagai produk untuk Hilangkan lingkaran gelap bawah mata ini .

 

 

Tapi macam kes aku ni pula kalau tak cukup tidur, confirmlah jadi macam yang aku sebutkan itu.  hahah orang tua, maintenance kena tinggi lah. So kenalah cari eye gel pula, nak tergelak pun ada, masa muda tak reti semua benda ni. Dah terhantuk baru terngadahkan.

Memang kalau perhatikan betul betul area di muka aku, di kawasan mata yang paling banyak garisan halus dan kasar juga. Plus ada oil seed. Payah ker nak Hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni sebenarnya ya? Takpalah kita cuba je apa yang boleh. Jangan Give up!

Heheh aku juga suka skodeng kawan kawan yang lain, baik lelaki atau perempuan. Sah disitulah paling obvious sgt. Cuba korang renyih atau senyum, aduhai terserlah  sangat, bukan garisan halus sahaja tapi garisan yang kasar.

 

Hilangkan lingkaran gelap bawah mata

 

Sepertimana aku yang gagal menjaga muka di awal remaja seperti penggunaan sunblock sama lah juga utk kawasan mata. Memang tak tahu apa weh. Sekarang ni habaq mai.. segala serum lah, aku cuba. Tu belum lagi perfgi buat treatment pigmentasi

Tapii hehe  aku ada juga beli produk untuk kurangkan kedut dibawah mata sebelum ini.  Aku menggunakan eye cream dari brand Estee Lauder, tapi disebabkan harganya yang agak boleh tahan hehehe jenuh weh!. Padahal banyak part lain yang nak kena maintain ni.

Tapi kali ini aku cuba produk Eye Gel cosmoderm khas untuk hilangkan lingkaran bawah mata atau orang cakap eye treatment gel.

Punca Terjadinya Lingkaran Hitam bawah mata

  1. Penat melampau
  2. Tidur lewat malam
  3. Bulatan gelap  adalah hasil lapisan nipis kulit di bawah mata anda yang menunjukkan saluran darah yang lebih jelas daripada di tempat lain di badan anda.
  4. Faktor umur, kulit kita kehilangan keanjalan dan keupayaan untuk tumbuh semula dan sebagai hasilnya, ia menjadi lebih nipis. Inilah sebabnya orang tua akan mempunyai bulatan lingkaran gelap  yang agak menonjol tanpa mengira berapa banyak mereka tidur.
  5. hiperpigmentasi  dikawasan mata a adalah keadaan yang menyebabkan lebih banyak melanin dihasilkan oleh kulit di bawah mata,

 

So conclusionnya, Lingkaran kebiru-biruan gelap itu (biasanya) hanya hasil cahaya yang dipantulkan dari saluran darah yang duduk tepat di bawah permukaan kulit yang sangat nipis. Setengah orang akan kelihatan  seperti  mata panda

 

 

Eye gel vs eye cream

Plaing obvious tesktur keduanya agak berbeza. Penggunaan rupanya satu sesuai untuk pagi dan untuk malam. Fungsi hampir sama untuk menjaga bahagian mata.

Eye Cream atau Krim mata

khusus untuk kulit halus di sekitar mata, jadi ianya cenderung lebih likat teksturnya. Mengandungi lebih banyak minyak daripada losyen muka biasa, dan mempunyai banyak bahan aktif.

Kulit di sekitar mata lebih fragile, lebih cenderung kepada kekeringan, dan lebih cepat untuk menunjukkan umur dan keletihan. Pergerakan mata juga mempercepatkan penampilan garis dan kedutan, dan cecair mengumpul di bawah mata dan menyebabkan bengkak dan lingkaran hitam. Krim mata boleh menangani beberapa isu ini.

Eye Gel

Sebaliknya, Ia lebih ringan namun  menghasilkan kesan yang sangat baik untuk mata. Dirumuskan dari bahan-bahan bukan berminyak yang yang mengandungi air banyak, dan direka khas untuk memerangi bengkak dan penuaan kulit.

Gel mata terutama sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, kerana ianya tidak dipengaruhi di kawasan yang kulit halus dengan lemak yang tidak perlu jika ada.

Sesuai untuk dipakai semasa siang hari kerana mereka kurang berpeluh di bawah cahaya matahari. Dan juga cantik di bawah solekan – ia menyerap ke dalam kulit lebih cepat daripada krim, dan tidak tinggalkan kesan berminyak.

kelebihan Eye Gel Cosmoderm

  1. Diperkaya dengan Co-Enzyme Q10 dengan Vitamin A
  2. Halal
  3. Kelulusan dari GMP
  4. Tiada Paraben
  5. Tiada SLS/SLES

 

Tips

Selain menggunakan ey gel dan ey cream, pastikan kulit sentiasa moist, dengan pengambilan air secukupnya Kalau rajin pakai lah eye mask untuk membuatkan mata lebih soothing dan relax.

Apa apa pun kulit kita ni memang kena selalu lembab and moist okay.

 

Kalau korang nak beli, ni boleh jer dapat kat mana mana farmasi. cuba pi terjah jer. Tapi kalau malas sangat or tak ada masa korang still boleh secara online ni. Haa.. tengok aku dah tolong tepek info kat sini. Cosmoderm ni dah banyak menang award dalam malaysia.

Kalau rajin baca bebera portal wanita yang lain, memang banyak success story berkenaan produk cosmoderm ni. So aku memang suka sangat produk yang berkualiti macam ni.

 

42 Comments

  1. lisa nurulain December 27, 2018
  2. Ai December 27, 2018
  3. Salina Johari December 27, 2018
  4. mas saari December 27, 2018
  5. Airah Syahirah December 27, 2018
  6. Suria Amanda December 27, 2018
  7. Saidila Rahman December 27, 2018
  8. Faries December 27, 2018
  9. Mahamahu December 27, 2018
  10. JMR December 27, 2018
  11. Hasif Hamsyari December 27, 2018
  12. Ezna December 27, 2018
  13. afeefah December 27, 2018
  14. Kayathre December 27, 2018
  15. Cik puan Ena December 28, 2018
  16. Nadia Johari December 28, 2018
  17. Auni December 28, 2018
  18. AlongMurni December 28, 2018
  19. Rane Chin December 28, 2018
  20. Rane Chin December 28, 2018
  21. Hanny December 28, 2018
  22. INNANIE ARIFFIN December 28, 2018
  23. Afizah December 28, 2018
  24. Nadratul Syazwana January 4, 2019
  25. Lily January 8, 2019
  26. Julia Mahir January 8, 2019
  27. Chaza Xiaojie January 8, 2019
  28. Airah Syahirah January 8, 2019
  29. Ana Suhana January 8, 2019
  30. Mimi January 8, 2019
  31. Nina Mirza January 8, 2019
  32. Alia January 9, 2019
  33. cik puan ena January 9, 2019
  34. Hanny abdullah January 9, 2019
  35. emi January 9, 2019
  36. Penaberkala January 9, 2019
  37. Syafiera Yamin January 9, 2019
  38. henrytan January 9, 2019
  39. Min January 9, 2019
  40. Mek Onie January 9, 2019
  41. Wui Kathy January 9, 2019

Add Comment