Hilangkan dark spot dengan surya chlorophyll

Katanya boleh hilangkan dark spot dengan surya chlorophyll kalau diambil untuk berterusan. Kita cuba sahajalah mana yang mampu kan. huhuhu..  memang segala benda aku cuba untuk kurangkan dark spot ni. Masih berusaha, sebab ianya sangat sangat menganggu.! Jelas aku memang tertarik untuk mencuba disebabkan iklan surya chlorophyll di instagram.

Maklumlah dah masuk 40’s memang sangat susah untuk hilangkan dark spot akibat dari kesan jerawat dan juga ditambah masalah melasma ini. dark spot ini adalah bintik hitam. Selalu aku sebut dark spot sahaja.

Rasanya orang yang dah masuk era golden series seperti aku ni memang faham masalah yang aku cuba kongsikan disini. Payah tau nak hilangkan dark spot ni.

hilangkan dark spot

Kenapa makin berumur makin banyak dark spot

Yerlah.. hehehe Kollagen dah berkurang,  lepas tu aging factor semestinyalah kan. Segala mak nenek aku cuba tau, nantilah…  korang dah masuk umur macam aku ni hahah korang akan sampai stage ‘panik”.

Aku pun tak tahu betul atau tidak tindakan aku, tapi aku sejenis orang yang tidak mahu give up bab bab cenggini. Alhamdulillah dengan berkat healthy lifestyle nih tak adalah orang kata aku umur 50an hahaha… fobia weh.!

Kes aku , Melasma dan pigmentation meriah naik semasa umur mid 30an, lepas tu naik umur 40 an pula kesan parut tersangat lah susah nak heal atau pun hilang.

Tapi aku tak give up tau. macam-macam lah aku cuba. Kalau korang nak tau korang bacalah entri sebelum nih. Macam-macam cerita ada kisah perjalanan hidup aku ni.

Jadi, ada banyak sebabnya mengapa kali ini aku nak mencuba Surya cholorphyll pula.  Basically kali ini aku tergerak nak mencuba untuk aku, anak, or untuk keluarga lah senang nak cakap.

Faktor umur sebegini semua zat badan dah berkurang, Jadi bila aku google info pasal surya chlorphyll ini mampu bawa kebaikan jadi aku pun tidak teragak agak mencari di Watson

Punca aku mencari solusi untuk masalah ini

  1. Masalah low blood yang makin melampau
  2. Kurang makan sayur yang berzat
  3. Masalah dark spot
  4. Masalah malasma
  5. Kulit tidak berapa cantik
  6. Aging Factor.

Masalah low blood aku ni bertambah crucial bila mana aku gagal untuk menderma darah.

Ujian yang dilakukan mengatakan darah aku ni kekurangan hemoglobin, IRON yang sepatutnya membawa bersama bekalan O2 atau oksigen ke seluruh badan aku nih tersangat rendah.

Sewaktu nurse ambil darah aku untuk test HB, darah aku ni terapung-apung dalam cecair kimia apa tah. Orang lain punya elok jatuh kebawah. Bertapa ringannya darah aku ni.

So darah aku ni macam kosong, takde zat. Patutlah muka aku kusam dan tak glowing. So Doktor advice aku ambil makanan yang mempunya kandungan iron lebih  seperti daging, ikan, dan juga banyakkan sayur sayuran.

Rasanya memang aku dah makan banyak sampai terlebih lemak ni hahhaha… sampai kena masuk program Jom Kurusl lah nak bagi nampak slim balik. Rupanya tetap tak balance or tak cukup!

Jadi bila aku mencari, dan mencari ternampaklah info berkenaan Surya chlorophyll ini  memula di koyara.com. Satu portal kesihatan.

Aku yakin ini salah satu usaha terbaik aku untuk memperbaiki kesihatan dalaman aku tu, yang akhirnya boleh dilihat dengan kualiti kulit aku. Selain dari penjagaan luaran. Tak cuba mana tahu. Dalam masa yang sama memang aku terus mengguna serum dari Rosa E dari produk Garden of Eden dan juga Hada, argan dan marula oil

So haritu terjebak masuk dalam watson so aku rembat lah sebotol.

Tapi kena ingat yer, bukannya ambil sebotol dah boleh nampak cantik. Untuk orang macam aku ni haruslah kena ambil masa juga. Banyak nak kena repair nih hahahah

So maka terjawablah kerisauan aku nih .

Untuk pengetahuan korang,  aku pula tidak boleh mengambil sebarang supplemen kollagen atas faktor kesihatan juga. Mesti korang ada cakap amik jelah kollagen apa apa.

Aku pernah menghidapi Endometriosis yang akhirnya membawa kepada masalah untuk mendapatkan zuriat selama beberapa tahun. Atas sebab inilah aku agak berhati hati.

Sistem badan kita berkait rapat

Semuanya berkait kait, dari dalaman membawa kepada luaran.  Sistem badan kita memang memberikan sign sign tertentu atas faktor kekurangan itum samada kita sedar atau pun tidak.  Kulit kusam, kuku tak cantik, rambut pun tak berapa cantik, tak bersinar.. haa itu semua tanda tandalah tu.

So korang janganlah ignore sign pada badan korang yer. Be alert.

Semuanya di hujung jari, dulu payah nak cari info ni. Apa susah korang google lah dan buat research sedikit sebanyak.

Haa berkat aku me research inilah aku tak terjumpa pasal Surya chlorophyll ini .  Baca beberapa blog dan jugak portal kesihatan. Dah yakin kita cubalah cari dan ambil.

Berkat aku jadi blogger memang banyak info aku tahu, banyak sharing yang aku dapat.  Aku sendiri kalau nak buat review memang memilih. Bila aku yakin manfaat sesuatu produk baru lah aku yakin.

Nak memudahkan korang, aku share lah info sedikit sebanyak pasal produk nih.

Apakah Surya Chloropyhll

Ekstrak dari daun mulberi untuk dapatkan klorofil, daun ni memang di kenali bebas dari racun perosak dan mempunyai alkali semulajadi.

Kelebihan dan Khasiat

  1. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia sesuai untuk mereka yang alami anemia atau tekanan darah rendah. (macam aku)
  2. Melancarkan proses detoks (badan dan hati)
  3. Menjadikan kulit lebih sihat
  4. Mengatasi masalah bau badan

Surya chlorophyll

  • Ada 2 perisa : lychee dan peach
  • Tiada bahan pengawet
  • Halal/GMP/HACCP
  • Sumber alkali semulajadi

Maklumat lanjut

Korang follow rapat kedua social media ni, banyak info terkini diselitkan.

See, itulah gunanya internet dan sosial media. kita salurkan dalam positif vibe.  Moga maklumat dan pengalaman aku ni dapat membantu korang korang yang ada masalah yang sama seperti aku nih  sebab aku believe in sharing.

13 Comments

  1. Ai December 5, 2018
  2. Nina Mirza December 5, 2018
  3. afeefah December 5, 2018
  4. PencariMakan December 5, 2018
  5. Huda December 5, 2018
  6. ina azlina December 6, 2018
  7. athirah December 6, 2018
  8. Dura Norell December 7, 2018
  9. JMR December 8, 2018
    • azni December 8, 2018
  10. mrhanafi December 9, 2018
    • azni December 9, 2018
  11. mas saari December 10, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!