Sindiket penipuan di money changer

Memandangkan semua kaki travel ni perlu tukar duit setiap kali nak travel. Saja nak share ngan uolls kena hati hati tukar duit di money changer.  nak cerita pasal Sindiket penipuan di money changer, bukan pengurup wang sahaja.. tapi orang yang berada di sekitar situ.  Sorry gambar agak blur sbb dalam takut takut nak amik.

Sindiket penipuan di money changer

Yang pasti modus operandi mereka ni akan sama sama sibuk berada dengan kalangan semua org tgk currency. Kisahnya macam nih. Masa aku keluar duit dari wallet terus sibuk dok kira baper duit yang ada depan husband aku supaya tak salah bagi dekat kaunter nanti. Tapi bila aku angkat muka sahaja, aku terperasan yg culprit no 2 & 3 pandang semacam pada aku. Satu pandangan yang tajam, tuju terus kat duit kat tangan aku tu. Terus aku terkedu, aku cakap dekat husband. Rupanya dia pun ternampak dua mamat tu tengah tenung duit yang aku pegang tu.  Pastu both of us tenung balik pada dia orang, terus aku tunggu dulu. Lama jugak. Terus tak jadi tukar. Aku and husband decide nak tunggu dan lihat tanpa menyedari yang culprit  no 1 tu ada ditepi aku jer..

So we all hanya perhati gerak geri dia orang. Setiap kali org beratur dia orang akan tegur tegur dan buat mesra. Siap bagi laluan suruh beratur hadapan dia orang. Baik sungguh laaa… kaan…. so hati hati tukar duit di money changer

Ada sekali tu amoi yang bag hitam tu beratur, cuplrit no 2 duduk belakang tapi mata dekat bag. Setiap orang yang berada dihadapan dia orang, memang mata kat situ jer.

Bila tak berhasil ataupun dia orang tahu aku and husband dok perati depa, culprit No 1. pergi pada no 2 & 3. haaa.. masa nilah baru aku tau…mamat sebelah aku yang smart macam orang kaya ni part of their team. camnilah Sindiket penipuan di money changer

Dari 3 orang tetiba jer timbul lagi sorang. ah… 4 orang rupanya. Yang culprit no 4  duduk belakang dekat dengan escalator. Omaigod….acara berjemaah rupanya. Dia duduk agak jauh dari kaunter money exchange tu. Bila perasan yang dia orang ni diperhatikan,  derang berempat jumpa satu tempat .. bincang2 and terus berpecah. Kalau tgk dressing dia orang ni,  mcm orang kerja smart jer. Sapa sangkakan. !

Aku  tak sure bangsa apa.. samada iran, iraq, turkey or greece.

Aku ada share info ni didalam group travel di FB macam macam feedback yang aku terima. Ada yang faham, ada yang tak faham hahahaha… Ada pulak ckp takder klimak. Bistu bila aku and husband dok stare derang x kelip2. Memanglah tak jadi  plan dia orangkan.

Jgn kecam  kalau salah… tapi aku rasa instinct aku and husband betul. Cuma nak share dgn semua di sini untuk ambil langkah berjaga-jaga. Bak kata salah sorang yang komen status aku kat FB, Modus Operandi macam ni memang banyak di oversea.

Kenapa aku suspicious? aku mmg yakin ini Sindiket penipuan di money changer ini terancang

1. Mereka takder pun nampak nak keluarkan duit untuk exchange. Hanya duduk di tepi., dan kengkonon gentleman suruh org beratur depan mereka dan buat2 mesra dgn org nak tukar duit. Why? Cer pikir…

2. Dulu- di LCCT dpn mata sendiri saya mereka ni akan buat mesra nak tukar duit dgn 1 chinese guy. Bila dah tukar duit mereka bergerak laju and buat aksi kira kira duit tu selai selai… chinese guy ni pun siap angguk angguk. aku and husband cakap.. “kena dah ni.. kena dah... “.  Pastu mamat culprit tu cepat cepat jalan. Then bila Chinese guy tu  kira balik duit tu, baru dia tersedar and terus jerit.. apa lagi culprit tu cepat cepatlah lari.

Moral of the Story

1. Jangan pergi sorang2,lebih baik bawak 2,3 orang kawan utk escort
2. Jangan tukar duit time peak hour,  tengah bersesak2 dgn org lain..cari masa yg sesuai
3. Sentiasa Alert. Berjaga2 dan pandang2  kawasan sekitar time tukar duit tu

 

Sekian khidmat masyarakat dari saya.

Add Comment

CommentLuv badge