Hadiah hari jadi suami dari dulu hingga kini

Berbanding dengan perempuan, sebenarnya sangat-sangat susah untuk membeli hadiah untuk suami. Kadang- kadang sampai kena google untuk cari info berkenaan hadiah hari jadi suami hahah.. kering idea dia buatnya

Sejak mendirikan rumahtangga dari tahun 2000, aku pun hampir lupa apa hadiah yang aku pernah belikan untuk dia. Itulah tak rekodkan or tulis begini sampai lupa. Bukan apa sesekali bila imbas kenangan lalu seronok juga.

Tapi percayalah semakin hidup bersama, semakin meningkat usia minat kita berubah. Walaupun kita mampu tapi masih berkira kira sama ada dia betul betul suka. Again aku nak repeat susah nak cari hadiah untuk suami ni .

Okay aku share apa yang aku pernah belikan untuk laki aku yang orang ingat kadang tu pendiam sahaja, tapi sebenarnya dia tu seorang yang kelakar, cool, minat rock, minat gadget and minat ilmu parenting.

Yer .. itulah laki aku.

Hadiah di awal 20an

Masa tu masih muda, kalau budak budak sekarang dia panggil #bbnu heheh.. budak budak baru nak up. Jadi selera pun berbeza lah sangat. seingat aku antara hadiah yang aku pernah bagi adalah

  1. Kemeja baju east india – tapi dia hilangkan tinggal di hotel huhuhu
  2. Kasut Nike – aku ingat lagi kaler light brown, dia pakai sampai rosak. sampai 5 tahun kut.

Hadiah di awal 30an

Masa ni dah agak stabil, so pilihan agak banyak. Perangai aku pula bukan berkira, takut membazir. Or prioriti lain.. Masa tu beria menyimpan duit untuk berjalan dan buat treatment untuk fertility aku yang makan belanja agak besar juga.

hadiah hari jadi suami
  1. Perfume – aku pun tak ingat perfume apa , tapi dia memang peminat perfume. So tak boleh beli selalu
  2. Dompet – tak ingat brand apa
  3. Tali pinggang
  4. Travel
  5. Amp untuk Guitar – yang ini kiranya hadiah paling suprise dia pernah dapat. 2/3 kali pergi dia dok lah usha benda alah nih. aku buat derk jer. Lepas tu masa berjalan tempat lain aku kata nak ambik barang dalam kereta kejap. Padahal aku pergi bayar and suruh mamat tu letak dalam kereta. Heheheh memang ini yang surprise kut
hadiah hari jadi suami

Hadiah paling bermakna

02/07/2008 – Pada tarikh birthday dia ni, aku confirm preganant setelah 8 tahun tunggu. Perghh.. memang syahdu and tidak dirancang

Hadiah di kala umur 40an

hahaha orang kata masa ni umur dah tahap mid life crisis. Sekejap perasan orang muda, sekejap perasan orang tua. Tapi disebabkan tidak mahu hadiah seperti tahun terdahulu jenuh bini nak kena pikir . Jadi seingat aku ini lah antara hadiah yang aku pernah bagi

  1. Tiket konsert Slash
  2. Dompet Fossil
  3. Top up untuk Iphone 8 – hahah bukan beli jumlah penuh, aku genapkan amount yang tak cuku. sis tak kisah pun. Janji dia dapat tukar hp dia yang dah nazak masa tu.
  4. Kamera Fujifilm xt20 – hadiah bersama, hahah sebab mahal kami share lah duit yg patut dia bagi pada aku, anda amount yang aku bagi pada dia sebab nak travel ke Perth masa tu .

Sempena meningkat umur 47 tahun

Kekonon nak buat surprise .. .

Tapi bila teringat ada kawan yang kongsikan talk pasal rumahtangga, kata speaker tu

Dalam umur2 emas mcm ni kalau kita nak buat suprise sebenarnya nak puaskan hati sendiri jer!

Heheh betul jugak yer dak.. Belum tentu spouse kita akan happy. Kita yg terlebih seronok kalau dia dapat belon + coklat + hadiah. Org perempuan kan gitu hahaha..

Maklumlah bila dah berumur mcm skrg semua benda dah ada and lebih suka bersederhana. Kena ingat kita bukannya #bbnu lagi . . Beli barang pun selektif, beli benda yang betul2 perlu sahaja.. so the best is bawak terus and pilih.. walaupun dah memang tahu yang abam nak apa tapi biarlah dia dpt feel bila sentuh and lihat sendiri.

hadiah hari jadi suami

Owh tapi sebelum tu aku cakap kekonon nak p celebrate makan jer.. tapi di tingkat 3. tapi ishh.. tersalah wing pulak hahahha… So terus tunjuk .. tadaa… you pilih.. keh keh… separa suprise lah kan

Payah tau, makin tua makin banyak preference berbanding zaman muda.. Sebenarnya aku tau, tak payah beli pun abam okay jer tu.. we all selalu pergi makan2 sahaja. and kekebtulan ada plan projek travel ke pantai timur hujung bulan ni.

Lagi satu sebab, selalu tak tahu nak beli apa. jadinya, takpalah setiap 2 thn baru bg hadiah.

Yang pasti iman cakap kena pergi cari hari jadi juga .. and value mestilah hampir sama dengan yang aku dapat masa hari jadi.

Akhirnya aku belikan dia Jam Garmin Instinct

hadiah hari jadi suami

Susah nak beli hadiah utk org laki sebenarnya.. tambah2 dia mmg suka beli jam.. dah banyak koleksi jam, tapi pikir2 wearable watch ni bagus utk org di ambang usia emas mcm dia hehe .. jgn mare abam..

Tp aku tahu dia happy sangat dpt jam ni bila dok godek sampai malam hari. Alhamdulillah.

One Response

  1. Ema July 15, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!