Apakah Gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an

Gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an

Korang ada masalah nak cari warna baju atau tudung yang sesuai dengan diri korang sekarang? Aku ni mewakili wanita yang berumur 40an, bagi aku memang selalu dalam dilema. Memang selalu bermasalah nak cari gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40 an

Dahulu.. aku memang tak berapa kisah dengan penampilan diri ni. Aku lebih suka kalau berpewatakan sempoi, ringkas dan selesa. Tapi bila dah tengok gambar lama lama.. hahahaha rasa macam..

“awatlah teruk sangat aku masa ni”

gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an

masa ni ada event opis. Awal Umor 30an rasanya.. sememeh betul kan… ngan tudung pesen gitu ..

Itulah… sempoi sangat sangat… sampai tak lalu tengok gambar sendiri. Tambahan pulak kerja dalam company IT ni kebanyakan orang tak berapa  bergaya sangat.  Pergi kerja pakai jeans and tshirt sahaja kutt. Pakai baju kurung dengan sport shoes pun ada.

Banyak yang aku dengar bila capai umor 40an adalah waktu terbaik untuk wanita. Contohnya Kajol. Cuba korang tengok film dilwale yang ditayangkan 2 tahun lepas.  aku pun kind of agree dengan statement ni. Sebab nampak lah kematangan dan kejelitaan dia.

Tapi… betul ker?

Ada jugak yang aku tengok  kawan kawan aku bila masuk umor 40an tak berapa menjaga penampilan diri ni termasuk aku…. heheh.. Ada yang gigi dah takder pastu tak pasang gigi palsu..dah terus nampak tua.  Badan pulak agak besar. Terus nampak agak berumur.

So dengan kata lain bergantung pada indvidu tu lah kan. betul tak? Bukanlah faktor umur sebenarnya.

Cuma kalau nak kaitkan balik kisah “kajol” kat atas, kalau mungkin dilihat dari sudut lain. Kebanyakan perempuan yang umor 40an ni dah macam settle down.

Maksud aku macam ni;

  1. Takde “handbag” lagi… iaitu anak kecik. Barulah boleh nak bergaya. Baru ada masa nak belek diri sendiri. Dulu jangan haraplah nak kendon handbag Coach ka. Gucci ka.. Semua tak sempat kan. Yang penting bag susu anak.
  2. Faktor kewangan. Bagi yang bekerja umor masa nilah agak stabil. Gaji pun mungkin dah naik dari dulu so adalah lebihan untuk beri barang barang kelengakapan diri.

 

Aku masih struggle untuk pastikan penampilan aku lebih kemas dan kena dengan gaya. Aku selalu cakap jangan tua sebelum waktu.  Aku sendiri pernah naik berat badan sampai 61-62kg. Masa tu terus terasa macam tua lah sangat. So pulun nak kuruskan badan balik. Cuba korang tengok iklan orang yang before and after selepas work out. Memang nampak beza kan. Terus nampak muda dan ceria. Tapi bahayanya kalau umor 40an ni kalau kita work out silap silap nampak ‘sagging”. so kenalah amik supplement atau cream yang bersesuain. Especially di bahagian muka. korang amik supplement apa? aku skrg tengah amik gluthamine dari 4life dan juga produk shaklee. Sebab dah masuk umor 40 an ni mcam susah betul parut jerwat nak elok

 

gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an

Terkini, skrg Umor 43

Lagi satu korang percaya tak pemilihan warna baju and pakaian ada kena mengena kerjaya. ? Aku kenal 3 orang dalam bidang perguruan. Apa yang aku perhatikan pemilihan warna agak garang seperti Merah Menyala, Orange dan kuning. Kebetulan? Entah.. aku pun tak tahu .. tapi cuba perhatikan kawan kawan yang berpewatakan agak tegas dan garang. Apa warna kegemaran mereka.? Nanti korang komen yer.

Aku ada terbaca dalam web vanilla kismis gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an. Perbandingan yang dibuat adalah antara neelofa umur 30an walaupun dia sebenarnya baru berumur 28thn  … dan rozita che wan untuk wanita 40an.

katanya

Pemilihan warna neelofa adalah warna- warna pastel dan earth colour

Manakala untuk cikta pulak  adalah seperti warna kuning, ungu dan warna terang

gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an

cikta sentiasa menjadi rujukan untuk wanita gaya dan warna yang sesuai untuk wanita 40an

 

Tapi…. kalau korang lah kan .. korang suka yang mana?

Aku personally prefer warna warna pastel pilihan warna untuk neelofa. Sebabnya aku nak kaler yang lebih nampak muda lah .. hahahah .. simple jer kan .  Betul tak? Sapa tak nak nampak umor macam orang 30an. So idola aku suka tengok sekarang Neelofa dan Vivy yusof. heheh bijak tak?

Walau macamana pun… aku nak tekankan.. yang penting tutup aurat dan bersesuaian dengan perwatakan umor 40an… tu jer. Jangan lah ikut gedik macam muda muda plak.. tak gi  tew??

Nak share untuk reference korang .

orang

 

 

4 Comments

  1. sueizza April 12, 2017
    • azni April 13, 2017
  2. ema April 20, 2017
    • azni April 20, 2017

Leave a Reply to ema Cancel reply

CommentLuv badge