Frustnya tak boleh derma darah kerana hemoglobin rendah

Kerana Hemoglobin

2 minggu lepas, opis aku ada buat kempen dermah darah.  Kalau lepas maknanya  ini kali kedua aku derma darahlah. (bangga tau heheh.. poyo). Sebelum sebelum ni memang tak  pernah lepas sebab BP darah aku sangat rendah, kalau pergi ke klinik memang dr akan tanya memang selalunya macam ni ke or tetiba turun.

Tapi disebabkan selalunya macam tu kiranya dah macam normal untuk orang macam aku.  Orang darah rendah ni sebenarnya bahaya jugak tau. Dulukan, aku ni kalau dari kedudukan duduk kemudian bangun mengejut akan rasa macam gelap sekejap mata and berpusing pusing. Macam weng! korang pernah tak alami macam ni?  haaa kalau pernah rajin rajin lah check or amik langkah seterusnya.

Okay back cerita pasal derma darah nih,

Masa first time aku nak derma darah aku dengar cakap dr.  jer sebab aku yang insist nak jugak jugak derma darah walaupun masa tu bacaan aku rendah. Dr tu okay… “you minum dulu air mineral ni satu botol lepas tu kita amik lagi bacaan BP you” weh…. lepas aku abiskan air, terus dengan senyum simpul dengan pengharapan lah.. YEAY…. betul BP aku naik, makanya aku lepas untuk derma darah… Alhamdulillah… tapi itu dulu … dulu…

Kali ini aku gagal!

Normally sebelum derma darah ada beberapa station untuk test kita, selain kita kena isi form and declare terlebih dahulu. Mula- mula nak tau darah jenis apa. So senang untuk urusan label. Next test tahap hemoglobin. haaa inilaaah yang aku tak lepas, memula siap ingat salah dengar dia cakap pasal BP aku rendah. So aku cakap takpa, bagi saya minum air okaylah.. dengan confidentnya kan. hahahah.

Bukan sis, hemoglobin sis ni rendah sangat.

Brader tu siap explain, bila dia titik kan air dalam  glass yang ada chemical apa tah.. katanya darah I is terapung, lebih kurang macam makna darah ni ringan sangat. Orang lain elok tenggelam ni ha. Untuk kes macam aku ni rupanya hemoglobin ni kurang ION, so Oksigen pun kurang. Serius aku baru tahu weh… baru tahu kesan orang mcm aku ni sampai tahap tak boleh derma darah. Meaning teruk sangatlah kan, dah umor 43 ni baru tahu, sebelum ni aku amik tak endah. So brader tu pun siap lah nasihatkan aku bagaimana untuk tingkatkan hemoglobin ini.  Kecewa lah aku nak derma darah hari tu.

Masuk ofis terus aku google apakah simptom orang low hemoglobin ini. Aku jadikan ini satu entri untuk refer sendiri dan ingat, dan kalau mana mana readers pun cari info sebegini.

 

Apakah itu hemoglobin

Hemoglobin adalah metaloprotein (protein yang mengandung zat besi) di dalam sel darah merah yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh, pada mamalia dan haiwan lainnya. Hemoglobin juga pembawa karbon dioksida kembali menuju paru-paru untuk dihembuskan keluar tubuh

Simptom hemoglobin rendah

  1. Degup jantung lebih cepat dari normal selama latihan atau aktiviti
  2. Cepat penat
  3. Merasa sesak nafas
  4. Kurangnya energi sewaktu bersenam
  5. Kulit dan gusi pucat ( patutlah kulit aku tak lawa hahaha)

 

When the level of hemoglobin drops, it can cause weakness, fatigueheadaches, shortness of breath, dizziness, poor appetite and rapid heartbeat. If the level of hemoglobin decreases significantly, the condition may be diagnosed as anemia and symptoms can become severe”, says Dr. Manoj K. Ahuja, Fortis Hospital.

 

Selama hari ni aku perasan muka aku ni kan memang kusam, pakai produk skincare macam macam, supplement pun macam macam. Tapi tetap tak glowing .. hehe biasalah kan orang perempuan ini lah kayu pengukur nya.  Dan aku sebenarnya seorang yang aktif, berzumba, cycling, dan kadang kadang swimming, tu belum lagi kira aku travel jalan kaki, tapi mungkin tak cukup lah kan.

Jadi mungkinkah kekurangan Ion dan Oksigen yang buatkan aku ni tak glowing.. hahaha.. lojik ke dak? aku rasa macam ada kaitan.

 

BACA : Pigmentation makin bercambah

 

Selalunya aku rasa biasalah bila dah buat aktiviti ni penat.. short of breath. Tapi sebenarnya itulah simptom aku ada masalah hemoglobin ini. Deng!!! aku take for granted. Naif nya aku. My bad.. my bad.

So bagaimana nak increasekan hemoglobin. haaa panjang lebar brader tu explain. “sis kena makan daging byk, kena amik sayur, kena amik buah” ishh.. aku rasa mmg aku kuat makan kut. Tapi in small portion. Sebab nak diet eh dah tua tua ni nak kontrol makan jer bukan apa kang terlebih gemuk pulak. So maknanya portion yang aku amik ni tak cukup. antara infographic yang aku dapat cari, inilah benda benda yang aku kena balun makan lepas nih.

 

Hemoglobin rendah

credit : https://food.ndtv.com/food-drinks/how-to-increase-hemoglobin-7-natural-ways-1620466

 

Selain dari iron, aku perlu amik Vitamin C bersama Iron untuk meningkatkan lagi tahap keserapannya, Folic Acid , Apple or promagenate, nettle tea dan kena kurangkan COFFEE… maigad.. maigad ini lah yang aku pulun tiap hari. coffee ini dipanggil Iron Blocker..menghalang fungsi iron sepenuhnya.. tapi bukan kopi sahaja yer.. coffee, tea, cola drinks, wine, beer, etc.haaa  kesemua ini.

 

haaa tu dia . antara supplement yang amik skrg nih

 

Jadi apa lagi terpaksalah aku menggugel supplement untuk meningkatkan hemoglobin dengan cepat. Kali ini macam aku tersentap sangat sangat, sebelum ini aku tak “listen to my body”. tanda tanda dah banyak. tapi ignorance.. yes…

Semalam sewaktu zumba, aku control jer pergerakan aku, aku rasa apa yang berlaku pada aku.. memang terasa oksigen tu sempit sampai ke kepala.. eh.. betul ke ayat aku ni.. maksud aku macam salur darah tu jadi sempit macam tak cukup oksigen sampai ke otak. Yup.. ini lah yang aku rasa setiap kali aku work out.  Jadi  smlm aku tak all out sangat berzumba.

Owh lupa nak share, selepas hari tak jadi derma darah tu, aku terus balik rumah tengok balik stok supplement aku.  Nasib baik laa ada lah shaklee Vitalea Iron formula di rumah.. Terus aku amik, dan aku cuba rasakan perubahan pada badan aku. Betullah… rasa sedikit bertenaga. So sejak hari tu memang aku tak tinggal dah.. hehehe tapi baru last week lah.. harapnya aku terus istiqomah . Tengah aim nak amik  IRON Plus C tu. tapi macam dekat lokal tak ada jual pulak..

hemoglobin rendah

Kawan baik sekarang nih, heheh dah sedor baru sentap kan

kenapa aku panik?

huhuhu ..  Panik sebab inilah kesan kesanya if hemoglobin makin jatuh and jatuh.  List ni aku share dari sumber ni Mayoclinic

  1. Aplastic anemia
  2. Certain medications, such as anti-retroviral drugs for HIV infection and chemotherapy drugs for cancer and other conditions
  3. Cirrhosis
  4. Hodgkin’s lymphoma (Hodgkin’s disease) (Hodgkin’s disease)
  5. Hypothyroidism (underactive thyroid)
  6. Iron deficiency anemia
  7. Chronic kidney disease
  8. (bladder inflammation)
  9. Multiple myeloma
  10. Myelodysplastic syndromes
  11. Gastritis (inflammation of the stomach lining)
  12. Vitamin deficiency anemia

 

Kesimpulannya, JOM laa jaga kesihatan.  Jomlah wey… Tambah tambah orang yang dah 40an macam aku. Janganlah perasan muda yer dak. Tapi yang muda lah patut jaga dari awal. Jangan jadi macam aku yang amik sikap endah tak endah.

Untuk perempuan macam aku ni yang dah masuk umur 40an mmg kena extra  jaga kan. Ramai dah geng yang kena sakit lutut, sakit pinggang. So lepas ni nak aim nak cari supplement untuk kalsium pulak. Dengar kata yang terbaik adalah susu kambing, tapi aku takut tak lalu minum jer. owh pasal susu kambing terpengaruh dgn FB post khairul muhaimin yang cerita part en adli dan kisah anaknya yang autisme.  Terus rasa yakin nak cuba susu kambing.

Bukan apa, hari tu masa aku kena pakai cermin mata rabun dekat terus rasa sedih, terasa sangat diri ni makin tua kan, sikit sikit tuhan dah tarik nikmat. Tapi takkan tak nak buat apa apa pulakkan yang penting kita terus ambil langkah langkah untuk menjamin tahap kesihatan kita.

 

 

5 Comments

  1. Meliza Ibrahim December 20, 2017
  2. Fareez Awesome December 20, 2017
    • azni December 20, 2017
  3. sueizza December 20, 2017
  4. Lynda Che Lah December 22, 2017

Add Comment

CommentLuv badge