Fakta Menarik Tun Mahathir Mohamad

Tun Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 atau cukup dikenali sebagai “Tun. M” ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia. Tun M merupakan Perdana Menteri keempat dan ketujuh  Malaysia. Sejarah Tercipta! Malah boleh dikatakan antara pemimpin tertua dalam sejarah dunia.

Mengetuai barisan kabinet 2018 dalam pemerintahan baru sejarah Malaysia.

Beliau  menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

Seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Tetapi sangat dihormati oleh semua pemimpin dunia terutamanya dari Negara negara OIC.

Tun Mahathir Mohamad

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bila mana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.

Tun Mahathir Mohamad memang seorang yang sangat Istimewa kerana itu banyak laman web dan blog tak putus putus menetipkan penghargaan kepada beliau.

Biodata

  • Tun Mahathir Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, AlorSetar, Kedah pada 10 Julai 1925
  • Anak bongsu daripada 9 adik-beradik (5 lelaki, 4 perempuan)
  • Anak kepada Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.
  • Menuntut di Kolej Perubatan King Edward VIIUniversiti MalayaSingapura,
  • Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
  • Memulakan kerjaya sebagai Doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
  • Berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 
  • Punyai Empat orang cahaya mata, iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan dan beliau mempunyai 3 orang anak angkat.
  • Anak-anak beliau ialah Marina, Mirzan, Mahathir, MokhzaniMukhriz, Maizura dan Mazhar.
  • Pada tahun 1957, beliau berhenti daripada perkhidmatan kerajaan
  • Membuka kliniknya sendiri iaitu MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Klinik Melayu PERTAMA

Buku yang pernah dihasilkan

  • The Malay Dilemma (1970)
  • The Challenge, (1986)
  • Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the Challenge of Change into the 21st century (1989)
  • The Pacific Rim in the 21st century,(1995)
  • The Challenges of Turmoil, (1998)
  • The Way Forward, (1998)
  • A New Deal for Asia, (1999)
  • Islam & The Muslim Ummah, (2001)
  • Globalisation and the New Realities (2002)
  • Reflections on Asia, (2002)
  • The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened, (2003)
  • Achieving True Globalization, (2004)
  • Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006)
  • Principles of Public Administration: An Introduction, (2007)
  • Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual), (2008)
  • A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, (8 Mac 2011)

Kerjaya Politik Tun Mahathir Mohamad

  • 1945 kerjaya politik bermula  menentang Malayan Union
  • 1945 Pengerusi Parti negeri Kedah
  • 1964 Ahli parlimen kota setar pada tahun
  • 1965 Majlis tertinggi Umno pada tahun
  • 1969 dipecat keahliannya dalam UMNO
  • 1972 Masuk UMNO semula
  • 1973 Dilantik sebagai Senator
  • 1974 Menteri Pelajaran
  • 1976 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
  • 1981 Perdana Menteri Malaysia ke Empat
  • 2003 Bersara
  • 2008 keluar Umno
  • 2009 Masuk UMNO semula
  • 2016 Meninggalkan UMNO kerana tidak bersetuju dengan  kepimpinan Datuk seri Najib
  • 2016 Tubuhkan Parti Primbumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bergabung sebagai parti pembangkang Pakatan Harapan
  • 2017 Ketua Pembangkang
  • 2018 Isythihar Pencalonan Kerusi Parlimen Langkawi
  • 2018 Menang pilihanraya ke 14 dan Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 7

Kejayaan Zaman Tun Dr Mahathir  sebagai Perdana Menteri ke 4

  • Dasar Ekonomi baru
  • Dasar Pandang Ke timur
  • Malaysia dari negara pertanian kepada perindustrian
  • Menubuhkan Syarikat Proton
  • Wawasan 2020
  • Koridor Raya Multimedia
  • Putrajaya
  • Isu Bosnia Herzegiva
  • Skandal IMF

Kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke 7

  • Menang pilihnraya pada 10 Mei 2018 dibawah tiket Parti Harapan
  • Membentuk dan Memanggil The Elders sebagai penasihat kerajaan

One Response

  1. anuar June 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!