El Ray Cafe, food yang best tapi harga….. berbaloi !

Kalau korang familiar dengan area Damansara damai, Bukit Damansara dan Sungai Buloh aku nak suggest korang pergi  ke El Ray cafe ni yang terletak di kawasan Damansara Damai. Orang orang yang sejauh dari puchong macam aku ni pun tak ada masalah nak sampai, kalau foodnya memang sedapkan. Sanggup jer! heheh aku kan food hunter, so memang tak ada masalah kalau nak terjah lagi. Malah, kalau dari tol sungai buluh tu, memang dah dekat sangat. hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke El Ray Cafe ni.

Mungkin disebabkan faktor lokasi yang agak tersorok, El ray cafe menawarkan harga yang sangat sangat berpatutan bagi aku.. So it’s a win win situation. Bagi aku sangat sangat berbaloi.  Serius habaq mai… perbandingan aku ni dari segi ‘ apple‘ to ‘ apple ‘ lah yer… jangan lah di bandingkan dengan kedai biasa pulak tau. Kenalah realistik kan, tak gitu? Selain dari itu el ray cafe ini juga berhampiran dengan Kolej Perkembangan Awal Kanak Kanak. Jadi harga yang di tawarkan mestilah kompetitif untuk pelajar pelajar kolej.

So apa lagi, kita pun ambillah kesempatan untuk mencuba makanan yang ada di El Ray Cafe ni…

Lokasi El Ray Café

Lokasi: Unit LG2-003, Podium One Damansara, Kondominium Jalan PJU10/3C, 43830 Petaling Jaya. (waze: Jalan PJU 10/3C)

Waktu operasi:  jam 11 pagi hingga 10.30 malam

Instagram: Elraycafe

 

Konsep Santai

Selain daripada ‘ambience‘ menarik dan trendy, kualiti makanan dan harga setiap satu makanan tu memang okay sangat. Tambah pulak sejak sejak dah berumur ni aku memang prefer restoran yang macam ni sebab terasa santai, nyaman dan agak rileks. Bagi aku, makan bersama keluarga juga adalah salah satu famili aktiviti kami anak beranak sebab we all suka makan sambil berkongsi cerita. Sambil makan dan bercerita aku suka juga untuk rakam gambar untuk setiap momen momen  bersama keluarga. That is why aku jatuh cinta dengan cafe ini yang bertemakan Black and Gold, memang nampak eksklusif tapi santai.

Owner Cafe ni  sebenarnya dah lama tinggal di perth, australia. (siap korek cerita okay) RAYYAN AKMAL EDMETT,  So dengan exposure  selama tinggal di sana aku yakin, kualiti makanan dan servis yang terbaik yang cuba dibawa ke cafe miliknya. Jadi boleh nampak lah ketelitian dari segi ‘presentation‘ food tersebut… haaa barulah naik selera makan yer dak… hahah aku mmg bias kalau cara food yang dihidang dengan menarik nih.. sbb  memang membantu untuk menaikkan mood makan.. tambah pulak memang sedap .. ish .. bahaya . bahaya… memang balun sungguh ! Nak diet tapi nak makan jugak.. acaner tu.. tapi kali ni memang makan sungguh. yerlah chef pula bukan sebarangan, chef ni pernah berkhidmat di beberapa hotel dan resort. Mestilah ada Umpph!

Baca : Floral Cafe Ampwalk

Banyak sebenarnya makanan yang ada di tawarkan dekat sini ..  Meh nak share antara gambar2 food yang sempat aku amik.

Nasi arab ni harganya hanya RM14.50. Murah kalau dibandingkan dengan kedai arab yang lain. Portion ni sesuai untuk seorang. Ianya dihidangkan dalam Claypot ni, agak fusion tapi secara lojiknya bagus juga kan..so dapat pastikan nasi ni sentiasa panas.  Sambal tomato tu memang best uolls… masa pergi dengan sorang member ni. Dia punya pulun makan sambal tu. simple but sangat berasa.

Patty burger ni di buat sendiri oleh cafe ni. Sekali makan confirm kenyang. Padat sangat isi dia tambah pula diletakkan bawang holland tu. Terasa lah manis bawang tu. ish.. aku suka… kena dengan selera tekak aku ni…

Kadang tu kalau orang jual burger bakar agak ‘terlebih’ bagi aku sampai hilang kemanisan burger tu sendiri. Aku prefer yang macam ni. Harga RM10.55  lebih sikit dari harga burger MC D kan, top up sikit dah dapat makan yang lebih berkualiti. .. again.. aku nak cakap jangan lah bandingkan dengan harga kedai mat burger.  Aku ni memang tak makan burger MC D sbb macam pucat jer aku tengok, dan tak berapa menyelerakan.  Yang ni warnanya dahlah mengancam and sangat sangat juicy. Selalunya kalau pergi ke restauran besar, burger sebegini range harga dalam RM15-RM30.00 sebab itulah aku cakap, makanan disini agak murah dan reasonable.

Chicken wings ni harganya dalam RM9.00 .. tapi korang tengoklah ada berapa banyak atas pinggan tu. Banyak and berbaloi baloi .

 

chicken wings

The frits banana atau gorpis

 

Skewer

 

Sajian Ramadhan 2017

El Ray Café juga tidak ketinggalan akan menyediakan sajian yang penuh enak untuk ramadhan nanti. Pakej berbuka puasa serendah harga RM10.55 dengan pilihan set hidangan yang enak dan menyelerakan. Pakej yang bakal disajikan sewaktu bulan puasa nanti :

  • Pilihan Sajian Pertama – Nasi putih , Ayam Masak Merah , Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Selasih
  • Pilihan Sajian Kedua – Nasi putih , Kari Ikan Kacang Bendi ,  Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Bandung
  • Pilihan Sajian Ketiga (Vegetarian) – Nasi putih , Claypot Tahu Bersayur , Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Limau

Manakala untuk sajian moreh yang bakal disediakan seperti Bubur Lambuk/Bubur Gandum/ Mee Hoon Goreng dan Teh 0 dengan harga yang sangat murah iaitu RM6.00 sahaja.

 

My favourite

Agak agak korang boleh agak kut, yang mana agaknya favourite aku kan .  Definitely burger tu . Sebab rasa sedap sangat dan Juicy daging  tu yang paling penting. Manis daging tu lain tau…..kombinasi bawang holland, sos  dan  sayuran tu dah cukup terbaik bagi aku.

Kedua. The frit bananas. Selalu kalau makan gorpis cheese serba tak kena jer jadinya. Terlebih cheese lah.. pisang lembik lah. Tapi yang ini we all siap ulang makan sebab rangup, manis sesedap rasa dan mungkin kerana perisa chocolate yang seimbangkan rasanya.

El Ray Cafe sebenarnya masih baru, baru beroperasi pada Februari 2017. Pastinya banyak penambaikan yang akan dibuat oleh pihak cafe ini dari segi dekorasi dan menu. Nanti aku nak p terjah lagi.

Opps lupa ada satu benda baru yang belajar kat sini … hehehe. First time rasa Rose Coffee. Memang lain… So hari tu aku balun 2 coffee hahaha.. giler hebat kan…sorry guys.. aku memang coffee addict.

 

4 Comments

  1. riangria April 25, 2017
    • azni April 25, 2017
  2. mas saari April 26, 2017
    • azni April 26, 2017
  3. Pingback: Telur ikan Mayong May 25, 2017

Leave a Reply to riangria Cancel reply

CommentLuv badge