Ekonomi akan gawat lagi? Tips untuk orang muda.

Ekonomi akan gawat lagi?

Lately byk kita dengar pasal kegawatan yang akan melanda negara kita bermula dari tahun 2015. Aduh gawat .. gawat .. aku dah rasa dah masa zaman grad tahun 1998. Bila berlaku zmn gawat ni.. industri yang selalunya akan kena tempias pastinya yang kurang berkepentingan mcm advertising, production, and lain lain. Masa zaman aku dulu.. boleh kira berapa orang yang masih terlibat dalam bidang broadcasting ni. sebab byk sykt yang bungkus. akhirnya.. ramai lah jadi cikgu heheheh.. aku pun nyaris nak jadi cikgu.. tapi masa tu nak jadi cikgu senang… sekarang… huh! payah tau..

kalau tak percaya cuba tanya cikgu cikgu korang.. dulu belajar apa. ada yang kerja engineer lah.. bidang sains lah … managementlah.. mass comm lah.. ish macam macam ada..

Masa mula mula grad dulu knowledge pasal gawat ni kurang lagi. yerlah mana ada experience pasal ni. tapi frankly speaking aku mmg terasa kesusahanya masa nak cari kerja.  bayang kan.. grad tahun 1998.. sebelum dpt kerja dengan co sekarang aku start kerja dengan production house sebagai freelance scriptwriter dengan 0 gaji. if “pilot” or proposal lepas dari pihak tv3 or rtm maka jalan lah project tu. semua research pasal project tu dari duit poket sendiri.. GILER kan! lepas tu aku jadi clerk kejap dalam beberapa bulan dengan gaji RM600 sahaja. nak ada duit balun jer lah apa pun.. pastu co tu bankrap pulak. nasib baik salah sorang boss kat situ bawak aku kerja tempat lain dengan gaji RM700 kut. hahahah.. lepas tu dalam masa 3 bulan pindah pulak lagi kerja dengan kotak malaysia RM1000… hehehh adalah peningkatan tu pun bakal mak mentua yang tolong carikan…

Resume merata dah hantar… interview dah byk pergi .. tapi disebabkan ramai yang mencari kerja maka byk lah pilihan pihak majikan. tapi ni nak nasihat pada golongan yg akan grad juga nanti..  korang kena amik peluang apa yang ada untuk tingkatkan diri sendiri. masa zaman 1998 tu.. knowledge IT dan penggunaan komputer baru lagi. masa tu lah aku amik peluang test untuk belajar dunia baru ni.  Sebab bila masuk company yang besar nnt at least akan rasa confident lagi.

Hurm.. loan belajar? uishh. masa tu nasib baik MARA offer untuk convert loan kepada biasiswa disebabkan ramai yang tak bekerja.  tapi local U masa tu loan dlm 16k. lepas 2nd class bayar 25% sahaja. makannya dalam 4k sahaja. pastu dapat pulak convert.. huhuhu alhamdulillah. lega lega. tapi dengar citer sekarang student punya loan dengan  PTPN boleh cecah RM80k. aduhai adik adik .. macamana lah korang nak bayar kan.  Kalau ikut history zaman merudum di US pun .. disebabkan hutang bebanan belajar yang tinggi untuk mereka. okay note to myself kena buat planning untuk iman huhuh..

Nak bg tips untuk korang yang baru mula nak hidup nih.

1. Pakai motor dulu/ public transport/car pool

Mmg ler kita perlukan transportation untuk bergerak ke sana sini. janganlah korang gatai gatai nak beli kereta masa tgh gawat ni. simpan duit sebanyak mungkin. akak ni ha.. jadi minah rempit 2 tahun. simpan duit sbb dah tahu nak kawin dalam masa 2 tahun. lojiklahkan.. grad umor 24thn.. sure dlam 26thn nak kawin dah. masa nak cari duit kat mana??  pakai kereta nak kira duit minyak dan road tax dan bayar bulanan. cuba korang bayangkan.. sebulan bayar kereta RM600 + RM400 minyak dekat RM1000 tu. macamana korang nak kawin nnt? cuba bayangkan duit tu korang simpan untuk kawin.

Bersusah susah dulu.. bersenang kemudian.. Trust me…

2. Berjimatlah 

untuk kes akak ni haa… lepas kawin kita orang pakai kereta org tua mitsubishi lama. Lepas kawin nak pakai byk duit adik oit. selepas setahun dah bernafas baru beli iswara dengan down payment 10%. masa tu gaji permulaan dlm RM2000++. kita orang survivelah jugak pakai kereta tu dalam 5 tahun.

Bila aku dah dapat kerja kat tempat sekarang ni. heheh aku mmg dah plan nak kawin dlm masa 1 thn. haa jangan tak tahu masa tu ikat perut tau. minum air kosong jer. sbb plan nak kumpul rm6k masa untuk kawin nnt. huh .. dengan bangganya aku ckp… masa hari kawin bapak aku tak keluarkan duit sesen pun masa tu. adik beradik adalah sponsor sikit sebanyak. tapi dengan duit gaji yang ada tu aku boleh jer buat majlis kawin dengan meriahny and of courselah dengan duit hantaran pihak lelaki. mmg lah masa tu agak murah berbanding sekarang. tapi aku sendiri bangga dengan pencapaian aku sendiri. heheh tak macam budak budak sekarang sure mak bapak tanggungkan… silap silap satu sen tak keluar.

ish.. korang… berusahalah menyimpan untuk diri sendiri kepuasannya akan terasa hingga hari ni dan kita akan harga setiap sen yang kita keluarkan

3. Buatlah perancangan

Dari segi pembelian kereta, beli kereta yang boleh sampai opis jerk. Viva pun okay. lepas tu upgrade lah bila perlu. Lepas kawin kena buat perancangan untuk short term and long term. walaupun akak tergedik gedik tengok orang pakai kereta hebat. tapi kita kena ukur baju sendiri. tak mampu buat cara tak mampu. so mmg akak dah plan pakai kereta paling kurang 5 tahun..

Bukan itu sahaja korang kena set plan bila nak beli rumah.. bila nak kawin . bila nak p umrah. sebabnya itu yang akan jadi pembakar semangat untuk korang. atau dengan kata lain sebagai hala tuju untuk kita. u know.. mcm u tau apa yang u nak achieve dalam setiap perjalan you all. eh.. ckp org putih pulak.

Kereta ni liabiliti tau. buat apa lah beli kereta mahal mahal. Selama 15 tahun bekerja ni.. barulah kita orang beli kereta kedua. sanggup tunggu asben ambil lambat pun tak apa sebab pikirkan duit yang akan keluar nih. itupun setelah rumah yang we all beli pada tahun 2000 abis dalam masa 10 tahun.  sebab konsep kami.. tak nak rasa tersepit dan rasa semua benda.  hehhe pasal rumah tu camner abis cepat nnt boleh baca kat entri sini .  adalah citer sikit macam mana berjaya abis dengan cepat.

4. Kerjalah apa sahaja untuk permulaan.

Actually setiap pekerjaan yang akan korang ceburi akan bagi pengalaman yang sangat berguna untuk korang walaupun kerja di 7 eleven, jadi barista di starbuck atau apa sahaja. Korang bayangkan korang dah 4 tahun belajar, semuanya teori teori.. takde real experience pun.  walaupun kerja di starbuck or coffee bean korang belajar banyak benda. dari administration, stock  taking and yang paling penting communication. ish kalau zaman aku dah ada semua ni mmg aku akan p kerja kat situ. Seriously, harga setiap pengalaman yang akan korang lalu nnt. No joke!

Sebenarnya aku mmg risau bila ekonomi gawat. sebab pasti akan berlaku pembuangan kerja. VSS lah.. MSS lah mcm2 daa. contohnya dah berlaku kepada mr hubby yang 2 kali kena berhenti kerja. dahlah masa tu nak kawin. betul betul 1 tahun nak kawin baru dia dapat kerja. heheh untuk rekod dia 2 tahun tua dari aku. so sempatlah kumpul duit.

Tapi mengikut pengalaman untuk kami yang dah lalu zaman tu plus zaman nak kawin.. mmg perit. memang kena belajar beringat.  pengajaran itu lah yang buat kami sangat sangat berhati hati sampai hari ni dalam bab financial. Malah dalam ahli keluarga sendiri pun ada yang tak dapat gajilah.. kena potong gaji lah. macam macam. Apa yang boleh jimat kita cuba. contoh kalau suka tengok wayang. masa tu pasanglah ASTRO kat rumah.  sbb kos nak p tengok wayang + makan + parking boleh cecah RM50 kalau di KLCC. kalau sebulan 3 kali tgk wayang heheh tak ke perit?  ini salah satu penjimatan yang kami buat.

Alhamdulillah selapas 5 tahun ekonomi masa tu agak stabil, maka kami plan nak mula ber”travel”.. jadi kami simpan duit untuk buat Umrah pada tahun 2005.  See.. ini lah yang  aku cakap awal awal tadi kena ada short term and long term planning.

Nak pindah kerja dalam keaadaan sekarang?? uishh.. hurmm.. korang pernah dengar LIFO.. last in first out. hahaha ni namanya kes naiya.. naiya…

Nak beli rumah sekarang? urmm.. banyak yang nasihat suruh bersabar untuk 2/3 tahun sbbnya BLR pun dah naik.. ataupun if kita kena buang kerja masa tu.. adui mana nak cekau duit nak bayar. tak pasal pasal jadi black list.

Sesungguhnya ini lah pengalaman aku sendiri.. alhamdulillah tidak seteruk kawan atau saudara yang lain yang mengambil masa lebih 10 tahun untuk perbetulkan financial. malah ada yang belum recover hingga ke hari ini.

Jadi mulakan langkah penjimatan dari hari ini. jangan tunda hutang hutang yang perlu disettlekan nnt akan sampai stage kita tak mampu bayar.

Ekceli kalau boleh kuputar masa.. tak sangka RINGGIT jatuh dengan teruk hari ini. rekod for today  8  Jan 2015 RM100= 28 USD.  huhuhu .memang tak akan travel kemana-mana.. mmg tak akan buat booking dengan air asia…  tapi dah terbuat kan.. kenalah p jugak.

Doa aku supaya kami sekeluarga tidak terkena tempias kegawatan ekonomi ini.. tidak kena buang kerja, masih punya gaji untuk menampung perbelanjaan kerana jalan kami masih jauh nak membesarkan hero sorang tu..

Add Comment

CommentLuv badge