Drama Cik Serba tahu Astro 104

cik serba tahu

Sinopsis Cik Serba Tahu

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

Saksikan nanti drama Cik Serba Tahu yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam

Teraju utama drama Cik Serba tahu terbitan astro ria yang dalam tayangan dari pukul 10.00 – 11.00 malam.

JUDUL : CIK SERBA TAHU
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Nadia Brian

Cik Serba Tahu dari kaca mata aku

Kisahnya aku tertekan astro 104. Terbukak drama ni. hahaha… aku suka sungguh semua pelakon pelakon dalam drama ni. Drama ni agak melucukan, watak cik serba tahu yang di bawa oleh sari yanti tu macam best, wanita yang sangat dinamik. Jarang dapat tengok drama yang tonjolkan watak wanita macam nih. Bila tengok dia berlakon terus terbayang watak komedia “Resse Witherspoon“. Size pun lebih kurang, lincah and mimik muka pun lebih kurang. Sapa yang pernah follow movie legally blonde mungkin korang akan paham.Drama ni bagi aku genre Romantik komedi. Aku susah sebenarnya nak “klik” dengan drama … sebelum drama cikserbatahu ni ditayangkan, drama lakunan erra fazira and hisham hamid. Adalah tertengok 2/3 kali tapi .. tak klik untuk terus tengok. agak slow untuk setiap satu plot. Haa. drama yang ni memang aku tengok plot nya agak cepat jugak. Mesti banyak story yang director nak tunjuk nih. Suka juga tengok watak Iedil putra, actually first time drama lakonan dia.. selalunya dia main wayang jer kan. Watak Zarul umbrella pun .. selamba.. best! boleh tahan jugak lakunana dia. Nampak natural, suka sangat cara dia luahkan skrip dari mulut dia. Body languange dia pun nampak selesa. Rasanya zarul dah 40an tapi dalam drama ni ditonjolkan watak umor late 20s or awal 30an. Watak bujang terlajak.  Latest episod dia dah dikenenkan dengan aishah ilyas.. cantik oranganya. Macam sesuai jer. tapi dalam drama lah yer..

Tapi paling terkejut tengok watak Ako mustapha yang dah pegang watak Dato or orang tua .. err… terbayang zaman zaman dia pegang watak hero romantik dulu… Watak bapak sari yanti pun .. hahaha memang kelakar.. pergh.. terbayang terus watak bapak yang kepochi tapi very smart… yerlah.. nama gelaran pun ismail interpol. masa dia interogate Carl tu hahah kelakar abis.. terbahak bahak aku gelak . Badrul muhayat pun dah pegang watak dato .. hahaha aduh.. time flies.. dulu zmn remaja nilah hero yang digilai oleh awek awek. So.. hehhe maknanya aku pun dah tua .. giteew ler.. kan

Tapi yang paling favourite opkos lah Reimy Ishak.. antara hero malaya yang best jer lakonan dia. Episod pertama nampak dia macam watak serius .. masuk episod kedua ni dah keluar dah watak kelakar dia…

Watak Ridhuan, yang gilakan aerna. Rasa mcm first time tengok dia.  Nak judge skill berlakon still early sbb tak berapa nampak sgt. Tapi dari segi aura pelakon.. dia ada Height, putih and agak hensem. Kita tengoklah perkembangan dia macamamana.

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya

 

Cik Serba Tahu

Cik Serba Tahu

Cik Serba Tahu

Cik Serba Tahu

Cik Serba Tahu

Add Comment

CommentLuv badge