Drama Biar Aku Jadi Penunggu TV3

SINOPSIS

Afeef Adwan dan Iffat Hamani bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Ibu Afeef meletakkan syarat, sekiranya ingin sambung belajar, dia harus berkahwin.Afeef terus melamat Iffat dan Iffat menerimanya kerana sudah lama menyukai Affef. Demi Afeef, dia sedia menjadi penunggu setia. Pemergian Afeef ke luar negara selain untuk melanjutkan pelajaran, sebenarnya ada agenda lain yang telah dirancangkan dalam diam demi kebahagiaan hati sendiri. Damia Hani, wanita yang Afeef kejar-kejarkan ketika zaman sekolah dahulu dan akhirnya berjaya menjadi kekasih Afeef. Apakah yang terjadi kepada Iffat di Malaysia dan bagaimana hubungan mereka selepas ini?

kalau tak sesiapa yang miss cerita ni boleh tengok di tonton.com

biar aku jadi penunggu tv3

drama biar aku jadi penunggu TV3, yang penuh emosi

REVIEW

Walaupun drama ini masih belum habis episodnya, tapi aku rasa macam best sebab Drama ni menunjukkan Kesetian , kesengsaraan, Dendam  wanita, tapi dalam masa sama masih sayang kepada suami yang telah melukakan hatinya. Aku selalu bayangkan kalau aku berada dalam situasi affat amani.. sewaktu menonton drama ini. Memang Pedih.!

Lakonan Janna Nick memang terbaik, dengan watak lurus bendul di zaman remaja menjadi wanita yang tabah. Lakonan Ashraf muslim ni nak kata hebat sangat pun tidak sebab dia pun jarang berlakon cuma, memang menyampah tengok muka hensem dia tu. So.. baguslah jugak kut. hahah

Walaupun drama ini setakat ini dalam mood suram dan sedih, sebagai penonton aku pun ternanti nanti plot point perubahan dalam kisah cinta iffat amani dan Afeef.

Aku suka rumah yang digunakan dalam drama ini especially rumah parents affeef. Kat manalah agaknya.

Walaupun menampilkan pelakon baru, tapi aku rasa not bad juga especially adik affef yang pernah berlakon dalam drama suri hati mr pilot tu.
GENRE Drama,Local Malay
AIRED ON 2016
RATING U
RUN TIME 41 Mins
STARRING Janna Nick,Ashraf Muslim,Octovia Menrose,Shah Iskandar,Hasniza Nordin (exec prod),PGR Team (s/writer)
DIRECTOR Michael Ang
PROGRAMMER / STUDIO NAME TV3

Add Comment

CommentLuv badge