Dotty’s TTDI syurga pastries.

Finally, finally( pls imagine my face masa cakap ni)… dapat juga jejak Dotty’s TTDI . Dah lama dengar about this place. Walhal selalu je lalu dekat area TTDI ni. well you know lah sometimes masa tak kenalah, kena rush ke tempat lain. Kadang tu dah plan nak ke OU so fikiran tu ke situ sahaja tak terpikir nak melencong kat situ.

Heheheh yang tak puas hati, anak sedara aku pun dah sampai situ. Camana aku tak sampai ni!!.

 

 

Bila iman dah start training bola di Sunway Giza, aku dah plan baik punya. aku akan pastikan aku sampai sini. Husband aku selalunya memang melayan jer aku kalau bab makan-makan ni.

 

BACA : Iman join kelab Bola

 

So kul 12.20 tengahari aku sampai kat situ.  Parking memang senang sahaja.  If tak dpt parking depan depan tu, ada satu kawasan lapang khas untuk parking.  Aku nampak kedai ni jer terus aku senyum tak habis hahaha.. rasanya dekat 1 thn aku punya plan nak sampai sini.  Since kita orang breakfast agak light so we decided untuk order yang heavy sikit.

Masuk masuk sahaja ke dalam dottys ni  aku tengok tempat nya agak limited, tak berapa besar dan FULL HOUSE you all. Memang rezeki kami dapat tempat duduk ni.  Bila buka je pintu, terus nampak pastries di bahagian kanan. Fuh.. cantik sungguh sungguh pastry and susunannya. Tapi rasa okay ke? heheh jeng jeng kena rasa barulah tau kan.

 

rupa buruk, tapi sedap weh

 

Dari segi presentation memang aku suka sebab nampak kemas and presentable. Takdalah macam kedai pastri yang biasa kita tengok kat Mall tu.  Ni terus berasa korang berada di Perancis wahh.. gitu. sebab selalu follow retis kat IG yang makan pastries kat obersea nun.

 

Memang cantik setup dia

 

Apa yang aku tengok, passtries dia tak macam dekat kedai kedai biasa tapi harga quite reasonable untuk sesetengah benda. contoh Donut.. kalau beli kat Jco or dunkin donuts pun dah dekat 4.00++ tapi this one dahlah nama “kelas” harga dalam RmM 5.

 

Dotty's TTDI

Red valvet croissont

 

Kalau ikut nafsu banyak aku nak try, tapi I don’t think boleh makan banyak-banyak. Takpala nanti kita boleh mai banyak lagi

Our Food for the day

 

  1. Seafood Aglio Olio Spaghetti

    Simple and sedap. Satu famili gila spaghetti. Just nice. And kalau makan sorang pun boleh habis.

  2. Soft shell Crab burger

    We all selalu order soft shell crab kalau order kat beberapa tempat yang kita orang pergi. Napa erk sedap. Rasanya sebab roti dia dibuat sendiri kut. Takdalah rasa macam roti burger yang biasa tu. Nasib baik tak sama kan, sebab harga pun lain . Tak gitu..

     

  3. Charcoal salted eggyolk cruffin

    fuh.!! . this one memang menikam jiwa. rupanya tak cantik. Kaler hitam. Combination ini dengan salted edd tu memang walla. Kalau makan asing asing cam tak best. Kena gigit kedua dua nya sekali sebab kedua duanya compliment each other.  Memang sedap. ughh… sekarang pun rasa nak pergi beli. Dulu kalau dengar ada campuran salted egg yolk rasa tak lalu, rasa hanyir, tapi yang ini memang lain macam, Takd pulak rasa mcm tu. Or nama sahaja egg yolk? heheh entah.. tapi aku suka sgt yang ini.

    Dotty's TTDI

    walaupun rupa mu buruk tapi sedap oit

  4. Chocolate Eclair.

Yang i ini tak berapa best. For me la… Sebab pernah rasa yang lagi best. Iman muka kena paksa suruh try mkn juga sbbd ia bukan peminat chocolote macam mama dia .

5. Beverages :

 chocolate ice + hazel nut – hurm.. yang ini tak berapa kena. If coffee + hazelnut sedap. Takpala.. tak cuba mana nak tau kan. Iman as usual Ice lemon tea. Papa, ice kosong jer. Kita orang share share jer.. sbb budak iman tu tak pernah habis

 

Selain dari itu ada macam2 juga , Long black, latte, cappuccino, cold brew; tea; carbonated drinks; specialty drinks such as doughnut latte, tiramisu latte, orange chocolate, salted caramel latte, matcha latte and so forth.

 

From my observation, I suka sebab semua pekerja Dotty’s TTDI nampak macam orang kita bukan nepalese or bangladeshi hehehe. Dari kitchen, waiter and cashier. I believe nak hire budak budak ni semua of course budak budak yang terlatih especially yang jaga kitchen kan. No wonder lah kualiti semua best.

Masa nak balik tu siap cakap dekat budak cashier, I suka semua food korang. hahahha… yerlah dah sedap kenalah puji kan. Jadi I would say, Dotty’s memang tempat yang best untuk korang hang out sambil menikmati makanan yang berkualiti.

 

Dotty's TTDI

Yang ini ramai kata sedap. Tapi aku amik yang salted caramel nih .. tapi makan kat situ panas panas lagi sedap kut

 

Address:
Dotty’s Pastries & Coffee Cafe TTDI KL
20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact: 03 – 7733 4233
Opening Hours:
Mon – Sun (9:00am – 5:00pm)

dotty's TTDI

senyum lebar and puas.!

 

10 Comments

  1. sueizza November 9, 2017
  2. Nany November 10, 2017
    • azni November 10, 2017
  3. Julia Johari November 10, 2017
    • azni November 10, 2017
  4. Mamapp November 10, 2017
  5. Wafi November 10, 2017
    • azni November 10, 2017
  6. Mama Kembar 3 November 18, 2017
    • azni November 20, 2017

Add Comment

CommentLuv badge