Dim Sum halal di Restoran Tung Yuen Grand Blue Wave Shah Alam

Sejak- sejak pandai makan dim sum ni, aku mula mencari cari dim sum halal di kawasan selangor dan Kuala lumpur dan Selangor. Sedap jugak rupanya dim sum ni yer. Dulu agak skeptikal, rasa macam tawar sahaja. Kebetulan aku dapat tahu Restoran Tung Yuen di Grand Blue wave Shah alam menawarkan pakej all you can eat dengan harga yang mampu milik.

Apa lagi.. jom try

Aku memang food hunter! eh bukan aku seorang sahaja. Kami anak beranak. tak kira lah makan apa pun .. makan BBQ lamb kemensah, or makan clams di Two sons Bistro husband and anak aku akan pulun sama

So Sejak sejak aku ajar famili aku makan dimsum di sebuah restoran pula kami mula cuba jejak mana restoran yang best menawarkan dim sum halal. Especially anak aku tu, kalau nak makan special sikit selalu je sibuk nak makan dim sum.

Hurmm.. nanti boleh bawak famili pula makan disini nanti, kali ni makan dengan kawan kawan dulu .

Okay back to Restoran Tung Yuen, Grand Blue Wave Shah Alam ni, rupanya telah memulakan promosi ini dari bulan April 2019 lagi. Uh! nasib baik lah aku sempat merasa juga, sebab pakej dan makanan yang ditawarkan tu sangat menarik. Banyak dan boleh refill pulak tu hahah.. as reminder untuk korang yang akan jejak ke sini nanti sila bawak perut kosong yer

Okay apa menu Dim Sum yang ditawarkan. mari aku bawak korang tengok list makanan yang ada

13 jenis Dim Sum yang boleh dimakan sepuasnya.

  • Steam Chicken Dumpling with Ebiko,
  • Fresh Prawn Crystal Dumpling,
  • Steam Jade Dumpling,
  • Steam Crabmeat Ball with Crall Roll Dumpling,
  • Black Mushroom Dumpling,
  • Steam Jaded Dry Scallop Dumpling,
  • Steam Flower Prawn Siew Mai,
  • Steam BBQ Chicken Bun,
  • Deep Fried Yam Ball,
  • Deep Fried Vietnamese Spring Roll,
  • Pan Fried Shanghai Gua Tie,
  • Deep Fried Beancurd Roll with Spicy Chili Sauce,
  • Steam Glutinous rice with Chicken
  • Mushroom (Loh Mai Kai)

Tetapi bukan ini sahaja ada lagi tambahan tau….

5 jenis masakan panas yang dihidangkana adalah masakan Szechuan

  • Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet in Hot Plate,
  • Braised sliced Top Shell Abalone with Dry Chili
  • Szechuan Pepper in Claypot,
  • Pan Fried Prawn with Spicy Szechuan Sauce,
  • Fried Rice Szechuan Style with Chicken Floss
  • Stir Fried Seasonal Vegetable with Garlic.
  • Stew chicken with dry chili
Dim Sum Halal

Pilihan Modernmumthingy

To be frank, aku tak mampu nak makan semua dengan banyak, tapi aku still nak rasa semua. So aku cuit sikit sikit untuk kesemua yang ada. Tetapi ada yang jatuh cinta pandang pertama., memang buat rasa tak sabar nak cuba

Dim Sum Halal

Deep Fried Vietnamese Spring Roll – rupanya pun menarik dan special bagi aku, hahah siap berebut dengan kawan kawan yang lain.

Stew chicken with dry chili. Ini memang marbeles. Chicken tu aku rasa juicy and blend betul dengan sos szechuan. ( yang ini aku repeat ulang kali) heheh

Dim Sum Halal

Deep Fried Yam Ball – Yang ini pun sedap, menyesal aku makan di hujung-hujung sebab perut dah penuh. hahah.. yang ini aku pernah rasa di Dolly Dimsum, tapi di restoran Tung Yuen in bagi aku lagiiiii ….sedap.

Yang best Dim Sim ini akan di refill tau. so rugi je aku rebut mula mula tadi

Dim Sum Halal

Halal ke Dim Sum di sini ?

Restoran ini memperoleh pengesahan rasmi HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009. Oleh itu, restoran ini menyajikan 100% masakan Cina yang Halal di Hotel Lima Bintang Pertama di Asia Tenggara yang terakreditasi dengan Mesra Halal.

kicap dengan hirisan halia ni kalau dip dip kat dimsum.. enak bangat oit

Harga                          

  • RM 59.00+ – Dewasa ( minimum 2 orang )
  • RM 24.50+ – Kanak-kanak (3-10 tahun)

Hari                                        
Isnin – Ahad (7 hari seminggu)

Masa                                       :
11.30 pagi – 2.30 petang (Makan Tengahari)
6.30 petang – 10.30 malam (Makanan Malam)

Lokasi                                :
Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1

One Response

  1. farah wahida July 29, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!