De rhu beach resort pilihan tepat untuk family day

De rhu beach resort, kuantan

Sejujurnnya, nama De rhu beach resort ni tak pernah tahu sebelum ni.. sehinggalah nampak gambar IG Ben Ashaari stay kat situ. Terus rasa mcm  “eh.. bestnya kolam dia” .  Kedua, sebenarnya sebab jarang turun ke pantai timur, last visit pun  5 tahun lepas. so mungkin banyak yang aku tak perasan lah and tak berapa nak amik tahu… Ketiga, tak berapa familiar area2 sini. Tapi…bila, Kelab Blogger Ben Ashaari pulak pilih hotel ni untuk family day. (aku hampir termiss family day ni sebab tarikh asal clash dengan konsert Bryan adams) kata orang rezeki tak kemana .. heheh  … memang rasa tak sabar sangat2 sbb rasanya, sbb lokasi hotel ini adalah antara Kemaman dan kuantan.

De rhu beach resort

Lobi hotel .. suka kaler bantal tu

Heheh korang boleh bayangkanlah bertapa ligat kepala otak aku ni plan nak pergi mana kan. Jadi boleh lah ‘panjang langkah’ sikit kan especially bab makan. Korang tgk map kat bawah nih..  senang korang nak imagine kawasan De Rhu Beach Resort ni terletak di kawasan mana.

 

 

De rhu beach Resort di Lokasi yang Menarik

Kami gerak dari KL dalam kul 8.45 pagi, elok elok jer sampai waktu lunch dalam kul 12. So apa lagi, lajaklah ke kemaman nak pekena sata di Warung Aziz Satar, dah terbayang2 pais sotong, satar, kepok lekor. Habis makan terus turun semula ke Balok untuk menuju ke hotel De rhu beach resort. Kalu ikut waze hanya mengambil masa 30 mins. Tak susah sangat… Sebab tu aku cakap lokasi hotel ni memang tepat sbb berada di tengah tengah, kalau rasa nak turun ke kuantan pun boleh.. nak ke kemaman terengganu pun boleh. Imagine you all stay 3 hari 2 malam, banyak benda yang korang boleh explore. Dari KL korang terus jer masuk LPT.. dalam 3 jam dah sampai dah… macam dari KL nak pergi ipoh sahaja .. ( sbb aku orang perak) heheh

 

De rhu beach resort

posing jap kat depan hotel

Kolam Renang De rhu beach resort yang WoW

 

De rhu beach resort

view ni tempat yang dalam sikit .. so tak ramai orang ..

Haa.. jejak sahaja dihotel tu, sementara tunggu waktu check in sempatlah merayau2… isi masa lapang kan.. Ternganga tengok kolam renang kat hotel ni. Macam Theme Park.. besar ya amat. Perghh… osem betul. Iman as always.. tengok kolam dah tergedik gedik tak tahan.. hehe mak budak ni pun rasa tak tahan jugak weh.. takpa… kena cool (konon).. mana boleh tunjuk kat anak.

BACA : Review pasal AIRBNB

And then we all check in, dapat bilik bawah.. terbaek.. sebab senang nak akses ke swimming pool dan juga parking kereta. Bagi aku ni semua faktor faktor yang penting kalau nak pilih sesebuah hotel. Bilik agak luas, kalau datang 2 adults and 3 kids pun sangat sangat selesa dan luas. Dengan harga yang dikenakan memang okay sangat lah uolls.

Sebab apa aku ckp mcm tu? hehe.. aku ni selalu travel sebenarnya. Nak habaq mai… bercuti di dalam negara dan luar negara ni lain. Bagi aku kadang2  harga hotel kat malaysia ni kadang agak tinggi  tak padan dengan fasiliti yang di tawarkan, contohnya masa CNY baru baru ni we all stay hotel di PD, kiranya menjadi pilihan orang selangor sebab dekat, rate harga biasa bukan masa cuti perayaan pun agak tinggi bagi aku. Jadi, bila di buat perbandingan dari segi Lokasi, keluasan bilik dan tarikan sekitar hotel ni, rasanya hotel De rhu beach Resort ni memang  sangat2 lah berbaloi kalau korang nak pergi bercuti. sangat2 worth it.

De rhu beach resort

bilik ni luas.. boleh letak toto kat area yang berdekatan tingkap

So kalau aku nak pilih hotel dalam Negara, haa.. aku ada list wajib. Sebab most of the time aku akan prefer stay dalam hotel. Kalau pergi ke luar negara aku pilih untuk hotel yang murah sebab masa banyak di habiskan diluar, rugi woooor ..kalau dok hotel jer.

Korang nampak tak perbezaan yang aku nak sampaikan?

Apa istimewanya De rhu beach resort

Nih kira ni macam  syarat wajib hotel pilihan hotel dalam negara kalau memang nak bersantai dengan bajet yang sesuai.

  1. Bilik Besar
  2. Swimming pool mesti besar and best
  3. Harga berpatutan
  4. Lokasi mesti menarik
  5. Tempat makan menarik berdekatan hotel
  6. GYM mesti ada (kunun sejak2 aktif p gym kan) kenalah masuk list

So De Rhu Beach resort menepati citarasa aku

Okay sambung cerita family day KBBA9 nih, kebanyakan aktiviti kami ni berkumpul ni dalam satu dewan khas yang disediakan, di situlah kami buat aktiviti dan juga tempat makan. Kebetulan di hadapan dewan kami pula ada satu tempat khas untuk ‘lepak’ and cosy. So ramai juga yang lepak disitu. Kebetulan pulak ada Live bola hahah..apa lagi riuh rendah lah semua. Best.. happening. Budak budak pun enjoy. Lepas tu kami bantai buat sharing session sampai pukul 1.30 pagi. Seronok dapat berkenalan dan knowledge sharing dengan semua bloger otai… kecikkk jer aku rasa.. debor weh…  Tq uolls… (aku tau korang akan  baca entri ni ) hehhe

De rhu beach resort

makanan sedap,

Hari tu sebenarnya tak sempat explore semua tempat di De rhu beach resort sebab nak layan anak kat swimming pool, tapi pool pun tak sempat nak cover semua sebab besar sangat hahah.. tu nak habaq bertapa besarnya pool kat situ.. kalau orang ramai pun tak rasa sempit macam di sesetengah hotel.

Aduii pernah kena sebelum nih .. last last mak budak ni dok tepi jer.. sebab tengok orang kat pool dah macam sardin. air kolam pun naik keruh hahah…terus tak lalu nak masuk.  Tapi yang ni memang super osem. Kalau korang nak bawak nak mandi puas puas.. Ini lah hotel yang patut korang pilih.. budak.. hurmm.. opkoslah itu jer Wish List dorang yang utama kalau pergi bercuti kan… Betui dak???

Dhe ru beach resort

kolam ni 9 Feet di De rhu beach resort tak de orang berani mai sini. We all pun tak sempat test.

 

Tapi, selain dari swiming pool yang osem, untuk yang kaki senam korang jangan risau .. hotel ni dilengkapi gym yang best.. cukup semua equipment.. bawak badan jer pergi situ..heheh… tapi aku tak sempat pergi sebab dah pulun kat swimming pool. Korang tengok jerlah gambar nih aih… sempoii

 

tapi.. yang paling nyesal tak p adalah… hahaha.. karaoke room. Ada banyak pulak tu. IShhhh.. nyesal nyesal.. Ada geng blogger ni saja plak dok share gambar kat wassap depa dok karok. takpa.. next kita p lah… Complete aktiviti yang boleh buat kat sini. memang sesuai untuk bergather gather nak eratkan sillaturahim

De rhu beach resort

sakan adik kita ni karok di De rhu beach resort. ada peminat lak kat sebelah tu

lagi satu satu paling suka.. hehehe.yang mana tak banyak hotel sediakan. Ada sejadah and alquran.. sejukkk.. hati iolss.

Kenapa De rhu beach resort ni best untuk family day?

  1. Ada banyak option pakej family day nnt korang tgk masuk website , ni salah satunya  http://derhu.com.my/packages/rehlah-reunion/
  2. Swimming pool best
  3. Pantai pun best
  4. Pilihan tempat makan berdekatan
  5. Kawasan pun luas
  6. Dewan ada 10 Uolls
  7. Ada aktiviti Outdoor

Sebelum balik kami sempat  buat acara sukaneka… hheheheh.. sebelum apa apa pun nak gelak dulu.. sebab rasa kelakar bila ingat ingat balik.. seronok pulak.. lama tak kukur nyior, lama tak main terompah.. Yang best kita bawak badan jer.. pihak hotel yang uruskan..  seronok tu… senang banget deh..

kelab bloger ben ashari

abam kita tu pandai ke kukor nyor

kelab blogger ben ashari

my other extended family.. seronok dapat jumpa kawan baru

 

Yang pasti perjalanan balik kami belum terus ke KL tapi sempat singgah ke kuantan.. pusing2 dan jalan jalan cari makan ..sempat lah singgah di KULA cakes yang femes tu..

 

Kula cakes

dah makan cake .. kita posing jap…

Rasanya bulan 3 atau 4 ni, mau kami naik ke sana lagi.

De Rhu Beach ,.. Mu tunggu aku datang..

Info

LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my

 

http://derhu.com.my/

 

 

 

 

 

 

16 Comments

  1. umminani February 15, 2017
    • azni February 15, 2017
  2. myapilot February 15, 2017
    • azni February 15, 2017
  3. Qaseh February 15, 2017
  4. lisak February 15, 2017
    • azni February 15, 2017
  5. rozita February 15, 2017
  6. mas saari February 15, 2017
  7. Mama Kembar 3 February 15, 2017
  8. Linda February 15, 2017
    • azni February 15, 2017
  9. Nany February 15, 2017
    • azni February 15, 2017
    • azni February 15, 2017
  10. ZAIDALIFAH HUSSIN February 15, 2017

Leave a Reply to umminani Cancel reply

CommentLuv badge