Japan Trip – Part 8 Tokyo – Ke Ueno Park pula

Cantiknya pokok di Ueno Park

Hari seterusnya we all ke Ueno Park. Asal plan hari ni selain Ueno Park, hendak ke Asakusa mencari souvenir. Katanya di sana better place utk beli souvenir. Dan juga ke Akihabara. Tapi semasa reviewing itenarary, kami terpaksa slash dua tpt ni sebab rasanya kalau nak ikut semua yg ada dlm list mmg tak sempat terlalu terkejar-kejar.

sebelum tu pastikan korang baca dulu part7 , mencari Gundam di odaiba (cerita hari sebelum)

 

Ueno park

kaler daun kekunigan ni memang best. seronok layan amik gambar

 

We all check out dari Ikebukuro dan check in ke sebuah hotel di kawasan Shintomicho. Kenapa tak stay je di Ikebukuro ? Ok nanti cerita ni kemudian kenapa

So, lepas check out dari Ikebukuro, kitorang naik train ke    Yurakucho utk letak bag semua dlm locker. Muat semua dlm satu locker besar 700 Yen. Eh naper tak check in terus ? Sbb belum check-in time lagi dan kalau nak check in , kena naik satu train lagi untuk ke Shintomicho, dan jln sikit. Dua sebab. Satu malas nak kandor bag2 ni dan kedua train ke Shintomicho bukan jaringan JR which means kena beli tiketnya. Lepas buat perkiraan masa dan RM  …rasanya lebih jimat dan kurang penat kalau we all simpan je bag ni dlm locker. Memang terasa seksa kandor bag berat tu.. hari pertama kuat lah, tapi makan lama makin turun energy ni

Lepas tu we all pergi ke Ueno. FYI, semua ni atas laluan Yamanote Line je. Di Ueno ada Ueno Park. Waah…cantik jugak di Ueno Park. Rasanya ni jadi replacement pd Yoyogi Park yg tak jadi pergi semalam. Ueno Park boleh dikatakan ala-ala Central Park di NY. Luas dan ada mcm2 tarikan lain spt buskers, mini zoo, galleries dsb.

Baca : Menuju ke mount fuji

This is also a good one nice place utk berposing atau mendapatkan shot2 yg menarik. Semasa kami ke sana, daun2 masih berwarna kuning, cokelat, merah dan hijau. So dengan tambahan sedikit cahaya matahari, gambar jadi cun. Ramai jer selisih orang melayu kat sini… tapi heran betula laa… susah betul orang kita ni nak senyum or say hi.. kita orang ni pandang pandang juga dia orang boleh lah nak sembang kan tapi hehe tak der respond. Maybe  semau rushing kut. Bersangka baik jerlah kan.

Ameyoko market berdekatan Ueno park

Dari Ueno Park berjalan sikit untuk ke Ameyoko market, tujuannya untuk lunch. Ameyoko market ni begitu lively. Yg femes kat sini ialah buah2an yg dijual mcm nenas, honey dew dipotong2 dan dicucuk dengan lidi. hahah harga pulak rm 6 kut untuk satu cucuk. tapi sebab nak rasa, beli jerlah 1 kan…  Rasanya benda ni biasa je. Asalnya Ameyoko market ni ialah pasar menjual manisan, dan memang kawasan ni ramai org Thailand yang berniaga. Kitorang perasan ada bendera Thailand juga di sini. Hmmm. Tapi di sini ada kedai makan halal. Eh ada gambar Zizan jugak makan kat area nih.

Jom makan kat sinilah.

Ueno park

pasar yang femes dekat dengan ueno park. banyak makanan halal

Cadangan utk ke Akihabara mulanya untuk melihat kedai2 anime dan toys yang dikatakan byk dan happening di sana. Memandangkan Iman pun not really into Anime dsb dan untuk meng’compensate’ pembatalan ke Akihabara, kitorang pergi ke Yamashiroya. Dekat je dengan Ameyoko market. Yamashiroya boleh dikatakan toy r us untuk mainan Jepun. Ada 4 tingkat dan setiap tingkat ada seksyen tertentu. Tak tentu arah lah hero tu. Actually dia nak cari satu character Pokemon tu. Dah jumpa semasa di Gotemba Premium Outlet aritu, tapi kitorang tak beli sbb rasanya kununya ada lebih byk choise di Tokyo. Sudahnya tak ada pulak benda yg nak dicari kat Yamashiroya. Tapi sempat jugakla membeli mainan makanan jepun tu..yang  mcm pondok2 buat maggi la..buat sushila..buat takoyakila..hehehe. tapi itu mama iman yang excited nak beli, iman obses dengan pokemon.  tapi akhirnya iman tak belum pun sbb karekter yang dia nak tu takder. Kesian pulak dekat dia.. tapi jimaaat duit papa dia hahah

Habis citer Ueno, waktu pun dah masuk pukul 3.30ptg dan hari dah mula nak gelap. Next destination, Tokyo Skytree. Tapi sebelum tu nak meet up dgn kawan dari Malaysia yg dok di situ dulu. Jumpa dan sembang di Ueno Station je. Then buat booking Shinkansen utk ke Osaka esok.

By the time kitorang nak ke Tokyo Skytree dah dlm pukul 5ptg.  Betukar 2 train rasanya nak ke Tokyo Skytree ni and kitorang sampai dah gelap.Maklumla musim mcm ni pukul 4.30 dah maghrib dah. Kitorang tak naik Tokyo Skytree tu sbb pada sesapa nak naik tu kenalah booking in advance yer. Mai Cuma nak amik gamba je..heheh…So berjalanla nak cari angle yg  best. Kami berjalan menuju Sumida Park…hmm tp rasa jauh pulak. Cuaca pun makin sejuk, so akhirnya we all decide utk cari lokasi yg lebih dekat dlm perjalan balik ke train stesen.

 

tokyo-tower

Bye Skytree, kitorang nak balik , nak tidor awal sebab pukul 1.30 nak bangun nak tgk tuna auction.

 

Penginapan kita orang di ikebukuro tu under AIR bnb, tapi untuk ke tsukiji market we all terpaksa amik hotel sebab nak cari tempat yang berdekatan dengan kawasan situ.

Nanti kita orang ceritakan pengalaman di Tsukiji market

AIRBNB

Macam entri sebelum ni ada mentioned yang we all mmg prefer airnbnb sbb senang nak masak..

Nih link aku untuk airbnb. kalau korang masuk ikut link ini baru dapat kredit. rugi ooo… so meh meh link ngan akaun aku. Credit tersebut ko boleh pakai untuk penginapan masa travel nannti okay.  klik LINK Akaun airbnb azni

 

 

One Response

  1. Nany January 20, 2017

Leave a Reply to Nany Cancel reply

CommentLuv badge