Day 7 : Jalan day di Kota New York (NY)

Travel ke new york:
Yeaay finally baru lah rasa tenang sikit nak jalan2.. Selagi x abis training mmg kurang lah rasa nak berjimba ni. So mula2 apa yg kami buat pack barang sbb nak pindah rmh yg lebih murah hahahah.. Kena tgk poket lah kan. So thru airbnb we all pilih rmh yg konsep sharing. We all amik bilik shj yg amik kos RM208 per day..  and we all plan  nak stay for 4 days  untuk hari seterusnya di kota new york. New york sgttt mahal hokay. Lagipun bknnya nak dok dlm rmh pun.

Antara option Transport nak p sana samada melalui yellow cab or uber yg mcm sistem my teksi kat kl ni. So we all pun terus install apps ni.  We all  Tahu ni pun dr juju n asben yg dok kat NY jugak. Katanya uber ni lagi murah. Mamat driver dr india ni baru dok 3thn tp mmg ckp dia american abis.. Masa sembang mamat tu siap ckp asben aku ckp pun mcm american.. Huh dgn eksen nya asben aku ckp sbb movie. Poyo jerks

Ekceli x jauh sgt dr rmh elizabeth yg pertama ni. Tp dgn bag yg besar tu hahha naik cab jerlah. Alamak.. Lupa nak amik gambar cab

Masa sampai rmh kedua yang terletak di church avenue hahha again we all tercangak bangak mana nak cari kunci. konsep dlm airbnb ni dalama masa beberapa hari sebelum sampai dia akan bg code untuk unlock kunci tu. cuma yg tricky nya.. mana nak cari dia letak benda alah tu…  cuba tgk gambar kat bawah nih.. kecik tuuu… mmg tak perasan. udahnya asben ni dok kuar masuk cari clue macamana nak cari kunci. sebijik mcm amazing race pulak… hahahah…  Finally dpt jumpa lah setelah penyewa yg dok rmh yg sama dr german yang kebetulan keluar dr rumah pun turut bantu mendapatkan kunci tu. Apartment tu agak kecik tp sgt2 kemas n bersih. Seperti dijangkakan heheh mmg x dok bilik pun.. Kuar sepenuh hari n mlm baru sampai rmh.IMG_7121.JPG

 

 

IMG_7126.JPG

Di sebabkan insiden 2 hari sebelum heehehe buatkan kami decide nak extend 2 hari lagi dan jugak teringin pulak rasanya nak p rmh juju kat new jersey. So we all cuba masuk  ubah ikut online mcm x confident pulak. Dok call jugak kata okay boleh extend. Tp x sedap hati.. Terus p branch qatar airlines yg berada di empire state building. Tp malangnya x berjaya..sbb opis nya takder org jaga.

So we all proceed to plan B,  next Location haruslah pergi ke macy yg paling besar di US.. Besar giler ya amaaat. Tp mood sopping takder mari. Akhirnya pikir nak kena beli baju winter tu… Gagahkan jugaklah. Ish nasib baik beli. Sejuk ya amat lepas tu. Mmg murah soping kat situ. Levis pun boleh dpt dlm rm80 mau tak giler . Baju winter tu plak dr micheal korrs okaaay .. lagipun opis dah bagi allocation untuk winter clothing.. takkan lah tak nak beli kan.. harussslah beli.

Ekceli aku frust jugak.. mood sopping tak mari… sib baik lah ada member pesan bag coach.. heheh itulah pembuka selera sopping ni. kira aku tak berpuas hati dengan prestasi aku.. buleh gitu…hhahaha… satu lagi faktor maybe sebab terpengaruh dengan online shopper yang ada menawarkan brg barang dari US and  uk ni.. hanya barang yg betul murah shj yg mampu menarik minat aku. kalau setakat beza 30hinggit tu .. sabar jerlah.. sbb nak tunggu p Woodsburry nnt.

okay back to cerita pasal Macy, Dpn macy tu pulak victoria secret.. Tp.. Aku x tau nak beli apa hahahaha .. Masuk kuar masuk kuar last last beli lip balm. itupun paksa diri okay. rasanya dekat sejam kut aku jadi bengong tak tau nak soping apa sbb aku bukannya follow sgt pasal Victoria secret ni.

macy new york Tp yang paling best masa lepak dpn macy tu ada satu stall jual kebab n nasi. Mmg sedap. Sampai repeat belilah. Mmg poyo abis dok tgh sejuk sejuk mkn kebab. Iman dah tidor dlm stroller . Pastu sarungkan dgn plastik tu so kuranglah angin sejuk masuk kat dlm tu. hurmm bila pikirkan balik. Lasak jugak iman tu.. boleh layan mama and papa dia ni jalan. sbb dia pun suka jalan jalan ni. cuma kadang dia merajuk or mengamuk bila tak beli toys. hehe biasalah budak kan… masa dia buat perangai tu.. kita pun hilang sabar.. tapi bila dikenang kenang balik.. huhuhuhu  dia budak kecik lagi..  5 thn tu.. tapi mak pak dia dok harung turun naik subway. Errr.. tapi mmg dari dulu berangan kalau ada anak .. nak bg dia lasak bab bab jalan nih… senang mak pak dia nak jalan nnt.

Mlm tu  we all jalan dari depan Macy ke arah time square.. main agak agak jerk.. sebab nak lepaking dpn time square .. nasib baik masa tu Mcm x berapa sejuk .. sempatlah melepak dkt sejam sambil menikmati coffee dan  angin malam di kota new york sambil sambil tgk org. Mmglah city never sleep. Penuh jer org. Heran aku. Okay disitulah jugak terletaknya Hard Rock Cafe NY. sempatlah sambar baju 2/3 helai.. Mmg ramai lah org dok amik gambar tengah2 time square ni.. the most happening places kut.  kalau new year sini sure penuh punya. Pesen2 org tu mmg x yah nak habaq lah. Mcm2 ada. Cuma x gemornya ramai sgt imigran. Masa nak naik turun subway cuak jugak.. Sbb balik kul 12 mlm. Mau tak cuak.. Dgr mcm2 citer pls nyork kan.. Hehe terpengaruh ngan media … Tp so far alhamdulillah.. Takder perkara buruk yg berlaku.

 

 

3 Comments

  1. Siti travelog December 8, 2014
  2. juju December 12, 2014
    • azni December 29, 2014

Leave a Reply to azni Cancel reply

CommentLuv badge