Day 4 Menjejak Amerika – Penangan Jet Lag! kisah papa & iman

#throwback Baru tahu penangan ‘jet lag’ tu macamana

As usual, hantar mama but hari ni dunno nak pergi mana dah lepas tu. Rasa macam nak balik umah jer, nak rileks or maybe sebab penangan jet lag yang buat rasa macam nak kena rehat.  Took the subway but berhenti Atlantic Ave Station dulu. Harini  janji dengan mama, bila dia habis training nanti berhenti kat station ni and tunggu kitorang kat sini.

So bolehla shopping2 di sini, sebab mama memang tak sempat lansung masuk mana mana shopping complex. Memang fokus betul dia pi training. Tapi rasanya sebab jet lag la. Dia memang tak larat lansung nak pergi jalan jalan lepas training. Hari ke 4 ni nampak dia dah start ceria nak pi shopping.

 

BACA : Day 3 Jalan Jalan di Manhattan

 

So kitorang pon check out Grimlock at Target.. alamak takderla pulak benda ni. Yang ada robot transformer lain. Dia dah start ngamuk tapi cool down bila masuk Marshalls yang kat sebelah Target . Kena pau playbook How To Train The Dragon. Tapi murahlah dalam RM15 sebab kat Marshall ni everything is marked down.

OK now lets balik dulu. Plannya kitorang balik rumah dulu dan kemudian dlm kol 4 keluar dan tunggu mama kat station ni.

Mata mengantuk sangat lepas makan Maggi goreng lagiiiii. Iman pun nampak ngantuk. Waktu tu about 12 tengahari…maknanya di Malaysia ialah 12 tengah malam, mata memang ngantuk giler.

 

Penangan Jet lag

Dah makan maggi, nak main pulak..

 

“Iman jom tido kejap. Papa ngantuk sangat. Nanti petang kita bangun amik mama“.

Set alarm kat handphone pukul 4 petang. Letak badan atas katil terus kitorang tertido.

The next thing I knew bila  terjaga and tengok tingkap dah gelap !! Tengok jam… 8 malam!!..Ya Allah..camne tak sedar ni !..dah terlajak 4 jam. Tengok phone ada missed calls and lots of text and whatsapp messages… alamaakkk Mama !! Memang jadik havoc giler.

Alahai kesiannya bini aku. Boleh bayangkan dia punya gelabah. Setahu aku mama memang susah nak communicate dgn kitorang sbb data dan roaming limitation. Drp whatsapp yg aku baca mama now kat McD, which means dia gunaa free wifi kat sana. Tp main problemnya ialah call dan text aku tak jawab. Aduii…mmg aku tak sedar apa masa tu.

Mama mungkin boleh gamble je naik train semula dari dari Atlantic Stn tu dan balik ke rumah…but..dia tak tahu if kitorang actually ada at rumah ker..or…not. Maybe aku dan Iman ada kat area tu ker. Yg teruk lagi what if something bad berlaku..this is Brooklyn. So mama decided utk dok je kat McD tu and wait for whatever happen. So bila tersedar tu aku cepat2 reply “Sorry ma. Tertido. OTW” huhu

Kata Mama dia dah byk kali keluar masuk Mc donalds tu sebab takut kita org dah sampai. Nak shopping kat Target tingkat atas tu pun tak ada selera katanya. Risau kitorang pulak yang tertunggu-tunggu.  Store MAC make-up depan McD tu pun dia takde hati nak shopping. Padahal murah ya amat katanya.

 

UX intensive workshop

Mama hantar gambar dari tempat training, syiok sangat dapat join UX intensive katanya

 

Masa aku terjaga tu, cepat2, kejutkan Iman. Nampak katil dah basah pulaak..Imaaaannnn uhuhu.

Tak sempat nak cuci dah, sarungkan dia seluar baru and baju baru..angkut and turun tangga. Iman still mamai and tak larat jalan so dukungla dia. Berlari ke station. Memang drama scene ni. Jantung berdebar2 laju, takut jadi apa apa kat Mama. Janganlah jadi apa apa.

 

Kenapa aku panik? sebabnya  :

  1. Mama mmg not familiar with the stops yet. Mama hanya pergi balik training sahaja. Tak sempat explore abis lagi. Aku pun cuma brief stop kat Atlantic Station je and tunggu kitorang kat situ.
  2. Kalau mama sampai pun kat stop dekat rumah..still tak boleh masuk sebab rumah main door bawah memang selalu berkunci sebab di situ ada tenant2 yang lain jugak.
  3. Mama tak sure if we all sebenarnya ada di rumah or gi merayap memana ker or anything bad that could happen to us.
  4. Yg bestnyer tu.. CALL X JAWAB and TEXT X REPLY..aduiiii

 

Aku dah tak pandang kiri kanan depan blkng dah. Rasa nak nangis pun ada, rasa marah dengan diri sendiri pun ada. Sampai Atlantic Station, aku terus ke McD . To be frank sampai sekarang, aku tak baca semua whatsapp mama. Mmg byk..adui bersalahnya rasaaa. Plan nak shopping sama2 lebur mcm tu je.  Masa tu pon dah 9 mlm. Tak tahu nak react mcmana bila nampak mama tgh dok minum kopi kat satu sudut.

 

Penangan Jet lag

hahah ini luahan hati mama masa call kita orang tak dapat. Sebernarnya mama risau if something happen kat kita orang. Jenuh weh dok kat negara orang kalau jadi apa-apa

 

Apa lagi guna my personal assistant (PA) untuk sampaikan message….

”Mama..Papa kata dia sorry sangat2.”

Mama and Iman continue minum di McD and aku cargas turun Marshall kejap (beh kurang 3 minit lari style kalut). Memang nak belikan mama yang ni pun tadi. It was Jimmy Choo Flash set. Got it with a good bargain. Ubat penyejuk hati. Cepat2 bayar sbb kedai nak tutup dan lari semula ke McD.

 

Penangan Jet lag

Iman still ngantuk sebab angkut and dukung jer dia masa nak datang sini dan masa nilah pergi cari cargas jap gi carik ubat sejuk hati.

 

For mama..sorry mama.

It was a quiet..very quiet night malam tu. hehe.

I knew this story would be a thing to laugh about..sampai bila2..kenangan kan. Masa tu mama memang upset la sangat sangat. Tapi sampai sekarang we all selalu cerita dan buat lakun semula incident terjaga dari tidor, kejutkan iman plus iman kencing atas katil.

Tu dia penangan jet lag weh.

 

Tips shopping

*Marshalss, TJ Maxx antaranya merupakan kedai2 ada marked down products. Kalau nasib baik boleh jumpa original Levis dlm RM75 or Perfume set bawah RM100. Kat mana2 store pun sometime ada marked down items. Biasanya location dia kat belkang sekali, Memang heaven shopping di US ni.    MAC memang murah ya amat laaa… rugi jer tak shopping, dekat situ pun ada Victoria Secret.

7 Comments

  1. umminani June 13, 2017
    • azni June 13, 2017
  2. Azeni Ahmad June 13, 2017
    • azni June 13, 2017
  3. qaseh June 15, 2017
  4. Nany June 17, 2017
    • azni June 18, 2017

Add Comment

CommentLuv badge