Japan trip – part 10 Back to Osaka terus ke Dotonburi

Jejak ke Dotonburi

Jom jejak ke Dotonburi pulak ! Kitorang naik Shinkansen dari Tokyo station ke Shin-Osaka sebelum ke Tennoji. Tokyo ke Shin-Osaka dalam 3 jam jugak. Dan sambung lagi about 30minit ke Tennoji. Wah kelihatan amat familiar bila sampai di stesen Shin-Osaka. Dah tahu dah mana nak tuju..hehe.

Korang baca tak entri kami sebelum ni di tokyo?

Dotonburi

Dotunburi tempat wajib untuk singgah katanya. Punyalah ramai orang kat dotunburi nih .

Why Tenoji.. heheh.. sebannya Tennoji ni setesennya merupakan lalauan Haruka Express yang nak ke Kansai airport. So senangla nanti nak balik, dan itu merupakan salah satu sebab kenapa kitorang dok di sini. Tptnya takla sebesar dan sesibuk sangat. Sedikit relaks berbanding dengan Tokyo atau di Osaka town.

Lepas check-in dan letak brg, kitorang ke Dotonbori. Sepatutnya ikut plan asal, Dotonbori ni kitorang pi sebelum ke Tokyo dulu tapi x sempat sebab Iman demam kan. Perjalanan dari Tennoji ke Dotonbori ni agak kelam kabut sikit. Tahu tak kenapa ? Haaaa sebab wifi problem. Kitorang x dpt nak check train mana naik dan turun. Rasanya kena stesen Osaka dulu, tapi bila dlm train ke Osaka station tu (Osaka loop line), rasa lain mcm, so tanyalah seorang awek Jepun yg agak cun..hehe. Cakap mcm ayam dan itik..biasala tu kalau kat sini..tapi dia siap checkkan dlm phone dia. Dia tunjuk gamba Dotomburi tu..oh yess yer yang itu..then dia checkkan stop mana we all perlu turun. Akhirnya dia kata tak perlu ke Osaka station kalau nak ke Dotomburi sbb ada train lain tapi tak sure apa dia cakap. So kitorang pun decide turun di next stop.

Anyway..Arigato Gozaimasss awek Jepun yg membantu.

Lepas tanya2 di pekerja kat stesen tu, akhirnya kitorang sampai jugak di Dotonbori. Hadoi..psl tak dapat get in the network kejap, kitorang terdelay about 1/2jam. Oklah tu, takla teruk sangat Cuma penat sikit sebab kena lompat2 train.

Dotonburi

punyalah besaq octopus kat Dotonburi nih. dah lah fav mkn takoyaki octopus nih

Apa yg best kat Dotonbori ni ? Katanya kalau dtg di Osaka ni x sah kalau tak pergi Dotonbori. Well, tpt ni mmg happening. Mcm2 org drp mcm2 negara leh jumpa kat sini. Dotonbori shopping street ni penuh dgn kedai mkn. Tp dgn deko kedai mkn yg menarik, dgn pelawat yg pelbagai rupa, dgn lampu neon dan canal yg ada kat situ…menghappeningkan lagi tpt ni. Jumpa jugak kita orang dgn billboard Glico Man yg femes kat sini. Katanya billboard ni dah berada kat situ hampir 70tahun. Okla..amikla gambo sat dgn Glico Man tu. Ada jugak few shops yg jual brg2 keperluan dan kosmetik kat sini. Tapi kitorang perasan kebanyakan pekerjanya bercakap dlm bahasa kantonis di sini..hmm rasanya ramai jugak pekerja yg bukan asal dari Jepun di sini.

baca : Ueno park, tokyo

Other than that rasanya Dotonbori is only a place for you to be there…when you are in Osaka. Spend sikit masa untuk tgk2 org, jln2 amik gamba dan sebagainya.

Perut dah terasa lapar dan takoyaki kat Dotonbori mmg byk. Siap ada lagu takoyaki lagi kat situ. Ada satu takoyaki yg tersenarai dlm Halal Navi. So kitorang pon belila satu set takoyaki octopus. Hmmm..not badla..tp rasa2nya mcm takoyaki kat Aeon Jusco lg sedapla pulak..hehe..apa2 pon at least dah try takoyaki di Jepun.

Hmm tak kenyang pulak cuma mkn takoyaki. Ada one or two kedai mkanan halal kat situ tapi makanan mcm kebab dan biryani mcm tula..hmm taknaklah.

Jalan punya jln dan dgn bantuan rakan yg dah ke sana bbrp hari lepas..kitorang mkn kat satu kedai tempura. Salah sorang pekerja dia (nmak mcm owner) bole ckp bhs Indonesia lagi..tp lenggok Jepun..hmm jadi susahlak nak paham. Nama kedai nix xxx dan tak juah je dari Dotonbori shopping street tu. Leps mkn kitorang pon balik ke Tennoji sbb penat travel dr Tokyo tadi.

Dotonburi

tempat jalan kaki di Dotonburi

Hahah nak citer sikit semasa kitroang turun kat stesen dan nak menghala ke Dotonbori shopping district ni , kitorang heran kenapala tak ramai org sangat yg berjalan ke sana. Rupanya masa nak balik baru perasan ada jalan bawah yg boleh keluar terus ke akwasan berdekatan stesen. Patutla ramai yg ikut laluan bawah tu sebab cuaca sejuk. Laluan tu siap ada restoran dan kedai2 kecik jugak, Maklumla org Malaysia jakun sampai tpat sejuk..hahaha.

On the way balik, kita orang sempat pusing pusing di Osaka station. Sebabnya nak cari

Tips hari ni :

  • Untuk yang bergerak berpandukan hyperdia, google map dsb, backupkan jugak dengan hard copy kot..bwk je mana kita pegi..hehe. In case tetiba network tak ada or slow di saat2 urgent. Just in case. FYI, wifi portable yg disediakan oleh tuan rumah kdg2 kuotanya daily dan akan renew next day. Sometimes bila check-in, pengguna sebelum tu dah gunakan habis kuota utk hari tu. Satu lagi, kena jugak pastikan portable wifi yg kita sewa dr Mesia tu unlimited ye..dan kena pastikan unlimited access di’enable’ kan kat port tu. Check dgn vendor masa amik tu.
  • To stay connected and online most of the time merupakan mata dan panduan kitornag smsa travel. Senjatanya smartphone, network and power bank. So bila x dak line…jadi mati kutu sat…teringatlak masa di China..hehe..ok tu citer lain.

Jangan lupa baca : Info penting jika travel ke jepun kalau plan nak ke jepun nannti. Aku pun baru tahu selepas balik ke Malaysia. Alhamdulillah tak jadi apa apa .

2 Comments

  1. Rozita January 26, 2017
    • azni January 26, 2017

Leave a Reply to Rozita Cancel reply

CommentLuv badge