Dapur penyet sajikan menu istimewa Indonesia

Sebenarnya aku mula makan di dapur penyet ni dah lama tau, dari tahun 2012 kut. heheh rasanya lah.  Dengar nama Dapur Penyet ni dah lama dikalangan mak jemah yang kaki makan tapi tak jumpa pulak kedainya.

Masa tu aku selalu nampak cawangan di Maju junction tapi tulah  dah lama jejak tak jejak area sana. So hi-hi- bye bye jer., setiap kali aku lalu Jalan TAR aku tengok je kedai ni. Akhirnya setelah dibuka di Cyberjaya barulah aku cuba and jengah.

Dapur Penyet

 

Kali ini tergerak pulak aku nak review and menulis pasal apa yang best dan wajib korang try ke sini.

Sewaktu menu ayam penyet melanda Malaysia, memang beberapa Restoran yang sajikan menu ayam penyet ni  aku dah jengah sebab macam satu ketagihan. Aku hanya pandai makan ayam penyet, kalau ikan tu tak berapa nak suka sangat.  Pernah try daging tapi tak berapa se best ayam penyet. Itu mulut aku ler kan. End up Ayam penyet tu lah juga yang aku cari.

Masa dulu ada AP Penyet lah, satu lagi yang femes berdekatan Sunway Pyramid. ishh .. aku lupa pulak nama kedai tu. Situlah kedai pertama aku mula mencuba ayam penyet ni.

Tapi sejak Dapur Penyet buka cawangan di Cyberjaya,  Lunch hari minggu aku memang kesitu sahaja lah kalau aku tak masak.  Sebabnya aku paling suka ayam penyet bakar madu tu, bukan macam tipikal version yang aku dok balun selama hari ini di kedai lain.

Dapur Penyet

Dapur Penyet

Kenapa aku suka Dapur Penyet

  1. Ada 3 jenis sambal , merah dan hijau dan mcm sambal belacan tu. Pedas tapi asyik oit
  2. Ada pebagai jenis ayam, dari biasa kepada jenis ayam kampung bakar
  3. Ada variasi menu lain seperti, daging, ayam, IGA, dan Ikan.
  4. Menu tambahan lain yang menarik

Kalau Ayam penyet too mainstream untuk korang, so kalau korang jengah Dapur Penyet aku nak suggest korang try IGA bakar atau pun ribs. Serius layan.  IGA  atau rusuk dan dalam bahasa Inggeris  orang panggil ribs ni kalau di restoran seperti Tony Romas, TGI friday or CHilis, mahal oooo harganya. disebabkan aku memang hunter untuk Ribs ni so aku memang suggest sangat korang cuba makan IGA bakar disini.

 

Dapur Penyet

 

But to be fair, it’s not apple to apple comparison. Harga pun lainkan. Tapi point aku kalau aku rasa teringin sangat nak makan ribs ni dengan harga yang berpatutan inilah tempat yang aku tuju.

Disebabkan kita ni perut asia, perut kena makan nasi haa elok sangat korang jengah Dapur Penyet yang menyediakan Iga Bakar dan Nasi. Kenyang!

Kalau kami 3 beranak datang ke kedai sini Menu utama kami, Iga bakar dan Ayam bakar madu penyet. Itulah yang kami ulang ulang. Lepas tu nasi 3.  Harga 1 mangkuk nasi Rm1.80 boleh order asing. Tak payah nak order banyak-banyak. Ini pun dah kenyang sangat.

Selain itu Dapur Penyet juga menyediakan pelbagai jenis minuman. Ini antara yang aku ingat lah. Kami 3 beranak pun ada taste masing-masing. Aku setiap kali datang mesti bandung Cincau tu.  Tapi kalau betul betul nak rasa seperti berada di Indonesia korang amiklah Teh Botol tu. Khas bawak dari sana.

  • Juice Alpukat
  • Ice Milo Dinasor
  • Bandung Cincau
  • 3 Layer Tea
  • Rose layer Tea
  • Teh Botol Original

Aku bukan peminat Jus Avocado atau alpukat ni, rasa tersekat di tekak hahahha.. sorry, tapi kebetulan masa aku terjah ke dapur penyet yang entah kali keberapa hehehe di cawangan IOI putrajaya kawan aku si Dilla ni order air ni. Dia paksa aku rasa juga jus alpukat ni.  Eh not bad lah, boleh telan . Kalau ikut kata dia not bad jugak Dapur Penyet ni buat.

 

Dapur Penyet

 

Cuba korang pergi try okay ke dak. Sebab aku bukan peminat alpukat jadi memang aku tak boleh nak bezakan atau appreciate keenakan air ini. Padahal pergi indon banyak kali. Yang ini aku fail. Di Indon Avocado ni murah tau and besar besar.

Menu baru wajib cuba

Dalam  menu yang bukan mainstream ni ada 4  yang wajib korang cuba tau. Aku baru try 3. Ikan Joget sunda tu je belum lagi

  1. Ikan Joget Sunda
  2. Sate Ayam
  3. Ayam Bakar Madu
  4. Tahu Telur

Terkini aku try makan Tahu Telur tu. Wehh.. asyik wehh untuk Dessert.  Ranggup and krispy betul. Besar pulak portionnya . Tak terhabis hahaha… Kombinasi Tahu + Telur + sayuan + kuah kacang memang mantop. Confirm akan repeat lagi untuk menu ni.

 

Dapur Penyet

 

Cawangan Dapur Penyet

Yang aku tengok di website dia orang ada 17 cawangan , tapi yang sebenarnya dah ada 25 cawangan termasuk Brunei dan Singapura. Sejak dibuka di IOI Putrajaya aku hanya jengah ke sini .. dah tak pergi ke Cyberjaya .

 

Dapur Penyet

 

Untuk orang tinggal di Putrajya, Seri kembangan Serdang, Bangi aku suggest korang pergi 2 cawangan ni. Senang sangat nak cari cawangan IOI Putrajaya ni. Berada di Lower Ground, berdekatan Homepro yer.

 

Dapur Penyet IOI City Mall
Lot LG 78A,
IOI City Mall,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya,
03-89539600

Dapur Penyet Cyberjaya
No. 3A, Cottage Walk,
Persiaran APEC,
63000, Cyberja

Korang boleh refer senarai tersebut di sini  http://www.dapurpenyet.com.my/ouroutlets.html.

 

Dapur Penyet

Dapur Penyet

Satu Famili kaki Makan

Confirm korang akan suka datang Dapur Penyet sebab bila aku bawak famili aku dari Tapah datang makan ke sini, memang teringat ingat katanya.  So if dia orang datang KL memang Dapur Penyet lah juga dia orang tuju

Hujung tahun cuti ni JJCM dalam Malaysia sahaja. Cadang nak ke Penang dan Betong tu tapi yang aku teringat juga Udang Galah di Teluk Intan. Maybe sempat aku nak menyinggah masa balik KL nanti.

Hurmm.. mana food review lagi aku nak jejak lepas ni yer. Kalau hatyai too mainstream, dah . viral sangat aku nak akan bawak korang makan ke Betong Thailand. Tunggu aku update next entri.

6 Comments

  1. Mariana December 21, 2018
  2. Nadia Johari December 21, 2018
  3. Sueizza December 22, 2018
  4. mas saari December 25, 2018
  5. Ai December 27, 2018
  6. Tuan Pengetua January 14, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!