Cream Cracker cheese

Cream Cracker cheese

Mula mula try ni order dari online bakers. sgt lemak dan berkrim.. lepas tu tak larat nak p amik sbb jauh sgt. so mencari lah resepi ni di internet. heheh terjumpalah blog dari http://khairulabdullah.com/ owh..rupanya senang jer buatnya  sbb tak memerlukan oven. Cuma perlukan peti ais jerk. Ada org panggil kek pesona lah..and lain lain. tapi.. aku panggil cream cracker cheese.

Bahan-bahan:

  • 250gm Cream Cheese
  • 75gm Butter
  • Setengah cawan gula
  • 1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 40 keping)
  • 2 cawan susu – untuk rendaman biskut
  • Setengah cawan Nestum
  • Sedikit serbuk koko atau Milo
  • Susu Pekat atau Sos Karamel
Cara Membuatnya
  • Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
  • Rendam biskut (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.
  • Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal.
  • Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel…dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
  • Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duanya. (saya cuma tabur serbuk milo di lapisan atas sekali.)
  • Ulang langkah tersebut sehingga selesai.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Hidang ketika sejuk.

 

Add Comment

CommentLuv badge