Collar bone patah: Abam akur kena masuk besi juga akhirnya

Insiden collar bone patah ini aku kena tulis di blog, supaya laki aku akan ingat sampai bila bila. haa.. degey lagi cakap bini yer dak.. tapi yerlah benda nak jadikan. Ada orang panggil tulang selangka, tapi kalau istilah doktor dia panggil Clavicle

Alkisahnya raya kedua raya haji baru ni dia kemain dia dah set dengan kawan kawan dia untuk sama sama ride di FRIM . Asalnya aku memang tak berapa setuju untuk dia pergi kali ni, subuh masa dia nak gerak tu 3 kali aku ulang “take care” bawak elok elok. Tak pernah pernah aku pesan macam tu. kenapa entah, tapi yang sebenarnya pagi tu hujan renyai, aku risau jalan lecak.

Tapi yelah kalau benda nak jadi kan.

Collar bone patah, perlu surgerykah?

Pelbagai pendapat tentang collar bone ini. Kalau di hospital kerajaan bak kata kawan aku yang bekerja sebagai doktor disana normally dia orang tak buat apa-apa. Sama juga dengan MO yang di Emergency Hospital SimeDarby ni.

Setelah dapat result X ray ni aku tengok uihh macam serius juga. Bukan lah dislocate seperti yang kita orang bayangkan awal-awal. MO tu kata takpa, tak payah buat apa apa . Tapi ikut gerak hati kita orang kena juga jumpa dengan pakar tulang atau Orthopedic. So we all set appointment untuk keesokan harinnya

Nak tengok X tay tak pandai sangat kan, the best is jumpa specialist lah!

Lega bila Jumpa doktor pakar tulang

kelakar betullah dr. annuar ni, Masuk masuk sahaja bilik dia terus Doktor tanya ..” haa.. kenapa ni abang? main bola ka… or jatuh motosikal ? “

Abam pun cakap, “Jatuh basikal”

Paling tak tahan doktor balas ” hurmm.. Orang laki ni selfish kan, sambil jeling pada aku. Nak kira hobi dia orang sahaja . Saya ni bebel sebab semalam baru fix sorang mamat motor besar ni, Jatuh patah riuk. Dah bini jugak yang kena jaga”

Aku pun apa lagi gelaklah.. termasuk abam. tersengih sengih mcm kerang sumbang

So bila Doktor tengok X ray ni yang kami buat semalam, dia pun terus lukis. Memang Collarbone ini ada orang tak buat apa-apa. Ada orang boleh heal sendiri. kalau Fractured sahaja, tulang tu akan okay. But untuk kes abam.. hahah menyimpang jauh dah kedua tulang ni. Nak berjumpa balik ni susah. Beria dia tunjuk kan beberapa situasi tulang patah ni. Memang jelas lah penjelasan dia.

korang boleh refer artikel ini juga untuk sedapkan hati untuk tindakan selanjutnya if terkena nasib yang sama samada perlu atau tidak perlukan surgery.

Faktor umur pula, mungkin menyebabkan susah atau ambil masa lama untuk tulang ni bertemu semula. So samada nak biar dulu or kemudian decide nak buat atau tidak terpulang pada abam

Aduhai, kita org rasa nasib baik amik keputusan jumpa pakar orthopedic. So doktor suggest buat terus OT keesokan harinya atau ikutlah abam nak jumpa bomoh tulang dulu. Tergelak aku dengar.

collar bone patah
haaa ini betul betul kerluar dari OT… tengok tu lebammm

Abam panik tau, first experience nak masuk OT. Obvious sangat muka cuak tu. Aku cuba convincekan tak payah risau sebab bini abam ni dah 5 kali masuk OT.

Maka bermulalah episod kesengsaraan dia dan yang pasti nasihat aku never take it selamba. Jumpalah Dr Pakar kalau perlukan nasihat yang lebih .

So kesimpulannya kalau berlaku kes sebegini beberapa langkah yang korang kena amik action

Langkah pertama

  • Pakai Anduh, carilah kain atau bag untuk tampung tangan. 3 jenis anduh dah kami tukar
  • Dapatkan X ray untuk pastikan how serious keretakan tersebut
  • Dapatkan pendapat dari Doktor pakar, nak sedap hati dapatkan 2/3 orang
collar bone patah

Persediaan untuk orang patah tulang selangka

  • Pakaian yang bersesuain. Pastikan ada simpan kemeja pendek yang banyak, jangan tak simpang kemeja lansung.
  • Lebih selesa Baju singlet dengan tengkuk besar
  • Towel yang serap dengan cepat, contoh towel swimming sebab ia dapat kurangkan aktiviti mengeringkan di badan.
  • kayu garu panjang untuk bahagian belakang badan.. hahah nampak terus sangat bila dia tak tahan gatal
  • Bantal untuk support bahagian tangan bila tidur

Abam akan mc selama 2 bulan, memang lebih kurang macam ni lah untuk orang yang collar bone patah akan dapat cuti. Orang yang dah biasa kerja nih mcm ni lah akan sedikit rasa stress sebab dah biasa bergerak … urmm.. bini pun stress tau, banyak benda nak settle sendiri. Jangan lah bini pulak kena sakit lain. Huhuh penat tau jaga orang sakit, tambah tambah pulak I is hemoglobin low so cepat sangat rasa penat

Tolong doakan abam cepat sembuh yer. Nampak gaya plan nak ke turkey hujung tahun ni terpaksa ditunda ke masa yang lebih sesuai.. huhuhu sedey uolls

3 Comments

  1. umi nazrah September 3, 2019
  2. Ema September 11, 2019
    • azni September 11, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!