Cerita Coffee Societe Publika dan makanan yang best

Coffee Societe di Publika

Kalau sesiapa yang sering mengunjugi Publika, apa kata korang lajak sikit ke blok D. Sebabnya ada  satu kedai nama coffee societe yang best and cozy untuk korang lepak lepak, makan makan sambil mengopi.  Ambience yang berlatarkan kayu kayan  dan ala hipster memang mengujakan aku. Heheh aku ni kan food hunter  dan hantu kopi pulak tu. Sapa yang follow instagram aku tu memang korang boleh tengoklah byk tempat makan yang aku share. Aku ni memang suka jer nak mencari tempat makan best. Sampai orang cakap byk nyer makan tapi tak gemuk gemuk. hahaha.. Tips dia makan macam-macam tapi berdikit dikit dan pelbagai jenis.

coffee societe

pintu masuk utama coffee societe . cozy uolls

 

Sejujurnya aku memang selalu miss untuk  pergi ke bahagian Blok D, selalu pergi ke area wondermilk dan plan B sahaja. Rupanya di area tersebut banyak syurga makanan. Banyak cafe yang menyediakan makanan yang best best. Bila berpeluang untuk singgah di coffee societe ni aku memang tak lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai makanan. Ada 2 yang favourite. heheh .. tunggu aku reveal kendian yer.

 

coffee societe

haaa… belakang tulaaa favourite dish aku…. agak2 aku buat resipi coffee societe ni kat rumah mcm jadi ke idak erk

Makanan yang pelbagai

Kali ni aku dating berdua dengan hero kecik. Papa ada kerja, tapi berdua pun… jadi jer kami anak beranak. Iman tu agaknya sebab selalu sangat ikut kami Jalan jalan cari makan sampai dia pun boleh cakap apa yang best and apa yang tak best. Sampai sampai jer di coffee societe ni terus mata dia terpandang air yang mengancam tu, memang tak boleh di tahan tahan dah. Nak jugak jugak. Terpaksa order satu untuk iman. As expected memang agak manis untuk mama dia ni tapi budak iman ni suka sangat sangat air ni. Tak kisahlah kan,  janji dia hepi.

 

coffee societe

iman dan air favouritenya “The Son” di coffee societe. abis semua dia experiment

 

Aku paling suka roti avocado dan poach egg ni. Actually aku bukanlah penggemar avocado. Tapi yang ini taste roti and paste avocado amat amat blend sangat2. Tambah pulak ada  poached egg dan peas. Memang mantop.  Masa menulis ni pun teringat ingat rasanya. Serius sedap sangat. Confirm kalau pergi lagi memang akan order yang ini jugak

coffee societe

Poached Egg on Sourdough with Smashed Avocado. menu coffee societe yang ni yang menggetarkan jiwa.. ni . aduh

 

Projek terjah makan kali ni bukan kami anak beranak sahaja. Aku pergi dengan beberapa orang blogger yang lain afiq, bella, yanie, ema dan shazila. So we all kongsi kongsi makanan yang ada so banyaklah dapat cuba. Kalau nak rasa semua memang tak muatlah perut ni kan. hehhe.. tapi berbaloi dapat lah rasa macam macam.

 

coffee societe

kbba was here

 

Kalau abam ada pastinya dia akan suka salmon ni. very creamy. Aku soh iman rasa, sedap katanya, and Papa mesti suka. heheh see … anak pun tahu papa dia punya taste.  Owh! lagi satu we all try pasta carbonara. Kalau ikutkan my favourite lebih kepada marinara pasta, cabonara ni memang abam punya taste. Selalunya aku tak berapa suka sbb rasa creamy so cepat muak. tapi pasta cabonara yang dihidangkan di sini boleh terima pulak. Sedap jugak.

 

coffee societe

Smoked Salmon on 3 Eggs Scramble & Sourdough, salmon tu atasnya siap ada poached egg tu.. elokkk jer bulat

 

Kalau iman pilih air  the son eh.. nama pun the son … tau tau jer my son suka.hahaha, my choice pula air Mochatella, dimana ia adalah gabungan coffee cubes, nutella dan susu. Sebab ia didatangkan dengan cara yang special.   Susu dan air ketul coffee chocloate tu di asingkan. Kemudian bila kita tuang air susu ke dalam gelas tu memang satu experience yang best. Hehhe actually selalu tengok orang share dekat facebook style minuman yang macam ni. tak sangka pulak dapat experience di coffee societe kewl jer rasa hahaha. Rasa nak buat sendiri juga kat rumah. Kalau tak jadi terpaksa datang lagi ke coffee societe heheh.. terbaek dak alasan nih ?.

 

coffee societe

MOCHATELLA – coffee cubes + nutella + milk. Ini memang terbaek. Mmg kena selera sangat yang ni. Osem.

Set ramadhan coffee societe RM25

We all berkesempatan merasai set ramadhan coffee societe. Mula mula ingatkan nasi kunyit. Bila tengok menu balik ,Eh  nasi oren, bila masuk mulut pun memang rasa oren. Sedap. Ia dihidangkan dengan ayam masak kapitan dan juga kerabu ikan. You all should try this dish. Kerabu ikan tu memang sedap.

coffee societe

Jangan ingat tu nasi kunyit.. itu nasi oren… kerabu ikan tu mmg mabeles.. terbaik ah. coffee societe

Baca : resepi salmon pesto best

Iman pulun makan satu pinggan nasi ni dengan ayam, terkejut jugak sbb dia boleh habiskan satu pinggan. Mama dapat rasa sikit jer huhuhu… Abis tu anak dah suka sedap sangat.  Tapi my favourite dalam hidangan ni memang kerabu ikan tu. First time rasa kerabu ikan yang sedap macam ni. hehhe ratah macam tu jer. Set ramadhan ni di datangkan sekali dengan air teh tarik with bubble dan juga ada 3 jenis kuih yang best.

coffee societe

pandai jugak owner coffee societe ni pelbagaikan resepi masa ramadhan kan

 

Bagi aku amat berbaloi hidangan set ramadhan di coffee societe ni. So yang kerja berdekatan boleh lah datang ke sini, di samping environment dan ambience yang super kool. Heheheh aku anak beranak memang amat mementingkan ambience yang best, tahlah memang suka sebab we all memang suka makan dalam environment rileks dan santai.

 

coffee societe

ngopi dulu yuk

Address

D4.G3.3A, Floor G3, Block D4, Publika, Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur 50480

Opening hours

Today  10:30 AM to 11 PM

Cuisines

Cafe

Cost

AVERAGE MYR80 for two people (approx.) Cash and Cards accepted

 

 

 

 

15 Comments

  1. Athirah May 30, 2017
  2. TATI MANSUR May 30, 2017
  3. lisak May 30, 2017
  4. Bella idura May 30, 2017
  5. qaseh May 30, 2017
    • azni May 30, 2017
  6. YB Shehan May 30, 2017
    • azni May 30, 2017
  7. Mama Kembar 3 May 30, 2017
  8. Noor Haida Zaibidin May 30, 2017
    • azni May 31, 2017
  9. mas saari May 30, 2017
  10. Faizal Fredley June 1, 2017
    • azni June 1, 2017
  11. Haidar June 1, 2017

Leave a Reply to lisak Cancel reply

CommentLuv badge