Carousell Live ! Jom serbu

Apa kata pada 10 dan 11hb Mac  2018 kita serbu Carousell live bertempat di di Publika, Solaris Dutamas. Program yang yang dikenali  Carousell Live adalah umpama jualan pasar lambak dengan kerjasama bersama  Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS)

Acara ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi aktiviti MRCS seperti operasi bantuan bencana, kesihatan dan khidmat masyarakat, pembangunan kapasiti serta pembangunan belia.

Carousell Live adalah satu  platform fizikal  yang dibuat khas untuk MRCS (Malaysian Red Crescent Society) untuk menjual barang-barang pre-loved  yang disumbangkan oleh orang awam sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana. Butiran setiap barangan tersebut akan disenaraikan di Carousell dan ini memeberikan semua pembeli dalam talian dari luar lembah klang berpeluang untuk membelinya.

Info mengenai Carousell

Carousell adalah satu apps yang  membuat jualan semudah mengambil foto dan pembelian juga secara santai. Telah dilancarkan pada tahun 2012 bermula di singapura dan sedang merebak ke seluruh dunia. Ia amat dikenali dalam bidang penjualan dan barang-barang baru dan terpakai di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan lain-lain. Taiwan, Hong Kong dan Australia.

Carousell Live

Event Details:

  • Venue:   The Square, Publika Shopping Galleri,
    No.1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur
  • Date:     10 – 11 March 2018
  • Time:      10 a.m. to 8 p.m.

Selebriti terkemuka akan terlibat sama

Carousel LIVE ! juga akan menampilkan gerai oleh 20 Carousellers dan selebriti terkemuka seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa, dan Natrah, yang akan menjual barangan baru dan pre-loved  mereka seperti barangan fesyen, aksesori, seni dan barangan barangan elektronik.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan preloved dari selebriti. Pengunjung akan pasti akan menemui beberapa tawaran hebat untuk barang-barang yang disayangi ini.

Komitmen Carousell

Ini  sebagai menandakan komitmen berterusan dari Carousell ke dalam pasaran mudah alih  yang sering menggalakkan gaya hidup yang mampan.

Ia juga menjadi landasan bagi Carousell untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian penting seperti ini dengan MRCS kepada rakyat Malaysia selama 70 tahun. Lucas Ngoo, Pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi Carousell mengharapkan rakyat Malaysia akan menunjukkan sokongan mereka pada acara ini dan membantu membiayai operasi MRCS

So apa lagi Jom kita ke meriahkan Carousell Live

Carousell Live

 

 

2 Comments

  1. mas saari March 7, 2018
  2. Lya March 7, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!